Followers

Gamers

Sunday, December 14, 2014

Vivaldi - Four Seasons - Winter

Tiap kali aku tengok movie atau drama atau main game, telinga aku cepat tangkap lagu yang dimainkan di belakang. Jika lagu tu best, aku akan cuba cari.

Dan tentunya kali ini lagu yang aku dengar tak susah cari memandangkan ianya lagu klasik yang aku dengar dari filem The Fault in Our Stars


Senang rasanya tengok kedua-dua watak utamanya sentiasa senyum. Manis dan comel. Cerita romantis dan aku rekemen tengok. :)

Oh, lagu yang aku dengar dalam lagu ini adalah  The First Movement of Vivaldi's Four Seasons - Winter (Allegro non molto).



Best bila sampai part 01:05. Enjoy dan aku ucap selamat!



Wednesday, December 10, 2014

Eve Online : Rhea

Eve Online baru keluar satu lagi update besarnya dengan nama 'Rhea'.



Isi kandungan update boleh baca di sini. Malas baca boleh tengok video kat atas. CCP boleh kata di antara syarikat pembuat game yang sentiasa mempunyai trailer yang hebat untuk game mereka. Macam biasa aku jarang sekali nak elaborate apa yang ada dalam update ni memandangkan tak semua aku mampu terokai.

Update Rhea ini bagi aku yang paling besar orang nak lihat adalah stesen angkasa pertama di W-space, atau Wormhole space. Thera. W-Space sistem pertama mempunyai stesen angkasanya sendiri. Ada 4 stesen dan disebabkan ia berada di wormhole dan beberapa sebab lain seperti mempunyai keluasan sistem yang teramat besar dan lebuhraya wormhole yang banyak, dijangka Thera bakal menjadi kubur terbesar dalam Eve online.

Well, aku tak berpeluang nak pergi lagi memandangkan hati tak cukup cekal dan pintu masuk wormhole agak random, mungkin next time.

Ada juga update lain-lain seperti starmap dia dah teramat cantik,  rekabentuk kapal yang diperbarui, grafik yang diperbarui, kapal baru, UI design baru, manual control untuk kapal, tiada lagi clone upgrade dan macam-macam lagi.

---

Aku baru baik dari demam, hampir seminggu aku tak buka Eve Online dan bila lihat vid kat atas, aku terus buka Eve Online dan terbang kapal kesayangan aku. Ya, aku dah baik sekarang....

Serius, aku suka trailer ini sebab soundtrack dia. Man tears. Bila kau terbang di angkasa bersama kawan-kawan kau, dan lihat ada lampu kecil berkelip2 kat atas kapal kau, kau tahu kau memang sedang berada di dalam suatu yang hebat.

Tak boleh bayangkan? takpe, mula tengok vid kat atas dari 01:18 dan kau akan faham perasaan aku.

Man tears man... man tears... baik terus deman aku...

---

Corp aku ada rancangan nak berperang dan karakter aku memang dalam train untuk perang pun. Memandangkan ada 3 corp member baru jadi orang besar dalam corp aku fikir patut ada latihan PVP dulu.

Aku teramat setuju memandangkan skill PVP aku dalam EVE online adalah 0. Aku tak pernah letupkan kapal orang lain. Sibuk buat isk, takde masa nak fikir letupkan kapal orang. Sekarang skill dah ada sket, dah boleh bawa kapal beso skit. Boleh la kot tibai orang lain. Haha..

Corp aku bukan tak pernah pergi berperang. Cuma aku tak participate sangat. Cuma kali ini aku betul-betul nak participate. Duit dah banyak, masa untuk tuntut dendam!? mungkin...

---

Karakter aku satu lagi postpone pergi nullsec sehingga tahun depan memandangkan ia adalah karakter lemah yang aku pupuk untuk cari isk je, bukan untuk pergi berperang. Hidup di nullsec tanpa kekuatan ibarat masuk tempat naga melepak. Bangang rasanya duduk kat nullsec tapi tak boleh buat apa-apa.

Bila bincang dengan corp sana, mereka kata ok, lepak dulu kat highsec, bila dah kuat datang join dorang. Aku ok je. Highsec pun, kalau bekerjasama dengan karakter aku satu lagi pun boleh dapat isk terbaik jugak.

---

Itu sahaja buat masa sekarang. Masa untuk rejoice the man tears... haha... serius, soundtrack dia memang AWESOME!!!

Thursday, November 27, 2014

Nullsec

Dalam Eve Online, ruang angkasa dibahagikan kepada 4 kelas.
  1. Highsec dengan sekuriti rate 0.5-1.0. Di selia oleh Concord (can polis la dalam Eve)
  2. Lowsec dengan kadar sekuriti 0.1-0.4.
  3. Nullsec dengan kadar sekuriti 0.0 dan ke bawah.
  4. Wormhole. -1.0. Dan ini dipecahkan lagi kepada 6 kelas. Lagi tinggi kelas, lagi kelas gitu...
Aku ada 2 karakter dalam Eve Online. Dan kedua-duanya hidup dalam Highsec. Highsec ni boleh kata kawasan newb juga la memandangkan ada polis (dipanggil Concord) jaga. Kalau ada mangkuk serang kau, polis datang musnahkan kapal orang yang tembak kau.

Ada juga hati nak hidup di Nullsec memandangkan isk (matawang dalam Eve) kat sana lebih baik tapi orang kat sana semua hardcore. Dalam Nullsec, ruang angkasanya boleh kata 'lawless' memandangkan ia boleh ditakluk mana-mana Corp atau Alliance yang kuat.

Baru-baru ini ada orang dari Malaysia tegur aku, cuba rekrut aku join corp mereka di Nullsec. Jadi aku pun join la. Kena interview la bagai. Haha... takut spy katanya...

Walaubagaimanapun berat rasanya nak tinggalkan Highsec. Aku hanya hantar 1 karakter aku je ke Nullsec. Yang satu lagi akan stay di Highsec memandangkan aku amat sayang dengan Corp aku sekarang.

Susah nak cari orang yang leh kita percaya kat Eve. Dan aku faham kenapa perlu untuk mereka berhati2 rekrut aku memandangkan Eve tak macam game lain. Setiap perbuatan ada akibat. Takde lagi game yang aku main, kalau mati kau akan hilang segalanya...

Dan Eve ada... Dan itu akibat, dan itu yang buat ramai player dia boleh kata... terlalu serius!? Huhu...

So far karakter yang aku hantar hanya miner di mana aku cuba latih untuk jadi fighter. Kenapa tak hantar karakter fighter aku yang satu lagi? Sebabnya, corp aku sekarang banyak invest kat karakter tu. Kan aku dah cakap aku sayang kat corp aku sekarang.

Aku harap perjalanan aku di Nullsec sok penuh cabaran dan keseronokan. What good of game if we can't have fun right...

Jujur, dalam hati ada takut sikit nak gi.. Haha... Tapi aku fikir kalau betul-betul nak rasa main Eve, better aku pergi Nullsec. Mana tahu esok bila dah betul2 ada pengalaman kat Nullsec, boleh la try Wormhole. Boring asik melawat je kat sana... Huhu...

Aku ucap selamat...


Monday, November 24, 2014

Eve Online - Home At Last

Tiap kali aku buat kerja, aku akan buka Eve online dalam masa yang sama. Kenapa? Sebab selalunya aktiviti aku kat dalam Eve online hanya mining, dimana ianya tidak memerlukan perhatian sangat.

Dan bila aku sedang mining, aku akan tinggikan volume untuk music in-game. Sebab dalam banyak-banyak lagu latar dalam Eve online, ada satu yang aku sangat suka dengar...

Lama mencari dan hari ini baru aku tahu CCP ada akaun di soundcloud.com. Jadi aku dengar semua 74 musik latar dia dan jumpa lagu kesukaan aku...


Kebanyakkan lagu latar dalam Eve Online adalah lagu tidur. Hanya yang ini aku fikir lagu semi-tidur. Rasa tenang je musik dia. Aku selalu dengar musik ni bila kapal aku sedang warp di ruang angkasa yang kosong. Rasa sunyi sangat tapi dalam masa yang sama rasa tenang.

Kepada player Eve Online terutama di Malaysia, rileks dulu. Biar aku jadi carebear untuk setahun pertama ni kumpul duit. Skill tak cukup nak turun nullsec. Haha...

PS: Yes, hari ni last perang. Harap esok boleh mining semula... Kadang seronok tengok ganker kecewa dengan Orca+Hulk/Skiff aku... Muahaha...

Aku ucap selamat..

Diary - Where the past lead the future...

Aku bosan. Selalunya masa-masa begini aku akan buka game Eve Online, chat dengan sesiapa yang online, mining. Aku sedang kumpul duit (atau isk) dalam game sebab aku tahu bila semua skill training aku dah cukup, duit akan laju keluar.

Lagipun aku perlukan duit untuk plex. Duit aku maksudkan adalah duit dalam game. Next time aku guna perkataan 'ISK' coz itu matawang dalam game tu.

Tapi sekarang, Corp yang aku join dalam perang. Kebanyakkan ahli dalam corp aku bukan fighter. Ramai newb macam aku. Jadi yang istihar perang bukan satu corp, tetapi satu alliance. Kami 'outnumber'... so, yeah.. duduk je dalam station. Biasa perang adalah seminggu.

Jadi aku bosan. Mula godak-godak barang-barang lama buat hiburan. Dan terjumpa diari lama aku... hurm...

---

Ya, aku tulis diari dahulu. Tarikh pertama adalah pada 16 Oktober 2002, Rabu, menceritakan bagaimana aku rapat dengan Cahaya Kemuliaan dulu. Tarikh akhir adalah 15 Mei 2006, Isnin. Menceritakan hari-hari aku lalui semasa kursus bengkel kejuruteraan di UTM dulu.

Jujurnya, aku tahu selepas 15 Mei 2006 tu aku masih menulis sehingga 2011. Aku fikir hari terakhir aku menulis diari adalah hari terakhir aku di PLKN. Kebanyakkan catatan diari ini hilang sebab pc aku rosak dan yang tinggal hanyalah backup pada dvd yang aku buat pada 2006.

