Followers

Gamers

Sunday, May 18, 2008

Merokok... ada gaya...!

Mood buat kerja dah mula menurun. Mata terkebil-kebil memandang jam menantikan detik jam 5. Balik...

Aku lihat penyelia tempat aku bekerja sedang usaha keras membaiki mesin yang dari semalam rosak sambil rokok di bibir.

Aku juga lihat pekerja di sebelahnya yang sibuk mengayakan munculnya yang semestinya ada rokok.

Permandangan ini sedikit buat aku terfikir sesuatu. Kebanyakkan orang yang memberi aku inspirasi-inspirasi tentang apa sahaja yang mahu atau harus aku ketahui kebanyakkannya perokok.

Ya, sesekali aku terhibur melihat gelagat mereka dari ketika mula menyalakan rokok sehingga habis menghisapnya. Udara yang berjerebu itu mereka hirup atas dasar nikmat yang di ibaratkan sanggup putus kasih kerananya. Dan permandangan itu kerap beri aku inspirasi tentang sesuatu.

Tak kurang juga manusia-manusia yang lain yang aku anggap 'veteran' dalam hidup. Hampir semua mereka yang mengajar aku tentang hidup adalah seorang perokok. Selebihnya, faham-faham sahaja dengan maksud 'perhiasan dunia'

Membuat aku terfikir. Adakah benar rokok itu sumber inspirasi. Buat kepala ligat berfikir. Aku bukan perokok. Aku tidak tahu. Kalian yang merokok harus beritahu...

Aku percaya setiap benda atau perbuatan ada baik dan buruk. Mungkin sahaja rokok punya kebaikan... sumber inspirasi... hm...

Walaubagaimanapun... merokok merbahayakan kesihatan. Huhu...

4 comments:

  1. tak kesah la cool ke... macho ke...
    merokok tetap membahayakan kesihatan...
    bek isap ibu jari!

    ReplyDelete
  2. aku perokok berjaya...hehehe sumber inspirasi ape??takde inspirasinye but ntah arr kekadang isap rokok nie cam hilang tension pon ade..tapi kalo tension aku prefer makan!!hahaha!!

    sebab itu aset ku paling mahal tang " PEROT"

    ReplyDelete
  3. hisap ibu jari... euwk...

    heh... takde sumber inspirasi ek... tu kat ko... kat aku lain... asal aku tengok orang duk muncung dengan rokok, aku selalu dapat idea nak buat pe dah... haha...

    n aku bukan perokok... huhu...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...