Followers

Gamers

Sunday, May 4, 2008

Beras sikit je...

Aku baru balik dari Carrefur beli barang. Well, with parent. Coz cian dorang angkat barang banyak sangat nanti bila nak balik. Huh, satu petang yang penat. Ye la, orang baru gaji, biasalah pasaraya sesak dengan orang.

Suasana yang sesak di pasaraya tadi buat aku lemas dan rimas. Namun ada juga yang prihatin memberikan 'makan' kepada lelaki seperti aku ini. Jamah mata. Yup, aku kembali segar...

Sampai kat area beras, mak aku dah mula membebel. Yup, dan ia di sambut dengan makcik-makcik sekelilingnya. Juga tak kurang dengan abang-abang mereka sekali menyambutnya. Topik mudah, beras naik harga.

Aku lepak situ dekat 15 minit tunggu mak aku pilih beras yang dia nak. Bagi keluarga aku, harga bukan keutamaan, tapi mutu dan rasa sesuatu barang yang nak di beli. Namun hampa, kadang kita tak selalu bertuah dapat beli apa yang kita mahu.

Cari Taj Mahal katanya. Well, aku tau makan je, tak pernah amik tahu apa beras aku selalu makan. Takde... maka membebel la dia dengan bapa aku semata-mata nak beli beras. Aku just tengok je, taknak komen. 15 minit, peh...

Well, beras dah naik harga... Dan dalam kes aku, beras tak de. So kalian semua, ambil la kesempatan ini untuk berdiet. Yup, jadi orang putih jap makan roti. Ubah gaya hidup bak kata YB... haha...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...