Aku senyum seorang diri membaca satu satu entri dalam diari aku. Mostly cerita tentang perempuan yang rapat dengan aku, game yang aku main dan hari-hari aku. Setiap perkataan yang aku gunakan adalah cukup jelas mengambarkan setiap detik perasaan aku pada ketika itu.

Kenapa aku tahu ini, sebab aku catat semua. Cuaca, mood, kalau ada sms or chatting pun aku pastekan. Detail...

Dan sebab tu aku tersenyum, sebab aku sekarang tak sehebat aku dahulu...

Membaca ini mengingatkan aku yang aku pernah muda, pernah seronok, pernah bercinta, pernah hidup dalam kesedihan, pernah buat jahat dan pernah bahagia. Hidup aku penuh dengan sisi-sisi roda yang kadang di atas dan kadang di bawah.

---

Hidup aku sekarang? monotone... boring... dalam kepala aku hanya ada trading dan Eve Online. Yang lain dah tiada erti untuk aku.

Aku bersyukur malam ni aku bosan dan buka semula diari ini.  Menyedarkan aku yang aku boleh gembira bahagia jika aku mahu. Aku gembira setiap hari, tapi tidak bahagia. Kerana aku tak mahu. Kalau aku betul mahu...

Aku hanya perlu hidup dengan penuh keceriaan seperti masa muda aku. Dan dari sini akan muncul peluang untuk aku gembira.

Fiqa tidak datang dalam hidup aku jika aku tidak membalas 'buku nota' nya...
Cahaya Kemuliaan tidak datang dalam hidup aku jika aku tidak bergerak pergi ke kelasnya.
Si Dia tidak datang dalam hidup aku jika aku tidak pedulikannya ketika dia cari kerja.
Mel tidak datang dalam hidup aku jika petang tu aku tidak keluar berjogging.
Dan Cahaya Pembuka Hatiku tidak datang dalam hidup aku jika aku tidak membalas post forum dari dia dalam portal UTM.

Ini adalah cerita hidup aku. Menceritakan betapa hidup aku mampu penuh dengan kemungkinan hanya kerana aku dahulu mahu keluar dari kelompok hidup lama aku.

Yawn... walaupun hidup aku penuh dan cool dulu (!?) still aku tak benci hidup aku sekarang. Hidup adalah hidup. Suka atau tidak aku perlu hidup...

---

Baca diari buat aku rindu semula pada cinta pertama aku. Dah kahwin dah pun dia. Tak pasti anak ada berapa. Tak, aku takkan kacau. Aku ada etika hidup. Bini orang off-limit. Banyak anak dara lagi kat luar sana... Haha...

Aku tak pernah lupa dia. Bila dalam hati kau tiada siapa, kau akan berpaut pada yang pertama. Aku juga sama. Sebab di situ bermula semula kacau bilau dalam hidup. Huhu...

Kalau aku boleh balik ke masa silam, aku hanya mahu cinta pertama aku. Aku rela lepaskan semua 'cinta' dari perempuan lain kecuali dia. Aku yakin jika aku selam terlalu dalam aku akan jumpa dia dalam hati aku. Kenapa?

Diari ini bukti bertahun lama aku kenal dengan ramai orang, namanya tetap aku sebut sehingga akhir entri. Huhu...

---

Anyway, diari hanya catatan lepas. Aku pernah kata dahulu, jika diari aku ini dijadikan manga atau novel aku yakin akan laris jualannya. Huhu...

Tapi biarkanlah. Biarkan diari ini jadi bahan bacaan aku untuk dijadikan peringatan. Yang aku pernah muda dan aku masih mampu melakukan apa yang aku pernah lakukan jika aku cuba. Kenapa? kalau kau pernah buat, mesti kau boleh buat lagi...

Hanya sebagai pemangkin semangat untuk aku hadapi masa depan.

Aku ucap selamat...



Saturday, November 22, 2014

This is EVE!

Eve Online baru keluar trailer baru. As newb dalam game ni, aku rasa excited bila lihat apa yang kita boleh buat dalam New Eden.


So far trailer ni tunjukkan secara umumnya apa yang berlaku setiap hari dalam Eve Online. Enjoy. Aku ucap selamat...

---
Musik Latar


---

Aku jumpa satu video dari youtube dimana ia digunakan untuk menghasilkan trailer di atas...


Dalam trailer, 00:46 dan 02:57...



---

Kalau aku jumpa lagi, aku beritahu...

Wednesday, November 12, 2014

Chihara Minori - Makenai (Ichizu version)



Kodoku na yoru ni wa
Tsumetai ame ga furu
Hitomi wo tojireba
Anata wo kanjiteru

Deai wa guuzen jya naku
Sore wa unmei to yoberu

Anata dake ga
Tatta hitotsu no ai wo
Oshiete kureta hito dakara
Kurayami mo donna arashi demo
Watashi wa kirisaite ikeru

Chikara yori mo
Tatta hitotsu no ai ga
Mada mienai tsuyosa ni naru
Yakusoku wa kono mune no oku ni
Makenaide
Keshite makenaide

Hageshiku naru ame
Saegitte mo muda yo

Ano hi kokoro no dokoka ga
Yobiokosareta to wakaru

Watashi dake wa
Zutto anata no soba de
Subete wo shinjite iru kara
Kizuato mo donna itami demo
Anata wa tachiagaru koto wo

Kotoba yori mo
Zutto anata no soba de
Hohoende mitsumete itai
Itsu no hi ka omoi todoku made
Makenaiwa
Keshite makenai wa

Anata dake ga
Tatta hitotsu no ai wo
Oshiete kureta hito dakara
Kurayami mo donna arashi demo
Watashi wa kirisaite ikeru

Chikara yori mo
Tatta hitotsu no ai ga
Mada mienai tsuyosa ni naru
Yakusoku wa kono mune no oku ni
Makenaide
Keshite makenaide

---

In the lonely night,
A cold rain falls.
If I close my eyes,
I can feel your presence.

It was no coincidence that we met;
That could only be called ‘fate’.

Because you are the only person
To have taught me this single shred of love,
Even in the darkness, or against any tempest,
I will be able to cut through and go on.

More than power,
Just a single shred of love
Can turn into a yet-unseen strength.
This promise I have kept in the depths of my heart -
Please don’t yield!
Please don’t ever yield!

The rain is intensifying;
Trying to shelter from it is futile.

That day, I realized that
Somewhere in my heart, it had been awakened.

Only I
Will be always by your side,
Believing in you completely,
And despite the scars or any pain,
I know you will be able to stand up.

More than saying anything,
I want to be always by your side,
Gazing at you with a smile.
Until the day I convey my feelings,
I won’t be defeated!
I’ll never be defeated!

Because you are the only person
To have taught me this single shred of love,
Even in the darkness, or against any tempest,
I will be able to cut through and go on.

More than power,
Just a single shred of love
Can turn into a yet-unseen strength.
This promise I have kept in the depths of my heart -
Please don’t yield!
Please don’t ever yield!

---


Lagu ni ada feel macam lagu Melayu sikit terutama bahagian chorus dia. Jadi aku post kat sini mana tahu ada yang berminat. Huhu...

Aku ucap selamat...
 

Thursday, October 9, 2014

Strobe Edge - Wishing for yesterday

Aku suka baca manga. Bila tengah menunggu sesuatu, aku akan buka mangafox.com dan pilih mana-mana manga yang aku kena dengan mood aku. Dan manga pilihan aku kali ni adalah Strobe Edge.

Ya, ia adalah Shoujo manga. Thee hehe...

Aku hanya nak cerita satu chapter sahaja dalam manga ini. Ini chapter spin-off, jadi tak perlu baca dari mula manga untuk faham cerita. Klik sini untuk baca...

Cukup baca sampai takat ini kalau taknak spoiler...

http://mangafox.me/manga/strobe_edge/v07/c026.5/1.html


---

Ini kisah seorang lelaki yang sukakan seorang perempuan. Diceritakan dari perspektif lelaki; bagaimana bermula kisah cinta dia. Bagaimana si lelaki ini bertemu, berdetik dalam hati dari matanya. Namun tidak diketahui olehnya yang si perempuan itu tahu semuanya...

Mereka akhirnya bersama. Namun terasa jengkel di hati dia merasakan dirinya di'pandu' oleh temannya. Hingga satu hari ada perempuan lain meluahkan rasa suka padanya; cuba menguji rasa cintanya. Bodohnya, tidak pula dia tolak, cuba menyimpan sesuatu yang kelak bakal membuatkan dia menyesal.

Hingga suatu hari, si perempuan melafazkan niat, mahu membawa diri.

Selepas itu dia bersama dengan perempuan lain, namun semuanya seperti tidak kena. Dan timbul kesedaran yang si perempuan, si dia yang tinggalkan dia tahu semuanya. Kerana si dia itu faham semuanya. Kerana si dia cinta, dan kerana itu dia buat semuanya.

"Aku minta maaf..."

"Jika suatu hari nanti kita dapat bertemu..."

"Aku ada sesuatu yang aku mahu katakan..."

END...

---

Enjoy! Kau tak kan mahu dengar apa yang aku rasa... kerana kau tahu apa yang aku rasa... Jadi aku berhenti di sini. Aku ucap selamat...

Friday, September 26, 2014

Teka-teki sebelum Isnin

Depan meja aku ada secawan kopi, secawan air kosong, gula-gula, nota dan segala benda serabut yang selalu ada untuk seseorang yang bekerja.

Serabut.

Baru-baru ini aku sangat gembira bila aku jumpa cara masuk market yang aku rasa selesa nak ikut. Masalahnya, adalah cara nak keluar dari order yang aku telah buat. Terlalu banyak pilihan.


Ambil contoh di atas. Ikut cara aku, aku akan masuk order tepat pada persilangan 2 garisan ini. Order Sell. Persoalannya bila nak keluar. Hm...

Sebelum aku meracau jauh, ada beberapa kriteria yang aku tetapkan sebelum aku buat keputusan kaedah yang mana yang terbaik untuk keluar market.

