Followers

Gamers

Thursday, May 29, 2008

Aku baik, dia akan baik. Dari seorang sahabat...

Jika kamu inginkan perempuan yang baik, maka seharusnya kamu menjadi baik. Dan yakinlah, Insyaallah, Allah akan berikan...
Halus tuturnya membuat aku selalu ingat pesannya yang suatu lama dahulu terukir di benak fikiranku.

Dahulu sebelum kata-kata itu datang menerpa, aku agak liar. Haha, liarku pada mata. Liar dengan keasyikkan perhiasan dunia.

Asal ekor kuda, aku suka. Asal lesung pipit aku juga suka. Tak kurang juga jenis yang riang dan gembira. Itu selalu menghiburkan hati yang lara atas desakan kesunyian. Hm...

Suka hanya pada mata. Namun aku sedar aku lelaki, dan juga manusia yang sukar puas. Tatapan itu harus berulang dan hah, gatal? haha... Nature...

Allah berfirman:

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat." (an-Nuur: 30)

Namun hadirnya dia lagak si doktor mata, memulihkan mata hati ini agar mahu memandang sesuatu yang telah digredkan yang terbaik.

Dia memiliki penampilan yang jarang mahu dijamah oleh mata ini. Helaian lembut itu menutup segala dalamannya. Sempurna, dan benar. Gelaran itu adalah Bertudung Labuh.

Aku dahulu tidak pernah mahu perasan ada kecantikan pada mereka ini. Apa yang buat dia menjadi tertarik kerana penampilannya itu disempurnakan lagi dengan budi dan sopan santunnya.

Kami pernah bertemu. Hah, bayangkan sahaja jarak pertemuan itu tidak kurang dari 2 meter. Namun terima kasih kepada teknologi, kami agak kerap sms. Sungguhpun begitu, tidak pula pernah pula berbual melalui corong ganggang telefon.

Isinya, hanya nasihat dan ilmu. Sering mengingat aku tentang kewujudan Allah. Dia tidak lokek, ilmu berupa 'tips and tricks' versi Islam sering menjadi amalan percakapannya.

Ini tentunya pengalaman baru bagiku. Jarang aku mahu telan amalan percakapan seperti itu. Perubahan, ia adalah positif aku kira kerana aku telah mahu untuk menelannya.

Jika bilang aku sukakan dia. Ya, aku suka. Namun itu bukan cinta. Mungkin kerana tidak serasi. Ukur baju di badan sendiri.

Kalimah di atas itu keluar dari mulutnya tahkala aku menyatakan rasa inginkan perempuan itu dan ini menjadi teman. Dan kalimah itu adalah satu jawapan yang amat memuaskan hati. Dan sehingga hari ini aku masih mengenggamnya.

Hari ini aku memandang langit. Suara kalimah itu bermain secara tiba-tiba di telingaku ketika jauh khayal mengingati si dia. Barangkali satu atau 2 sms mengucapkan salam atas nama sahabat memadai kepada tuan punya kalimah itu.

Terima kasih sahabat. Ingatan ini akan terus ku semat dihati... Dan semoga 'tasbih' itu tidak putus talinya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...