Followers

Gamers

Tuesday, October 11, 2011

Katakan tidak pada SL!?

Aku sedang membaca post dari thread ini, berkenaan persoalan tentang menggunakan stop loss (SL) atau tidak. Dan 'sedang' hanya membawa maksud aku tak habis baca lagi.

Tetapi ianya membuat aku terfikir trader bagaimanakah aku. Sejak mula kenal forex, tak lekang di telinga aku ingatan tentang penggunaan SL. Teknik Malas MS7 tidak guna SL jika kau lihat. Tetapi jika kau fahami apa aku tulis, kau akan tahu aku ada meletakkan SL dalam TMMS7.

Membaca thread ini mengajar aku tentang 2 jenis trader. Satu Carry Trader di mana jenis taktiknya adalah jangka masa panjang, dan satu lagi Day Trader, di mana jenis taktiknya adalah jangka masa pendek.

Katanya, Carry Trader selalunya menggunakan semua baki akaun mereka sebagai SL. Pendek kata, margin call adalah SL mereka. Dan Day Trader adalah sebaliknya, menggunakan SL. Hm, ilmu baru bagi aku.

Berapa ramai antara kita yang menggunakan SL tetapi margin call, aku tak pernah dengar lagi tetapi aku percaya bilangannya sedikit. Berapa ramai antara kita yang tidak menggunakan SL dan margin call, memang ramai.

Dan kerana itu SL amat penting. Tetapi perlu ingat terdapat banyak cara untuk kau menggunakan SL. SL hanya had limit, di mana cara kau mengendalikan kewangan kau. Jika kau rasa tak boleh blah, tutup sahaja order itu.

SL tak semestinya kau harus letak di setiap order kau. Dalam TMMS7 aku ada bercerita tentang drawdown. Agak kau kenapa aku bercerita tentang itu!? Kerana aku mahu mengagak sampai mana had limit aku untuk mengundurkan diri.

Drawdown bagi aku adalah salah satu penanda aras untuk SL. Hanya sedikit kajian tentang drawdown kau akan faham berapa perlu kau letak untuk SL. Dalam TMMS7 aku ada katakan jika ianya 200 pips. Itu ukuran bagi aku mengalami situasi di mana aku akan berkata "Oh...!"


Sesiapa yang pernah merasa margin call dan masih trade akan tahu betapa penting menggunakan SL. Tak kira SL fizikal atau SL mental. Sama sahaja. Aku teringat ada seorang trader pernah beritahu aku ini...

Aku boleh tidur dengan kerugian yang aku alami, memandangkan aku cuba memperbetulkan silapku (SL), tetapi aku akan ingat selamanya atas kebodohan aku jika aku tahu aku perbuat silap, tetapi tidak aku perbetulkan. (margin call)...

Adik-adik, guna SL. Tak kisah fizikal atau mental. Bila trade, cuba sematkan di dalam minda dan hati bahawa akaun kita adalah nyawa kita. Sehabis baik kita mesti pertahankan. Jangan sampai margin call. Forex seperti medan perang. Tahu mana had aku. Tahu bila kamu mesti mengalah. Macam orang kata, hero kalah dulu. Huhu...


Walaubagaimanapun, ini pendapat aku. Aku tahu ramai trader luar sana yang tidak menggunakan SL. Bagi aku, margin call juga adalah SL. Cuma fikirkan berapa daya untuk kau tahan margin call dalam ingatan kau. Amalkan pengurusan kewangan yang bijak. Jangan la main lot besar kalau tak mampu. Tak ke mana kalau letak SL sekalipun.

Tidak mengapa jika kau main pengecut, atau kau tamak. Kerana itu zahirnya. Trader... Tetapi ketahui had anda. Aku tidak pakar, ini pendapat aku. Trade with your own risk.

Aku ucap selamat!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...