Cut the loss, let the profit run.
Yang lama trading mesti selalu dengan benda ni. Kalau rasa tak boleh belah, tak perlu tunggu SL dan terus tutup order, ambil rugi awal!? dan, tak guna TP bagi membolehkan keuntungan itu berterusan. Ramai suggest aku guna trailing stop... hm...

Bila aku terfikir rule untuk keluar, aku sentiasa pegang benda ni. Susah sebenarnya. Stay terlalu lama dalam market sebenarnya tak elok; well, sebenar bergantung dengan kaedah kau guna. Kalau kau scalping tentu sekali kau nak keluar secepat mungkin. Kalau kau swing sekalipun, kalau rule keluar kau kata keluar, kau tak lengah kan.

Hard SL mesti ada. Maksud aku apa sahaja trade kau buat jangan ada open SL atau mental SL. Serius, kalau market berpaling, mental kau mesti break tak kira pro macam mana kau sekalipun. Aku masih mengkali walaupun kriteria kedua aku agak konflik dengan hard SL ni.

Tiada angka tetap.
Kriteria ke dua ini aku buat bagi membolehkan kaedah keluar market aku lebih fleksible. Sebab jarak setiap pair amat berlainan. AudUsd semalam hanya 58 pip manakala EurJpy 76 pip. Kalau aku tetapkan TP yang tetap, atau SL yang tetap bagi setiap 16!? pair yang aku mampu trade, sampai mati pun aku takkan dapat TP dan SL yang lengkap setiap hari.

Kaedah yang aku selalu dengar orang guna adalah meletakkan SL pada SR line. Tetapi aku mencari sesuatu yang lebih matematik, orang kata trading ini sebenarnya refleks pada diri sendiri, dan aku ada banyak pengalaman buruk dengan SR line.

Jangan salah faham, SR line adalah teknik tertua trading dunia dan masih digunakan sehingga hari ini. Cuma ianya tak sesuai dengan aku.

Hard SL macam manapun mesti ada. Dan biasanya aku akan guna angka tetap. Hanya ini sahaja aku beri  pengecualian memandangkan ianya sangat penting untuk disingkirkan. Tapi macam aku kata, aku still kaji lagi.

---

Korang main Eve Online!? Saje tanya. Sambil baca ni boleh buka lagu di bawah. Kinda refreshing bila berfikir sambil ulang-main lagu ni. Enjoy...



---

Aku terfikir untuk guna Stoch (14,3,3) untuk keluar dari market. Mulanya aku fikir, kalau aku sell, then aku tunggu stoch cecah 80 dan set TP pada lowest dari tempat aku masuk sehingga harga sekarang. Kalau kena TP, alhamdulillah. Tetapi kalau dia stoch turun kurang dari 80 dan naik semula ke 80, aku terus tutup.

Hasilnya tak memberangsangkan. tentu sekali kalau aku trade min 6 pair, last sekali aku still untung walaupun ada pair yang drag profit aku. Buat aku terfikir oh... aku boleh baiki dari sini.

Aku cuba bermain dengan stoch sahaja memandangkan aku tak mahu fikiran aku terlalu liar berfikir teknik lain dalam 2-3 hari ni. Dan still jangan buntu.

Mungkin kerana aku terlalu perfectionist. Aku patut loose sikit. Hurm...

Kita tengok kalau aku boleh crack benda ni sebelum Isnin ni. Aku yakin... kalau aku boleh crack ni, then takde benda boleh halang aku dari menghijau... Thee hehe...

Aku ucap selamat. Dan aku minta maaf kalau post ni macam kelam kabut atau tak berinfomasi. Banyak benda dah jadi dalam hidup aku, buat aku jadi berhati-hati bila berkongsi maklumat  terutama berkaitan trading.

Musuh ada di mana-mana... Shhh...

Saturday, September 20, 2014

"________"

Aku ambil masa yang lama untuk hadam realiti yang menimpa aku baru-baru ini. Banyak post telah aku tulis, tidak aku publish, cuba melahirkan rasa sedih dan segala rasa negatif dalam diri. Walaubagaimanapun, bagi aku adalah satu benda yang penting bila seseorang memperoleh kemenangan, kita ucapkan tahniah atau sewaktu dengannya...

Si Dia akan berkahwin. Aku hanya mahu ucap tahniah dan Selamat Pengantin Baru kepada Si Dia...

Apa yang aku rasa...?

Ini bukan kali pertama rasa sedih seperti ini terjadi kepada aku. Tapi aku masih hidup, masih mampu laluinya. Pada hari aku tahu berita ini, aku tinggalkan kerja dan game aku, pergi ke pantai, merasa angin luar yang amat jarang aku beri peluang kepada diri aku sendiri untuk merasakannya.

Aku pandang jauh ke ufuk, tidak berfikir apa. Aku lihat ada orang lain juga seperti aku, seorang diri merenung jauh ke hujung dunia. Kadang menggaru kepala seperti berfikir sesuatu yang berat. Realitinya ada di sini bak kata Zizan.

Sedih ada, tapi bukan itu yang jadi penyebab aku tinggalkan kerja aku. Ia hanya kerana aku merasa kosong tiba-tiba. Berasa tiada apa lagi untuk aku di dunia ini untuk aku kejar. Aku kembali pandang jauh ke ufuk, tidak berfikir apa dan hanya merasa nikmatnya angin laut merempuh tubuh lemah aku.

Tak lama aku ke pantai, aku balik duduk kembali depan PC. Tidak aku buka MT4 atau Excel. Tetapi game hanya cuba untuk membunuh kekosongan ini. Aku tidak ceritakan pada sesiapa tentang benda ini, bila chat bersama kawan di dalam game aku, aku hanya jadi seperti aku biasa. Tidak tunjuk kelemahan pada sesiapa.

Dan aku terus membunuh dan membunuh... tapi kekosongan itu terus ada.

Aku ambil masa 3 hari aku fikir dan kemudian aku buka MT4 dan Excel, cuba kaut kembali apa yang tertinggal sejak aku tinggalkan 3 hari lepas. Apa aku boleh buat bila rasa kekosongan ini terlalu kuat untuk aku tempuh.

Trader banyak kerja sebenarnya. Aku jarang tidur lena. Dan bila aku terlalu penat, aku akan tidur setidur-tidurnya. Aku lihat market, aku kaji pergerakkannya. Adakan peraturan untuk masuk, ujinya sehingga takat maksimanya. Dan adakan peraturan untuk keluar. Dan aku buat ini setiap hari.

Matlamat aku untuk mencari sistem yang aku mampu guna untuk semua jenis market aku mampu aku jumpa. Jika orang tanya apa aku buat hari-hari, hanya ini. Setiap hari adalah sama. Isnin sehingga Ahad. Sama...

Dan tidak aku mengadu pada sesiapa kerana aku tidak merasa bosan melakukannya. Tiada apa perlu diadukan.

Sekarang aku ok aku fikir. Aku tidak marah, tidak lagi sedih, tidak kecewa. Aku hanya merasa kosong dalam diri. Tidak aku panik bila market berpaling kepada aku. Tidak juga aku gembira bila akaun aku mula menghijau. 

Aku buat dan biarkan minda aku kosong. Menerima apa sahaja market beri pada aku. Aku kejar sesuatu yang aku tak pernah mahu untuk miliki. Dan bila orang ambil dari aku. Aku hilang sesuatu yang aku kejar.

Dan sekarang, aku tak tahu. Apa yang tinggal hanya kerja dan game aku. Aku lihat meja aku penuh dengan catatan. Lihat monitor aku gelap, hanya ada lilin-lilin market. Aku hidu baru kafein memenuhi bilik aku. Aku dengar kuat lagu-lagu kesukaan aku.

Dan aku rasa kosong... dalam hati aku.

Aku patut keluar aku fikir. Cuba jadi manusia jauh dari skrin komputer. Bergaul, mencari cinta baru barangkali, atau sesuatu yang aku boleh kejar. Duit tak pernah jadi pemangkin untuk aku bergerak. Hanya keseronokan atau proses mencarinya yang jadi kegilaan pada aku.

Hurm... buat masa sekarang, aku hanya mahu teruskan dengan apa yang aku sedang lakukan. Dan hanya tunggu dan lihat apa plan Allah untuk aku di dunia ini.

Mungkin ini post terakhir berkaitan dengan Si Dia. Next, aku tak tahu apa cerita yang bakal aku ceritakan di sini. Umum diketahui blog ini hanya tempat aku luahkan emosi aku. Dan Si Dia adalah 'emosi' yang terakhir ada pada aku.

Market mula berbaik dengan aku. Menunjukkan prestasi yang aku impikan. Mungkin ini yang bakal aku ceritakan kelak, menjadi post 'Rasional' dalam blog ini.

Aku ucap selamat... untuk Si Dia bersama pasangannya dan kalian si pembaca... Aku takkan tinggalkan blog ini. Hm.. mungkin aku patut tulis novel ke apa untuk isi kekosongan dan poket aku. kan? huhu...

Monday, July 14, 2014

Update

Ah.. aku tinggalkan blog aku lagi. Huhu.. sorry about that.

Baru-baru ni aku dikejutkan (!?) dengan idea tentang trading. Jadi masa berjaga aku banyak habis depan pc. Dan bila aku mula bekerja, dan bermain, aku takkan pandang kiri dan kanan.

Aku cuba nak menulis pada malam hari jadi aku, tapi hari itu adalah antara hari 'naik darah' aku. Bila terlalu emosional, aku tahan untuk tidak menulis. Bahaya aku fikir. Jadi aku luahkan semua pada kerja, dan game aku.

Ya, itu cara minda aku berfungsi.

Mostly masa aku hanya dengan trading, game dan anime. Ya, aku tonton anime. Ada masalah? Game memang tak boleh dipisahkan dengan aku. Aku ingat masa aku kerja ulang-alik Klang - KL, mata aku tekun dengan skrin kecil Samsung galaxy Y aku dalam komuter. Game gerakkan minda aku bila aku terhantuk dengan dinding fikiran aku bila trading. Trading perlu minda luar biasa. Dan bila jatuh, aku perlu pemangkin dan hanya game buat aku mahu terus berfikir.

