Hari ini aku mulakan hari dengan mendaftar diri di sebuah kilang sebagai pelajar latihan industri. Yup, praktikal. 2 bulan je, so jangan rindu-rindu aku k.
Sebagai pelajar yang tak berapa menggemari buku, aku jadi suka pada tempat aku buat latihan industri ni. Yup, mereka beri aku kebebasan untuk aku buat apa sahaja, tanya apa sahaja (berkenaan dengan mesin) dan pergi ke mana sahaja yang aku suka. Kilang kecil, biasa sahaja namun di sana ada suatu mesin yang memang related dengan darah seorang jurutera pengeluaran.
Extrusion. In Malay they say penyerempitan. Pasti kalian pernah makan nasi kan. Dan mana yang perempuan tu dorang lebih rapat dengan benda yang dihasilkan di kilang tu. Yup, plastik beras. (oh, perempuan yang mengenali dapur je la kot... huhu...)
Proses yang mudah. Secara ringkas, plastik (polyethylene) dicarikan dah di nipiskan oleh roller. Produk akan digulung dalam gulungan dan di hantar ke bahagian lain untuk proses mencetak kemudian proses memotong. Simple...
Well, menggunakan prinsip yang sama aku pelajari dalam buku Sains Bahan, Proses Pembuatan dan Teknologi Bahan, aku tak mengalami kesukaran malah komplikasi permasalahan dalam memahami apa yang sedang berlaku dalam kilang itu. Sempoi je...
Anyway, aku gembira dengan kerjasama yang diberikan oleh pekerja-pekerja dekat kilang tu walaupun aku kadang tak faham apa dorang cakap (well, foreigner...), tapi aku tahu dorang dah buat tugas mulia agar kalian dapat makan nasi hari ini. huhu...
Dan mereka (pekerja) takde kaitan dengan kenaikan harga beras k... huhu... Aku akan cuba letak gambar lain kali... Selamat...!