Followers

Gamers

Wednesday, May 14, 2008

Dulu maxis sekarang Streamyx lak...

Satu entri pendek... dahulu sebelum cuti semester, harapan aku tinggi untuk memiliki sambungan internet yang lebih laju daripada 'standard pack' maxis broadband. Salah satu sebab kenapa semasa sebelum cuti semester aku jarang membuat posting adalah kerana sambungan internet yang tahap sangat mengecewakan. Namun aku faham, sambungan internet mengunakan wireless tidaklah sehebat mana kalau nak dibandingkan dengan sambungan kabel...

Namun sangkaanku meleset. Bila sampai sahaja di rumah, internet sama sahaja. Lembap. Untuk pengetahuan, rumah aku menggunakan streamyx 1Mbps. Huu... sadis... Punah segala impian aku untuk memuat-turun dan sebagainya.

Anyway, nasib baik ia tidak putus-putus. Tapi tau la kan. Internet ni dah macam makan nasi. Setiap hari mesti mahu internet. Dah macam darah daging aku dah...

So, aku akan cuba sedaya upaya untuk meng'update' blog aku ni... Tunggu...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...