Ah tolong... jangan sebut cinta. Aku tak berfungsi dengan perasaan. Mungkin... Heh...

Itu aku sekarang. Kiri dan kanan aku tiada beza, biarkan minda aku bekerja maka aku tidak ganggu akan yang lain.

Buat masa sekarang tiada keputusan dengan idea aku lagi. Maksud aku masih tidak finalize. Aku tak mencari sesuatu yang sempurna, tapi cukup dekat dengan risk-free. Trader faham apa yang aku maksudkan.

Sejak kali terakhir aku menulis, sehingga hari ini baru aku buka blog. Dan aku menulis hari ini kerana Si Dia. Aku tak pernah lupa. Ia sesuatu yang ada dalam hati dan fikiran aku sekarang. Kerana aku terima hakikat aku punya perasaan ini terhadap Si Dia.

Dan bila Si Dia datang dalam kerja, dalam game aku, ianya semulajadi dan sekarang bukan lagi gangguan untuk aku. Benar orang kata, bila sesuatu terjadi, lebih senang dengan hanya menerima dari cuba melawan. Sakit belakang kira kerana sekarang... sakit atau tidak tiada bezanya untuk aku. Buat masa sekarang.

Bulan puasa ini juga tiada bezanya untuk aku. Orang puasa aku puasa. Raya nanti juga macam biasa. Aku perlukan kerja dan game aku dari semua masa yang aku ada. Aku perlu dapatkan apa yang aku mahu. Baru aku rasa lengkap dalam hidup aku.

Aku bukan istimewa, aku hanya biasa yang impikan istimewa.

Dan ya, aku juga rindukan Si Dia. Tak pernah satu hari aku lupa. Aku cuma hanya tiada masa. Aku minta maaf. 24 yang Allah beri tidak pernah cukup bagi aku. Sesuatu yang amat berharga lebih dari emas, perasaan aku, fikiran aku dan nyawa aku sendiri... Demi masa...

Aku ucap selamat... Dan selamat berpuasa. Dan terima kasih kerana ucapan hari jadi. Sungguh pun hari itu bukan hari yang baik bagi aku, tapi bila ada orang ingat, aku rasa gembira. Terima kasih buat Si Dia dan semua...

Tuesday, May 6, 2014

Kelak aku adalah Raja dalam dunia...

Aku ada kat Selangor sekarang sejak Khamis lepas. Jadi kepada admirer dan stalker aku yang kat Melaka lagi. Balik!

Duduk kat Melaka sebulan bertemankan laptop lembap, internet laju tapi sangkut dan astro-siaran-ulangan buat fikiran aku slow sikit. Aku berhenti berfikir dan ikut sahaja apa yang berlaku disekeliling aku. Dan itu tidak baik.

2 minggu sebelum aku balik Selangor, aku buka kembali Metatrader (MT4), platform yang aku guna untuk trading. Memandangkan MT4 tak memerlukan internet super pantas untuk sekadar memerhati, aku perabihkan masa membelek-belek chart. Mana tahu jumpa lubuk.

Cara minda berfungsi amat menarik bagi aku. Beri apa jua keadaan, minda akan beri kita pilihan berpandukan pengalaman dan ilmu yang ada pada kita. Dan bagaimana minda aku berfungsi. Hm... btw, ini bukan post ilmiah...

Aku suka pandang chart meskipun berkali-kali dihentam dengan kerugian dalam trading. Tapi aku tak jemu pandang chart. Sebab hanya memandang chart, fikiran aku ligat bekerja. Kalau orang tanya, kenapa walau ligat bekerja, akhirnya aku tetap kalah. Hm...

Sebab aku manusia...

Aku rugi besar dua kali dalam hidup aku. Perasaannya... sama seperti perasaan aku ketika aku dan Si Dia berpisah kali terakhir. Terlalu dalam sehingga tak ada satu unit keringat atau kenangan mampu aku buang berkenaan tentang Si Dia, ataupun kerugian yang aku alami.

Masalah menjadi manusia adalah kita lemah. Kuasa kita terhad. Orang tua selalu kata, kita hanya mampu merancang, Allah menentukan. Dan walaubagaimana rancangan aku untuk bersama Si Dia, dan juga sistem yang aku guna untuk trading, itu hanya rancangan. Berpisah dan kerugian itu Allah yang tentukan.

Tapi aku tak salahkan Allah. Allah beri aku banyak benda yang tak mungkin dapat aku balas kasih sayang-Nya pada aku. Yang salahnya aku, kerana merancang, dan selalunya ada yang tertinggal dalam rancangan aku.

Dan sekarang, aku masih merancang sekali lagi. Melihat mana-mana kelemahan yang patut aku jadikan kelebihan dalam hidup aku. Hidup perlu seimbang. Terlalu kuat, atau terlalu lemah pun tak boleh.

Dan sekarang, aku di Selangor. Duduk di depan pc, tempat paling selesa bagi aku dalam dunia ni. Menulis sambil hirup secawan kopi. Duduk di Melaka jauh dari pc aku buat kepala kosong dan lapang. Dan sedikit sebanyak buat aku jadi 'wise'. Buat aku jadi nampak...

Adakah selepas ini aku akan berjaya. Aku yakin ya. Adakah akan berjaya selamanya. Tidak. Setiap raja pasti akan jatuh dari takhtanya. Dan begitu juga aku suatu hari nanti.

Dikesempatan ini, aku ucapkan Takziah kepada keluarga Si Dia atas pemergiaan salah seorang ahli keluarganya. Al Fatihah...

Dan aku gembira bila Si Dia kata rindukan aku. Ia perasaan yang senang bila tahu ada orang masih ingat, masih rindu pada aku. Huhu... Aku cuba hidup dalam dunia yang aku sendiri tidak sepenuhnya faham. Aku buat terdaya aku. Kelak, aku harap aku mampu jadi raja dalam dunia yang cuba aku tempuh ini.

Dan kerana itu, perasaan seperti ini, bila dapat, ianya adalah sesuatu yang paling aku hargai....

Aku ucap selamat...

Sunday, April 27, 2014

Selamat Hari Lahir...

Hah... aku baru teringat benda yang aku lupa kemarin.

Selamat Hari Lahir untuk Si Dia. Atau omputeh kata, Happy Belated Day coz aku lambat mengucapkannya.

Boleh condem aku, lagipun salah aku sebab terlupa...

Semoga panjang umur, murah rezeki dan selalu gembira sehingga ke akhir hayat.

---

Tapi jujur, banyak tarikh yang penting untuk aku dulu... dan sekarang... aku lupakan. Mungkin kerana tiap hari bagi aku sama. Rutin yang sama. Aku boleh beza hari tapi tidak tarikh. Senang nak lihat hari ini hari apa. Hanya perlu dengar radio, tengok hp atau tarikh luput roti.

Ya, aneh bab yang terakhir tu.

Sebab memori, banyak cara untuk kita terus kekalkan dalam kepala kita. Aku terfikir berapa banyak aku mampu ingat bila berjumpa dengan kawan lama. Bila berbual tentang perkara silam.

Aku sentiasa ada masalah untuk 'keep in touch' dan sebab itu aku ada gelaran hantu. Datang tiba-tiba, pergi tiba-tiba. Ini disebabkan aku sentiasa senang bersendirian. Tenggelam dalam dunia kecil aku. Gaming, komputer dan bahan bacaan aku.

Kadang sunyi. Tapi memori aku dan Si Dia senang dekat dengan aku. Mungkin tak semua memori aku mampu ingat, macam contoh kemarin aku lupa hari lahirnya. Tapi ada juga yang mampu aku ingat seperti mix cd yang aku buat sebagai hadiah untuk Si Dia menjelang hari lahirnya.

Aku takde masalah jika kawan lama telah lupakan aku. Sebab aku sentiasa fikir, salah aku sebab lost contact. Kawan yang ada, sepatutnya dihargai. Dijaga hubungannya agar suatu hari nanti, tak kira senang atau susah kita tetap senang bersama.

Dalam hidup aku, seperti orang lain tentu sekali ada memori yang dapat memberi impak besar sehingga kita tak mampu lupa, walaupun kita mahu lupa. Aku ambil masa untuk lupakan Si Dia 4 tahun dahulu dan sehingga sekarang aku tak mampu lupa.

Akhirnya putus asa dan mengaku... aku cintakan Si Dia.

Brainwash dengan memori ini, aku hidup dalam kenangan bersama Si Dia. Manis mahupun pahit. Bila kita semakin tua, kita jadi semakin tenang. Dahulu penuh dengan api kemarahan, sekarang aku macam... nah... its ok... I can handle this.

Marah macam mana aku pun selama 4 tahun ini tak bawa perubahan dalam diri aku. Keadaan aku masih merosot, makin teruk. Ada benda, kalau betul, kita hanya perlu terima. Dan buat sesuatu berdasarkan benda betul tu.

Sekarang, bila fikir balik... Rasanya dah jauh aku berjalan dengan kenangan lama yang sama. Ada hajat di hati mahu bina kenangan baru tapi nampaknya fokus aku lebih kepada kerja aku. Minat aku. Di mana membawa aku berhenti dari mencari Si Dia.

Mungkin cinta yang aku selalu katakan ini tidak cukup kuat untuk menyatukan kami.

Aku tak nafi aku bakal sedih jika Si Dia jadi kepunyaan orang lain. Tapi tiada daya untuk aku dapatkan si dia kembali. Aku terlalu bergantung kepada memori untuk teruskan hidup aku. Takut akan kenangan baru mungkin.

Macam aku cakap dahulu, tak baik kacau kebahagiaan orang lain. Aku lihat Si Dia senang dengan hidupnya. Ya, kadang dalam hidup ada rasa susah sedikit. Tapi pada mata aku, Si Dia senang dengan rutin hariannya. Hidup...Si Dia gembira dah cukup bagi aku.

Well, cukup sampai di sini. Hanya membebel seperti biasa. Aku mahu mulakan kerja. Aku ucap selamat...

Saturday, April 26, 2014

Warframe & Komuniti Internet

Kemaruk game Warframe menjadi-jadi. Dah hampir sebulan aku di Melaka. Dan hampir sebulan aku tak buka langsung game aku. Tangan dah gatal. Setiap malam aku tak boleh tidur habiskan masa melihat youtube dan membaca info baru tentang Warframe.

