Followers

Gamers

Sunday, May 4, 2008

Aku perlukan perubahan!!!

Hm, kalau ada yang perasan, aku telah mula membuka blog baru namun aku tidak war-warkan. Kenapa? Kerana aku ingin cuba sesuatu yang baru. Sesuatu yang aku rasa senang dan mahu buat.

Ya, kebelakangan ini aku sibuk. Aku sudah lama tidak 'online'. Penat dan bingung dengan apa yang jadi sekeliling aku kebelakangan ini. Kerana itu aku tidak menulis. Kerana aku takut rasa sakit ini merebak ke blog kesayangan aku ini.

Berbalik kepada hal blog tadi, ya, aku ada buka 3 blog baru. Aku tak mahu cerita, biar sahaja kalian senang mencarinya. Tujuannya, aku mahu mencuba sesuatu yang baru. Penulisan yang lain. Di sini, rasional & emosional, ia sudah ada penulisan ia sendiri.

Mood aku cepat berubah. Dan begitu juga dengan hidup aku. Maka penulisan aku juga pasti cepat berubah. Namun aku rasa tertekan kerana aku kehilangan tempat mahu meluahkan apa terbuku di dalam hati.

Idea ini terhasil setelah aku baca beberapa blog orang lain. Memberi inspirasi yang aku perlu berubah demi aku yang sentiasa berubah-ubah. Aku perlukan bilik yang lain untuk aku seimbangkan mood aku yang aku boleh katakan tidak stabil.

Jangan kata aku, kalian juga pernah rasa. Mood yang tidak baik. Buat sekeliling rasa susah. Namun aku yakin, jika diluahkan pasti akan merasa lega. Hanya yang pasti tempat untuk diluahkan itu mestilah sejajar dengan rasa yang ada pada diri.

Blog ini masih mempersembahkan hidup aku, fikiran aku dan lain2 lagi. Dan aku yakin kalian sudah faham perjalanan blog ini. Teruskan menyokong aku, dan aku akan cuba berikan yang terbaik di setiap penulisan aku. Thanks...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...