Followers

Gamers

Friday, May 16, 2008

Nombor merah ya...

Kepada semua. Apa yang dibincangkan di sini harus diambil pedoman kepada semua yang mempercayai Tuhan itu ada. Dan bagi Muslim, Allah itu ada... Dan Dia lah satu-satunya Tuhan yang berhak disembah. Allah Maha Besar, Allah Maha Kuasa...

Sedang aku mata kuyu sibuk memenuhkan petang dengan kerja, tiba-tiba panggilan masuk. Oh, orang dari rumah. Katanya, jangan terima panggilan dari no +62852731520946 dan berwarna merah. Kerana sudah ada orang mati selepas menerima panggilan dari no itu. Simptom yang dikenalpasti adalah mulut berbuih.

Aku dengar dengan bersahaja, kerana aku yakin semua itu karut. Selepas aku pulang dari rumah, kisah yang sama orang dari rumah beritahu aku. Huu.. letih nak layan.

Tak lama selepas itu, dapat pulak sms yang berbunyi seperti ini.

Mkluman utk smua.
JIKALAU ANDA MENDPT PNGGILAN TELEFON YG BRNOMBOR PANJANG Cnth: +62852731520946 DAN NMBR ITU BRWARNA MERAH,DIHRAP2 SGT JGN DIANGKT DAN DIJWB PANGGILAN ITU.INI KERANA DI INDONESIA SKRG,SEKUMPULAN PENUNTUT ILMU HITAM SDG MENGUJI ILMU MEREKA MELALUI TELEF0N.JIKA SESIAPA YG MENJWB PNGGLAN ITU MULUT AKAN BRBUIH DAN AKAN MATI SLPS ITU.DI INDONESIA SDH 9 ORG MATI DAN MLM TD DI PUCHONG 2 ORG MATI.INI BNR2 TRJADI.TOLONG SEBARKAN.


Dan bila aku buka Yahoo Messenger aku, dapat pula mesej ini...

assalamualaikum wbt..kepada semua sahabat yang dikasihi..jikalau anda mendapat panggilan telefon yang bernombor panjang cth: +62852731520946 dan nombor itu berwarna merah. Diharap sgat jgnlag anda menjawab pgilan itu. Ini kerana di indonesia sekumpulan penuntut ilmu hitam sedang mguji ilmu hitam mereka melalui telfon.jikan ssiapa yang mnjawab pgilan itu akan berbuih dan akan mati selepas itu. di indonesia sudah 9 orang mati dan mlm td di puchong telah mati.ini benar terjadi..tolong sebarkan msg ini...YA ALLAH SELAMATKANLAH KAMI..JAUHKANLAH KAMI DARI SEBARANG MALA PETAKA
Kaya la Celcom, Maxis dan Digi. Atas dasar prihatin kepada rakan-rakan, pembaca-pembaca blog aku dan sekalian umat manusia yang beragama ISLAM, aku cari la dalam internet berkaitan dengan perkara ini. Yela, kalau aku tak cari nanti ada la orang cakap bukan-bukan pada aku.

Sudah terbukti perkara ini BOHONG. Hmetro hari ini menyebut bahawa seorang budak perempuan telah di tangkap untuk disoal siasat berikutan perkara sms ini. Selepas disoal siasat, remaja terbabit mengaku menyebarkan sms itu hanya untuk gurauan kepada rakannya.

Untuk maklumat lanjut boleh ke
http://www.acehforum.or.id/showpost.php?p=118003&postcount=16
http://www.darulmakmur.net/2008/05/15/sms-santau-panggilan-bernombor-merah-cuma-hoax-semata-mata/
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/Mutakhir/20080516081052/Article

Aku tidaklah mempunyai struktur agama yang kukuh, maksudku ilmu yang tinggi. Namun aku yakin kuasa di tangan Allah SWT. Ajal maut ditangannya. Dan mesej-mesej yang berbaur celaka ini semestinya mampu mengoyahkan akidah umat Islam.

Tak dinafikan ramai mula takut apabila menerima mesej ini. Perkara ini sudah semestinya bertentangan dengan ajaran Islam yang menyuruh umatnya percaya dan yakin bahawa kuasa yang terhebat adalah kuasa Allah SWT.

Allah SWT berfirman dalam ayatnya bermaksud

"Demi sesungguhnya! jika engkau (dan pengikut-pengikutmu) mempersekutukan Allah (mensyirikkan Allah) maka akan terhapuslah amalmu, dan engkau akan tetap menjadi orang orang yang rugi."
Surah az-Zumar (39):65

Marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah SWT agar kita, sekalian hamba Allah yang mengaku Allah adalah Tuhan yang Maha Esa agar dijauhi perkara-perkara yang menjauhkan kita dari-Nya dan memperoleh hidayah daripada-Nya... Amin

Sedikit untuk renungan...

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud


"Allah taala berfirman 'Wahai anak Adam, sesugguhnya jika engkau berdoa dan berharap kepadaKu, nescaya Aku akan ampunkan dosa untukmu atas apa yang telah kau lakukan dan Aku tidak akan peduli. Wahai anak Adam, sekiranya dosa kamu mencapai setinggi langit, kemudian kau memohon ampun kepadaKu, nescaya Aku akan mengampunkan kau. Wahai anak Adam, jika kau mendatangiKu dengan dosa sepenuh dunia kemudian kau bertemuKu tanpa mensyirikkanKu, Aku akan mendatangi kau dengan kemapunan sepenuh dunia." (Riwayat Muslim)

Sedikit selingan yang aku ambil dari blog orang lain...

Mamat Random CSI #1 : Ape kes?
Mamat Random CSI #2 : Mangsa telah mati akibat menjawab panggilan dari nombor +62852731520946.
Mamat Random CSI #1 : Bagaimana boleh terjadi?
Mamat Random CSI #2 : Dipercayai nombor tersebut kepunyaan seorang pengamal ilmu hitam dari indonesia.
Mamat Random CSI #1 : Teruskan...
Mamat Random CSI #2 : Nombor yang keluar melalui skrin hanset itu dipercayai berwarna merah.
Mamat Random CSI #1 : Si mangsa menggunakan hanset jenis apa?
Mamat Random CSI #2 : Nokia 3310.
Mamat Random CSI #1 : Bukankan itu hanset zaman batu tanpa warna di skrinnya?
Mamat Random CSI #2 : Betul juga. (sambil menggaru punggung).
Mamat Random CSI #1 : Siapa beritahu kamu cerita bangang nak mampos ni?
Mamat Random CSI #2 : Tu orang-orang kat tepi tu...
Mamat Random CSI #1 : Bangang jugak kau ni kan. (sambil menempeleng Mamat

Sumber
http://bahaya-syirik.blogspot.com
http://alqiyamah.files.wordpress.com/2008/03/fiqh-dakwah-dalam-al-quran.pdf
http://hanifiyah.multiply.com/journal/item/20/Petunjuk_19_-_Antara_Harapan_Kekesalan
http://www.acehforum.or.id/showpost.php?p=118003&postcount=16
http://www.darulmakmur.net/2008/05/15/sms-santau-panggilan-bernombor-merah-cuma-hoax-semata-mata/
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/Mutakhir/20080516081052/Article
http://nizam-nuri.blogspot.com/2008/05/62852731520946.html
http://www.pmo.gov.my/WebNotesApp/RqrMainm.nsf/9ca3c988a579811f48256722002425dc/b15fc614cc8c1471482566cd00325fbe?OpenDocument
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...