Update 13 adalah update terbesar setakat ini. Dan aku masih belum dapat mencubanya. Ada beberapa senjata baru, mod baru dan warframe baru. Hydroid bertemakan lanun dan air. Amat menarik cuma aku ragui kehebatannya untuk end game.

Aku ada satu blog yang aku buat khas untuk Warframe. Baru ada 3 posts namun ianya menunjukkan potensi bakal menerima ramai pengunjung kelak. Aku hanya perlu menulis penulisan yang berinformasi dan berkualiti. Perlukan masa untuk aku mencuba sendiri dan pengalaman bermain itu aku tukarkan dalam bentuk perkataan dalam blog.

Dan sebab itu aku perlu bermain.

Ini projek baru aku dan memandangkan aku amat suka akan game Warframe, aku fikir ada baik aku menulis tentangnya. Tapi untuk menulis aku perlu bermain. Dan sekarang aku di Melaka, membantutkan lagi usaha aku untuk menulis.

Rasa bersalah pulak bila menulis benda yang agak-agak betul. Aku sentiasa semak real time in game sebelum aku terbitkan post aku. Aku mesti cuba dahulu baru aku tulis segala tips dan trik yang aku guna dalam game. Sebab jika satu hari nanti aku dikritik, aku boleh membalas balik. Tapi kalau aku memang salah, its ok. Janji aku dapat manfaat darinya.

Aku suka komuniti di Internet. Sebabkan semua mereka boleh jadi "tidak dikenali", mereka bersifat terbuka bila menyatakan sesuatu. Aku senang open-minded bila orang kritik dalam internet. Dunia bukan maya pun aku open-minded tapi tak se-open kat internet.

Open-open pun aku perlukan limit juga. Huhu..

Walaubagaimanapun, aku tahu aku perlu letak URL blog warframe aku di sini. Tapi aku fikir aku lebih suka jika komuniti Warframe sendiri yang jumpa blog aku. Ramai orang mungkin tak tahu, komuniti game sebenarnya amat besar di dunia maya. Dan aku senang dengan penglibatan aku dalam komuniti ni.

Cuma di Malaysia aku rasa macam slow sedikit. Aku taknak komen lebih. Aku faham budaya orang Malaysia macam mana. Kebanyakkan kita fikir game hanya buang masa. Jadi tiada kejutan jika tak ramai orang Malaysia yang melibatkan diri dalam komuniti game ini.

Lagipun siapa aku untuk mengkritik. Penglibatan aku dalam komuniti game ini pun atas nick aku, bukan nama sebenar. Baik rasanya kalau aku asingkan penglibatan aku dalam dunia maya dengan dunia realiti. Komuniti dalam internet bagi aku lebih serius bila berdebat berbanding dunia sebenar.

Keyboard warrior...

Ok la... sebelum aku membebel keluar tajuk. Aku nak ucap selamat. Its fun writing. Jumpa lagi..

Friday, April 25, 2014

Terlupa di hati.

Ya, malam bukan waktu aku tidur.

Malam ni aku terasa tak senang. Macam terlupakan sesuatu. Hm...

Jadi aku buka blog. Cuma menulis. Harap-harap boleh ingat bila membebel kat sini.

Laptop yang aku guna ini bukan kepunyaan aku. Jadi rasa janggal sedikit bila nak buat sesuatu. Tengok ada software Metatrader. Para trader mesti tahu apa itu Metatrader. Huhu...

Jadi aku buka. Aku belek-belek chart. Jujur aku dah berhenti sebenarnya memandang chart. Dan sebab dah hampir 5 bulan tak tengok, jadi gian semacam. Mula la belek balik forum, nota dan gambar. 

Trading ni satu-satunya peninggalan Cahaya Pembuka Hatiku untuk aku. Tanpa dia, aku takkan kenal trading ni apa. Dan aku taknak cerita pasal Cahaya Pembuka Hatiku. Tak, aku tak marah. Dia patut marah kat aku.

Tak banyak berubah pada market. Same old thing. Tetap huru-hara. Tiada corak. Kadang aku fikir trading ni pun macam nasib juga. Dan kalau betul nasib, no wonder aku down sebab nasib aku memang teruk sejak aku keluar universiti.

Alasan orang malas. Huhu...

Jam menunjukkan 2 pagi. Aku cuba baring kejap. Perasaan seperti terlupakan sesuatu tu kuat. Sayang aku tak ingat. Kalau ingat mungkin boleh jadi bahan untuk aku tulis di sini. Hm...

Aku cuba lenakan mata, dengan hati aku yang penuh dengan perasaan untuk Si Dia dan minda yang serabut dengan chart tadi, aku tak rasa pagi ini aku berjaya tidur. Kalau ada kat Selangor ni mahunya aku duduk main Warframe lagi. Huhu...

Jam hampir 3:30 pagi. Masih belek chart. Jumpa benda yang menarik dan idea untuk projek baru. Hm... Kalau senang nanti aku cerita. 

Jam 5 pagi. Menguap dah. Kepala aku rasa berat. Aku belek banyak benda, cuba jek minda aku untuk ingat benda yang aku mungkin terlupa. Ini amat membebankan. Aku harap benda tu tak penting memandangkan kemungkinan aku bakal hilang sesuatu jika aku tak ingat.

Jam 9 lebih. Peh... Tertidur aku depan laptop. Bila aku baca balik post ini, rasa macam buat jurnal pulak. Aku minta maaf kalau cerita tentang benda yang aku lupa ini seumpama cerita yang tak habis. Cliffhanger. Serius, aku masih tak ingat. 

Rasa seperti benda yang aku lupa ini dekat di hati. Mainan perasaan mungkin. Aku harap aku dapat ingat semula. Aku ucap selamat...

Thursday, April 24, 2014

Penempatan pilihan

Hm, katanya catuan air di Selangor bakal dihentikan awal bulan depan. Berita baik untuk aku memandangkan aku memang nak sangat balik Selangor. Marah orang Melaka habiskan air dorang.

Ya, aku masih di Melaka. Negeri Melaka ni best sebenarnya. Walaupun ada pembangunan yang pesat, aku masih boleh rasa macam duduk di kampung. Rasa tenang dan rasa ramah.

Kehidupan kat Selangor berbeza sedikit. Bukan teruk cuma kurangnya rasa tenang di sana. Mungkin kurang pokok tempat aku tinggal agaknya. Tapi itu tak bermakna aku rasa nak tinggalkan Selangor dan duduk di Melaka.

Ada banyak benda yang aku suka di Selangor. Antaranya Selangor dekat dengan KL. Naik komuter dan aku good to go. Aku taknak duduk KL memandangkan taraf hidupnya tinggi. Selangor agak so-so. Boleh tahan la.

Aku suka duduk dalam kawasan yang dekat dengan kedai atau perusahaan. Senang bila aku mahu mencari sesuatu, aku hanya pergi dan mencari. Selangor bagi aku macam pusat untuk aku mencari benda yang aku mahu.

Satu lagi sebab banyak kenalan aku duduk di Selangor. Jadi kalau ada projek ke, perlukan bantuan ke senang untuk aku bergerak. Lagipun Si Dia duduk Selangor. Huhu...

Aku pernah terfikir untuk keluar Selangor. Hidup di negeri lain. Johor mungkin pilihan ke dua aku. Alasannya sama, aku suka duduk dekat dengan kedai. Masa aku duduk di universiti dahulu, aku ada orang tolong carikan benda di Singapura untuk dijual di Malaysia.

Walaubagaimanapun aku tak suka duduk di pusat bandar. Duduk di pinggir bandar lebih baik memandangkan aku boleh jimat, tengok pada taraf hidup. Janji dekat dengan bandar aku ok.

Utara? Aku tak tahu. Utara agak hardcore bagi aku memandangkan budaya di sana banyak berbeza. Orang utara amat peramah. Cuma cara komunikasi tu (loghat) buat aku rasa janggal sedikit. Jangan salah sangka, bukan aku tak suka, cuma sukar bagi aku. Tapi kalau ada orang utara nak bercakap dengan aku, aku layankan sahaja.

Luar negara? Oh, aku suka. Aku teringin nak duduk di Jepun. Nak lihat budaya orang di sana. Lihat betapa rajin dan kreatif mereka di sana. For some reason, aku tak berapa suka belah Eropah. Beri aku rasa macam kecil. Amerika? Yeah, why not. Tapi macam biasa, aku tak suka hidup di tengah bandar. Aku hanya suka kemudahannya sahaja.

Tapi jujur, aku tak pernah ke Jepun, Eropah atau Amerika. Mungkin pandangan aku bakal berubah bila aku ke sana.

Walaubagaimanapun, aku harap bulan depan krisis air di Selangor pulih. Susah nak buat kerja bila banyak bahan yang aku gunakan untuk kerja ada dalam desktop kat rumah aku di Selangor. Dan bila semuanya berjalan lancar, aku perlu keluar mencari kerja.

Ya, aku tak kerja. Hanya buat kerja-kerja pelik yang orang tak panggil real-job. Lagipun Real Job ini sebahagian dari plan B aku. Menggunakan degree aku untuk kerja. Tapi sebelum itu aku perlukan masa untuk bersedia dengan benda lain memandangkan kerja dengan orang lain bakal mengambil paling kurang 8 jam, 5-6 hari setiap minggu dalam hidup aku.

Dan itu... tak baik untuk aku memandangkan aku sentiasa ada agenda atau fokus lain. Ya, kerja sahaja memang tak boleh kaya. Aku bersyukur aku ada ilmu lain yang bakal membuat aku sibuk bila aku cuti dari bekerja kelak.

Dan ini kegilaan yang aku maksudkan. Aku ada 2 tahun dari sekarang sebelum... well... itu untuk post akan datang...

Buat masa sekarang, Selangor... aku hanya nak air.... Aku ucap selamat...

Wednesday, April 23, 2014

Maaf atas kelewatan dan kegilaan ini...

