Semalam seperti biasa aku duduk depan pc. Membaca blog-blog kegemaran aku. Dan dalam banyak-banyak blog yang aku suka, blog Abang Neraka menjadi top 1 dalam senarai pembacaan malam-malamku.
Dahulu dia ada buka satu blog, Semusim di neraka. Sekarang dah delete. Then dia beralih ke Catatan pendek dari neraka. Sound like... scary? tak tahu. Kalian tentukan...
Abaikan apa yang dia katakan. Dia hanya bergurau, aku mengganggap itu hanya humor. Hanya jika benar sekalipun apa yang ditulisnya, itu hidupnya. Aku percaya setiap manusia punya cara hidup berbeza.
Penulisannya. Cara dia mengayakan huruf dan perkataan. Setiap rangkap yang setiap kali buat aku senang terhibur membacanya. Ya, bukan senang mahu menulis tentang sesuatu dan bagi aku, abang neraka berjaya membuka minda aku untuk terus menerokai lagi bidang penulisan.
Namun semalam aku cuba masuk ke dalam blognya, dah delete. Hah! aku cuba masuk lagi. Dah delete. Cuba lagi... Delete la oi... Aku jadi hampa. Terus tutup pc dan tidur.
Dan Alhamdulillah, masa ini, dia kembali. Dengan posting yang baru. Aku tak tahu kenapa semalam tiba-tiba dia tiada tapi sekarang dia dah kembali. Aku lega. Sekurang-kurangnya aku ada benda yang aku dapat baca. Kerana itu adalah benda yang aku suka baca.
Seperti aku kata tadi. Abaikan apa dia kata, ia hanya humor. Jika benar sekalipun, kamu tak berhak bantah. Nasihat mungkin baik. Itu adalah hidup dia. Setiap orang ada 'sayap kiri' kan...
Anyway, teruskan Abang Neraka, aku sentiasa tetap memerhatikanmu dengan segala rasional dan emosional yang ada padaku. Huhu...