Aku nak menulis tentang Si Dia. Tapi serius aku tak tahu mahu menulis apa. Jujur, seronok menulis tentang Si Dia. Melepaskan rasa hati yang sentiasa terbuku.

Ada yang bertanya adakah benda yang aku tuliskan ini adalah coretan novel atau kisah sebenar. Aku agak tergamam. Adakah penulisan aku ini seperti menulis novel ketika aku menceritakan tentang Si Dia. Jujur, aku tak tahu.

Stail aku menulis tentang Si Dia sentiasa pada sudut pandangan pertama. Bermakna pada belah bahagian aku. Aku tak pernah menulis pada pandangan ke tiga. Aku tak tahu jika ada penulis novel yang menulis pada pandangan pertama; jika ada.. well, itu amat menarik... mungkin.

Tentang novel atau kisah sebenar, aku biarkan misteri. Boleh kan? Publisiti? heh...

Tapi aku tahu Si Dia membaca. Dan Si Dia tahu aku sedang menceritakan tentang dirinya. Tak ramai faham cara aku berfikir dan sebab itu Si Dia antara yang tahu apa yang bermain dalam fikiran aku. Lagipun hidup aku bukan misteri pun memandangkan aku agak terbuka dengan kisah hidup aku.

Beside, aku bukan artis. Jadi kenapa aku perlu takut orang nak sangat ambil tahu kisah hidup aku.

Dah hampir 5 tahun sejak kami berdua berpisah. Umur yang semakin lanjut ini buat aku tenang menerima apa yang berlaku pada diri aku, dan hubungan aku dengan Si Dia. Aku tak lagi marah. Hanya menyesal kerana Allah beri aku banyak peluang untuk hidup bersama perempuan yang baik tapi tak pernah sekali aku cuba untuk menjadikannya realiti.

Aku sentiasa fokus pada kerja dan hobi. Meninggalkan perkara yang boleh membawa kebahagiaan kepada aku. Dan mungkin sebab itu aku tidak pernah usaha mendapatkannya.

Aku pernah tanya, apa akan jadi pada aku jika suatu hari Si Dia post gambar kahwin dia dengan orang lain. Aku tak boleh jawab di sini. Itu kebahagiaan Si Dia. Aku taknah Si Dia menjadi mangsa dengan kegilaan aku di sini.

Aku tahu tidak baik untuk aku tidak berusaha mendapatkan Si Dia. Bila aku buat keputusan aku masih cintakan Si Dia, aku tahu aku perlu usaha. Tapi melihat keadaan aku sekarang, dan kegilaan aku mengejar kegembiraan aku, aku tak fikir ini dapat membahagiakan Si Dia.

Panggil aku loser atau seumpama dengannya. Kerana aku sedar seumur hidup aku mengejar kegembiraan, keseronokan dari mengejar kebahagiaan.

Aku dah lewat setahun untuk bersama dengannya. Si Dia layak bersama lelaki yang lebih baik untuk aku. Aku tak pernah sedih bila orang lain jumpa dengan kebahagiaan mereka. Dan aku harap aku mampu bertahan bila Si Dia berjumpa dengan kebahagiaannya.

Dan lewat setahun ini juga membuka peluang dan semangat baru untuk aku teruskan plan B hidup aku. Aku tak tahu jika Si Dia masih ingat, tapi aku tak pernah lupa. Aku minta maaf kalau aku terlewat. Dan aku minta maaf jika plan B ini aku jalankan tanpa Si Dia.

Aku gembira bila Si Dia kemaskini blognya. Menceritakan tentang kehidupannya. Buat jantung aku skip beberapa denyutan dengan gambarnya. Man... stalker never good even if it for good cause. Kalau skip lebih lagi mungkin aku perlu ke hospital.

Aku mungkin bertuah. Ketika dahulu aku mengingati Cahaya Kemuliaan dan membandingkannya dengan keadaan sekarang, aku kata Cahaya Kemuliaan sudah tidak sama. Dan dia terus hilang dalam hidup aku. Dan bila aku lihat Si Dia, dalam hati aku sentiasa tidak berubah. Si Dia tetap sama.

Lainlah kalau Si Dia guna photoshop ke apa untuk kelihatan muda dalam gambar.. Haha... Jika tidak, bagi aku Si Dia tak pernah lagi berubah.

Jam menunjukkan 4 pagi. Aku ada satu lagi post untuk blog lain untuk hari ni.

Kalau Si Dia membaca ini. Hm... Aku minta maaf kerana menjadi lelaki yang bawa kesedihan dalam hidup Si Dia. Aku tak mahu minta apa-apa kecuali kebahagiaan dan kesejahteraan hidup untuk Si Dia. Aku sudah menyesal dan kemungkinan besar bakal menyesal lagi kerana aku mahu meneruskan kegilaan ini. Dan untuk itu aku minta maaf.

Tapi dalam hati aku... hm... aku berharap... aku sempat menjadi lelaki yang hebat... agar aku dapat menebus segala kesedihan yang pernah aku bawa dalam diri Si Dia.

Buat masa ini, life must move on. Aku perlu meneruskan kegilaan ini. Aku hanya perlu berdoa dan berharap dengan kuasa-Nya melempang aku agar menyimpang dari kegilaan ini dan menjadi normal... seperti manusia lain.

Terima kasih. Saya amat bersyukur awak masih cantik seperti dahulu...

Aku ucap selamat...

Tuesday, April 22, 2014

Tuliskan sahaja.

Aku suka menulis. Menulis bagi aku adalah aktiviti melepaskan stress yang terbuku dalam minda. Tak kiralah sama ada benda yang terbuku tu adalah mengarut, ilmiah ataupun mainan perasaan.

Banyak penulisan aku bukan untuk tatapan umum. Aku pernah kata, dalam blog ini sahaja terdapat banyak draf penulisan aku yang aku tak terbitkan. Terlalu banyak perasaan, ataupun pemikiran yang terlampau yang aku fikir tak baik untuk diketahui umum.

Aku selalu fikir, aku hanya manusia. Punya suara yang besar namun tak semua mudah mendengar. Semua orang begitu aku fikir. Aku percaya dengan hanya suara, kita mampu mengubah dunia. Semua orang ada potensi. Tapi tak semua mampu bersuara yang mampu didengari oleh orang ramai.

Benda yang aku suka tulis adalah berkenaan diri aku, benda yang aku minat dan permasalahan. Aku jarang menulis mengikut trend. Sebab itu kau tak jumpa aku menulis tentang MH370 kat sini. Itu untuk blog lain. Aku suka cari niche yang aku fikir evergreen, selamanya ada orang membaca. Hm, itu subjektif. Sebab niche yang evergreen agak sukar untuk di tulis.

Dan aku tak kata segala topik aku post kat blog ini adalah evergreen. Aku hanya mencuba nasib. Dan ada beberapa post dalam blog ini dikunjungi orang setiap hari. Nasib.

Aku tak pernah fokuskan apa jenis bahan penulisan aku. Jika aku rasa mahu menulis aku terus tulis. Dan bila aku nak terbitkan, aku baca berulang kali. Jika rasanya tak bawa masalah kepada aku masa hadapan, aku terbitkan.

Walaupun internet adalah medium yang global, di mana aku mampu menulis tanpa mengwar-warkan identiti aku, aku perlu berhati-hati. Tak semua orang mampu terima apa yang aku fikir. Dan dalam pengalamanan aku menjejaki penulis asal sesuatu bacaan yang aku baca, tak sukar rasanya untuk orang luar tahu siapa aku.

Topeng yang aku pakai ketika menulis di blog ini, dan blog lain bukan sahaja untuk aku, tetapi untuk orang yang rapat dengan aku. Aku ada juga menulis penulisan yang radikal yang tidak aku terbitkan di sini. Pengalaman aku, ada manusia yang tak mampu menerima kebenaran.

Dan sebab itu aku faham jika ada pemerintah sesebuah negara menyembunyikan sesuatu maklumat. Kita, manusia tak cukup mampu menerima segala realiti yang terjadi dalam dunia ini. Senang rasanya ditipu. Bak orang putih kata, Ignorance is bliss.

Lagipun setiap kali kita menulis dan menerbitkan penulisan kita, kita sentiasa terdedah dengan risiko menulis informasi yang salah. Kita hidup dalam dunia maklumat dimana maklumat bukan lagi sesuatu yang sukar diperolehi. Dan ini menjadi satu masalah bila kerana lambakan maklumat ini kebanyakkannya adalah palsu.

Dan menjadi masalah untuk penulis seperti aku yang hanya menulis-tanpa-berfikir-panjang. Aku tiada editor. Aku hanya menulis.

Hm...

Well, aku hanya menulis. Terima kasih kerana membaca. Aku tahu post ini agak tergantung dan kurang berkualiti. Heh... Jadi jangan marah.

Aku ucap selamat...

Sunday, April 20, 2014

Nombor telefon pada sim kad.

"Kau pernah jatuh cinta...?"
"..."
"...?"
"Pernah. 2 kali. Pertama kali adalah cinta pandang pertama..."
"Yang ke 2?"
"..."
"...?"
"Yang ke 2 istimewa. Mula dari tiada. Perlahan dia datang. Dari kosong jadi suka. Dari suka jadi rindu. Dari rindu jadi sayang. Dari sayang jadi cinta. Maaf, aku tiada nama untuk cinta ini..."
"^_^"

---

Aku tak biasa tidur malam. Tidur malam buat aku terlalu selesa dan selesa itu senang bawa ingatan aku kepada Si Dia. Aku bangun. Buka tablet. Teringat sim kad aku penuh dengan no telefon sehingga aku tak boleh masukkan nombor baru. Dan beberapa lepas aku terpaksa format hp sebab masuk virus. Jadi no dari kenalan baru hilang memandangkan aku tak dapat simpan no pada sim kad.

Aku fikir, aku patut luangkan masa untuk pagi ni semak semula semua nombor yang ada pada sim kad aku.

Ini simpan, itu buang sehingga aku terjumpa no hp Si Dia. Jantung aku skip satu denyutan. Agak terkejut memandangkan jika aku tak salah ingat, aku dah buang no dia dahulu. Salah buang mungkin. Atau...

Aku lihat nombornya...  019-418****. Hm...

Lihat jam pukul 3 pagi. Dalam hati rasa butang hijau dengan gambar ganggang telefon terang menyala. Patutkah? Gambar tong sampah semakin kabur. Aku duduk bersandar. Kemudian aku pergi ke blog Si Dia. Hm... ada gambar. Jantung aku skip sekali lagi bila lihat senyumannya.

Sakit? tak. Aku gembira bila dia gembira.

Aku buka kembali nombornya. Lihat jam dah hampir 4 pagi. Kalau ikut hati aku terus call je. Gentleman orang kata. Tapi... hm...

This is really stupid really. Aku tutup. Buat kopi dan duduk sini menaip post ni. Maaf kalau kau hampa jika aku tak buat apa-apa move. Its just, bila aku lihat senyuman Si Dia, aku tak sanggup nak rosakkan. Aku lelaki yang patut Si Dia jauhi, well, at least itu pendapat aku.

Gambar yang ada pada blog Si Dia adalah gambar kahwin sepupunya aku rasa. Buat aku terfikir apa akan jadi pada aku jika suatu hari nanti Si Dia post gambar kahwinnya.

Gila? Pasrah? atau lantak kau la...

Untuk umur macam aku, yang masih boleh skip denyutan jantung hanya kerana memandang no tel Si Dia yang aku tak pasti sama ada masih boleh pakai atau tak, kinda macam budak sekolah. Bila fikir balik, serius aku fikir kelakar.

Tapi aku bersyukur. Rasa ini buat aku rasa muda. Rasa yang ramai antara kita rindu mahu merasa. Jatuh cinta pandang pertama adalah manis. Jatuh cinta yang perlahan juga manis. Rasa muda mudi gitu.

Aku tak delete nombornya. Aku hanya simpan. Aku suka lihat namanya yang aku rekodkan dalam hp aku. Buat aku fikir, ya... aku pernah muda, aku jatuh cinta pada perempuan ini. Meskipun banyak sejarah antara kami berdua, tapi aku tak pernah lupa aku pernah gembira bersamanya...

Dan nama pada hp ini adalah buktinya.

Huhu...

Good thing about this is that right now, I have a cup of coffee and something to smile which make me want to do something good today. Thank you for this sweet and nice feeling you give me...

Aku ucap selamat...

---


Saturday, April 12, 2014

LITERAL Titanfall Trailer

Dah pernah cuba Titanfall?


Aku tak lagi. Duit takde. Huhu...

Titanfall adalah game FPS (First person shooter) dengan elemen parkour dan mecha. Macam biasa aku bukan nak buat review pasal game ni sebab aku tak pernah main pun. Kalau nak review tentang game ni aku suggest video di bawah. Aku hanya nak kongsi video di atas yang aku rasanya kelakar dan menghiburkan. Enjoy...

Oh, review Titanfall :-


So far, Warframe je yang dekat dengan hati aku buat masa ni... Hehe...

Thursday, April 10, 2014

Oh Selangor negeriku...

Jumaat lepas buka pili air tiba-tiba... angin je yang keluar. Panik satu rumah jadi keesokkan harinya satu rumah aku ke penempatan sementara di Melaka. Rumah adik aku.

Air kat sini banyak lagi, jadi maaf orang Melaka. Tumpang mandi kat tempat orang.

Ironinya, rumah adik aku takde internet. Jadi aku subs la internet mobile celcom seminggu RM18. Laju? boleh la untuk layan game kat tablet, baca manga dan update blog. Cuma...

Aku tak dapat main Warframe...

Ya, aku tak nafi. Serius ketagih game ni. Setiap hari mesti nak main. Dan dah seminggu aku duduk Melaka ni, tangan rasa ringan nak belasah orang. Mengigil2 satu badan. Tidur jadi tak lena. Hidup jadi tak bermakna...

Parah...

Dan aku baru check website dan forum, ada update besar untuk Warframe. Aku jadi makin seriau. Banyak update, fixed bug dan Warframe baru. Ditambah pula satu weapon prime yang bakal buat grinding itu aktiviti mesti buat bila aku main Warframe.

Ada orang kata dengan aku, ianya benda yang baik bila aku berjauhan dengan Warframe buat seketika. Mungkin betul sebab aku terlalu ketagih barangkali. Aku suka main game. Ia bawa aku ke dunia tanpa had imaginasi aku.

Aku pergi banyak tempat kat dunia ni tapi tak sikit pun tergerak hati aku untuk kata... ah... ini cantik... aku nak pergi lagi sini. Nope...

Dulu aku selalu fikir aku dan kau takde bezanya. Kita manusia. Sama sahaja. Tapi sekarang bila lihat cara aku lihat sesuatu, citarasa dan pengalaman aku buat aku fikir... Ya, banyak manusia pelik kat luar sana.

Termasuk aku.

Aku selesa duduk depan skrin kecil ni bermain game dari keluar melancong kat luar sana. Bagi aku, melancong kat dunia imaginasi ciptaan manusia ini lebih menarik. Aku bukan tak keluar rumah. Bila aku keluar, dan aku lihat cermin...

Aku lihat seorang manusia yang tidak nampak ada interest dengan tempat-tempat yang aku pergi.

Mengingatkan aku ketika aku bersama kelab rekreasi UTM, naik gunung Stong, Kelantan. Bila sampai puncak aku hanya... meh.... Lain pulak halnya bila aku daki tempat tertinggi dalam game. Mata aku terbeliak mempersona. Amat...

Aku perlu diselamatkan... aku fikir... Nah...

Sebab aku dari kecil memang macam ni. But please... Ia bukan sebab aku tak hargai ciptaan Allah, kat dunia ni benda yang betul-betul boleh tarik perhatian aku selain game adalah perempuan. Ya, perhiasan terbaik dunia. Other than that... well...

Tapi aku tak nafi, tak panjang lagi langkah aku. Aku yakin ada tempat kat luar sana yang mampu buat aku ternganga. Terima kasih kepada ekonomi negara kita yang aku rasakan agak-agak stabil, aku memilih untuk buang duit aku ke bil internet dan kelengkapan komputer aku.

Huh...

So, bila agaknya aku dapat balik Selangor. Tangan dah mengigil dah ni. Hm... ketagihan ni tak baik kan? Haha....

Tuesday, April 1, 2014

Aku bukan segalanya untuk dia, dan juga segalanya untuk dia...

Aku duduk dalam kereta, perjalanan menuju ke rumah. Tiba-tiba hp aku berbunyi. SMS masuk. Aku pun macam endah tak endah nak tengok siapa yang hantar... Sebabnya hanya celcom dan iklan je yang rajin hantar mesej kat aku sekarang.

Sekarang aku hanya sibukkan diri aku dengan game dan beberapa hal lain. Jadi aku agak memencilkan diri dari dunia luar.

Aku lihat mesej dari Nurul Ain!? Hm? Let's see... Satu-satunya Nurul Ain yang wujud dalam hidup aku adalah watak komik yang aku cuba lukis masa aku kat universiti dulu. Jadi siapakah dia...

Aku menung lama. Cuba balas buat-buat macam kenal. Cuba cungkil. I mean, come on... Mustahil aku lupa perempuan yang aku pernah jumpa. Tergugat reputasi aku sebagai pecinta wanita. Dia ambil masa yang lama untuk balas mesej aku.

Dan hati aku terdetik.

Hanya seorang sahaja perempuan yang nama iras macam Ain, yang bila dia marah, aku cepat tahu... aku kenal perangainya. Lambat balas mesej aku bila aku pura-pura macam kenal. Bermakna dia marah... mungkin!?

Ya, mesej dari Nurul Aina. Siapa dia? Well... Hehe...

Ni mesej seorang teman perempuan sejak aku... aku tak ingat. Ya, sangat lama aku tak dapat mesej dari perempuan sejak dia (cik Aina) mesej aku pasal pemergian seorang rakan sekolah rendah aku.

Dan bila buat salah, adabnya... mesti minta maaf. Bila aku sedar Ain ni cik Aina, aku minta maaf dan tanya khabar. Tanya tentang hidup dia. Tanya tentang Bonda dia. Tentang kerja dia.

Dan Alhamdulillah, aku tak hilang skill sms aku lagi. Haram jadah.

Lama mesej tiba-tiba hp aku mati, habis bateri. Aku hanya dapat mendiamkan diri sehingga sampai ke rumah dan charge bateri hp aku. Aku mesej dia semula, ucap maaf (well, tentu sekali dia marah) dan selamat malam. Dah lewat malam btw.

Dia balas dan aku tahu dia marah... sket... Huhu...

Dalam banyak perempuan yang aku jumpa, hanya dia (sekali lagi, cik Aina) yang aku tak berani nak tipu, ayat manis atau guna segala bagai trik yang aku praktiskan semasa zaman romeo aku dulu. Dia istimewa. Someone yang aku pernah katakan akan tunjukkan aku jalan yang betul andai aku silap semasa mengharungi hidup aku.

That's why, selain si dia. Dia penting dalam hidup aku. Orang yang tak pernah khianat aku, tak lupakan aku, dan buat aku selalu ingat aku di mana.

Aku glad dia mesej aku hari ni. Mungkin mesejnya hanya pendek. Hanya bertanya khabar tapi ia bawa makna besar untuk aku. Aneh... yup... tapi itu yang aku rasa.

Aku minta maaf kalau post kali ni macam anti-klimaks atau sebagainya. Aku hanya mahu menulis. Aku simple guy. Benda-benda macam ni senang buat aku bangkit dengan motivasi yang tinggi untuk aku buat apa yang aku harus buat.

Kadang-kadang, kita rasa Allah tak sayangkan kita, beri kita susah, beri kita sedih. Tapi jika kita ingat Dia, kita doa walaupun dalam hati Dia maha Mendengar dan dengan Izin-Nya akan kurniakan saat yang buat kita rasa...

Ya, aku tak boleh putus asa... Aku punya potensi. Aku mesti buat...

Doa... Dan malam ni walaupun mungkin hanya sedetik nikmat yang Allah berikan, aku bersyukur. Aku fikir aku boleh bekerja semula.

Btw... its not like aku cintakan dia atau apa. Dia istimewa. Sesuatu yang aku sukar nak tafsirkan. Dan sebab itu aku tak pernah lupakan dia. Dan kenapa aku jarang cerita tentang dia. Hm...

Heh... well, itu rahsia... Biar ini jadi antara aku dan dia...

Aku ucap selamat... dan please... biarkan aku hanyut dalam detik ini buat masa sekarang... hahahaha....


Friday, February 21, 2014

Warframe dan bebelan...

Baru-baru ini aku kemaruk dengan game Warframe. 3rd person shooter online game. Aku tak nak review sebab malas. Ni menulis sebab aku cuba login tapi tak dapat nak masuk. Kalau dapat pun lagging.

Sedih...

Jadi aku menulis kat sini.

Cuba nak menulis tapi dalam kepala aku tiada apa-apa. Mungkin aku terlalu obses dengan Warframe, jadi dalam kepala aku hilang banyak benda. Jujur, bila aku sedih, murung dan sunyi... aku senang untuk lepaskan pada game.

Sebab aku hanya kanak-kanak barangkali. Simple-minded.

Game bagi aku macam makanan untuk minda. Aku tak suka duduk termenung tak buat apa-apa. Aku suka berfikir tapi disebabkan sekeliling aku banyak benda yang aku tak suka, aku perapkan diri main game.

Game online biasanya banyak benda kena buat. Banyak info kena tahu. Aku boleh buat formula kat spreadsheet hanya untuk game. Giler kau boleh kata tapi benda-benda macam ni biasa untuk aku... Sejak sekolah rendah lagi aku dah buat benda-benda macam ni.

Game online biasanya ada sistem trading. Tukar-tukar barang dengan duit dalam game. Aku hanya suka main. Jadi banyak benda aku kumpul. Kadang bila jari aku sakit, aku tukar jadi mode trading. Jual sana sini. Teringat masa seronok berniaga kat kolej dulu.

Semangat keusahawanan. Walaupun tak kena tempat...

Seronok juga berbual dengan orang yang ada minat sama. Berkongsi maklumat. Dunia sebenar besar. Dunia game juga besar. Banyak rahsia boleh tahu dengan hanya menggunakan "Hi..." dalam perbualaan.

Tak banyak beza dunia sebenar dengan dunia game. Beza ketara, satu tak berfaedah, satu berfaedah. Satu seronok, satu bahagia (well, sedap bahagia, sakit pun bahagia jugak).

Aku suka design setiap Warframe yang aku pakai untuk pergi berperang. Unik. Setiap warframe ada ceritanya. Ada fungsinya. Dalam keghairahan menyelesaikan misi, kita masih boleh berfikir untuk troll member, cari bilik rahsia dan melakukan aksi parkour untuk syok sendiri.

Heh...

Bila aku letih, aku ambil masa berehat. Dan berehat ini biasanya benda aku tak berapa suka buat. Kerana aku cepat hilang mengingatkan si dia.

Tapi aku fikir tak seteruk dahulu. Jujur pada diri mudah aku fikir. Sebab benda yang kita tak mampu lawan, baik jangan lawan. Mengaku... jujur. Aku cinta dia. Selesai.

Langkah seterusnya... tiada. Aku sendiri sedar aku tak usaha untuk dapatkan si dia. Hanya perasaan yang aku simpan, luahkan tapi aku tak mahu usahakan.

Dalam seumur hidup aku, ini kali pertama aku cinta, tapi aku tak mahu usaha. Putus asa mungkin. Orang kata, perbuatan itu menunjukkan kemahuan. Mungkin juga aku tak mahu. Aku tak tahu.

Kebiasaan aku bila orang bertanya ya atau tidak. Aku tegas jawab ya ataupun tidak. Sebab senang. Aku tak mahu ditanya berulang kali. Akibat belakang cerita. Selagi tak ragut nyawa aku, apa aku perlu takut. Hanya bila cinta... sekarang... aku tak boleh nak jawab. Aku cinta... ya... pergilah pada si dia...

Err.... haha...

Jawapan yang biasa aku beri.

Tanggungjawab besar aku rasa. Komitmen itu yang aku tak mahu beri. Bukan tak mampu. Tapi tak mahu. Betul orang kata, aku hanya kanak-kanak, tapi siapa tidak. Cuma mainan masing-masing dah lain. Masing-masing nak rumah besar, nak kereta besar, nak isteri 2 3... haha...

Cuma mainan aku masih tak berubah... Konsistan.

Tak salah pun dorang nak benda-benda camtu. Masing-masing punya kemahuan.

Aku berani cakap aku tak mahu kerana aku tak usaha. Nak seribu daya orang kata. Aku rela simpan sahaja dalam hati cinta ini dan biarkan duduk selamanya sambil mengadap benda yang aku suka.

Bila baca balik, kadang aku fikir post kali ni macam post budak sekolah. Aku jujur. Mood aku macam ni sekarang. Jadi senang untuk aku menulis begini.

Huhu...

Aku lama tak tengok bulan. Dah lama takde rutin melihat dunia luar baru-baru ni. Takde benda menarik kat luar sana bagi aku sekarang. Mungkin bila aku jemu dengan Warframe, aku akan pakai warframe aku untuk menempuh dunia luar.

Cinta datang dan pergi. Benda macam ni biasa bagi aku. Aku tak pernah takut jika orang membenci aku. Sebab aku percaya, jika aku tak membenci, orang takkan membenci pada aku. Kalau ada pun telah dimasukkan dalam ignore list. Ya, jujur aku tak rasa orang membenci aku sebab aku tak perasan kot.

Banyak pulak membebel. Haha... Post kali ini sebijik gayanya macam post masa mula-mula aku tulis blog ni. Huhu... Kalau tanya adakah aku rindu si dia. Ya, aku rindu. Aku nak jumpa si dia. Nak lihat jika si dia makin sihat. Makin bulat. Haha... Nak tahu macam mana kerja dia sekarang. Ada sakit-sakit lagi ke. Kawan-kawan macam mana....

Tapi aku tahu. Tak mungkin untuk aku. Tak rumit pun. Sebab macam mana aku mahu sekalipun, tulang kudrat aku tak mahu untuk bergerak melakukannya.

Nak seribu daya ke parit mungkin...

Aku ucap selamat... nak cuba login balik warframe aku. Orang tunggu... huhu...

Sunday, January 19, 2014

In Uchronia - Aurora Borealis (Leenock's Theme)

Kadang bila main game, lagu yang diputar dalam game tak berapa best bagi aku. Aku tak nak sebut game apa dan bukan Starcraft 2. Heck, lagu dalam Starcraft 2 so far ok bagi aku.

Bila main game yang lagu dia bagi aku macam tak kena dengan suasana atau keadaan game tu, aku akan mute lagu dalam game dan putar lagu aku sendiri.

Dan hari ini aku nak kongsi satu lagu yang baru-baru ni aku selalu ulang-putar (haha...); sesuai untuk game fps yang selalunya ada mempunyai situasi tegang di tengah medan perang. Huh...


Enjoy dan aku ucap selamat...

Friday, January 17, 2014

Scarlett vs Bomber Game 3 - Redbull Battlegrounds

Tahun lepas banyak perlawanan besar Starcraft 2 diadakan seluruh dunia. Aku tengok banyak live dan VOD (video of demand) Starcraft 2 tahun lepas dan ada satu perlawanan yang aku sangat ingat dan aku fikir aku tak akan lupa.

Scarlett vs Bomber Game 3 - Redbull Battlegrounds.


Aku tepek sini memandangkan blog ni macam memori bank untuk aku.

Apa yang menarik dengan perlawanan ini. Agresif, tak putus asa dan yang paling buat aku rasa best, licik. Perlawanan ini adalah contoh terbaik yang menunjukkan hanya satu kesalahan mampu buat kita kalah. Hanya satu jenis upgrade, akan buat game changer.

Perlawanan bermula bila pemain Terran (Bomber) cuba melakukan cheese (contoh 4 step dalam chess) ; membina barrack proxy hampir dengan kubu Zerg (Scarlett) tetapi tidak berjaya apabila Scarlett mula mengubah kebiasaan opening beliau dari ekonomik ke opening yang lebih bersifat agresif.

Seperti beliau dapat membaca apa bakal dilakukan oleh Bomber.

Scarlett berjaya menghentikan cheese dari Bomber dan serang balas kubu Terran. Namun serang balas ini juga tidak berjaya. Keduanya mula bermain mode membina kubu dan mengumpul sumber.

Middle game bermula dan menampakkan agresif Bomber tidak henti menghantar Marine menghentam kubu Scarlett bertubi-tubi. Scarlett hanya bergantung kepada Zergling, Baneling dan Mutalisk; cuba bertahan. Sebagai langkah serang balas, Scarlett menghantar unit kecil Zergling menyerang kubu kecil ke 3 Bomber bagi memperlahankan kegiatan ekonomi Bomber.

Selebihnya hanya push and pull. Aku serang dia, dia bertahan, dia serang aku, aku bertahan.

Sehingga Scarlett mengambil langkah drastik meng'upgrade' Burrow (satu ability membenarkan unit menyorok dalam tanah) bagi memasang perangkap Baneling. Sedia maklum, Baneling adalah unit kamikaze. Dan boleh bayangkan apa bakal berlaku bila baneling menyorok di dalam tanah; di atasnya adalah unit musuh.



Dan itu berlaku 2 kali dalam satu perlawanan memaksa Bomber untuk GG.... end of game.

Cunning. Itu yang terpacul dalam fikiran aku melihat bagaimana cekap Scarlett menipu musuh dan mengawal semua unit dia.

---



Perlawanan ni muncul sebagai top 5 game paling terbaik dalam tahun 2013.


Video diatas adalah reaksi penonton bila Scarlett melakukan Explode pada sekumpulan Marine pada end game.

---

Goosebump. Haha...

Ok la.. Aku ucap selamat...


Hanya si dia...

"Masa depan itu kan milik kita..."

Aku terjaga dari tidur. Aku termimpikan si dia. Kami duduk berbual tentang sesuatu dan ayat terakhir yang aku ingat adalah itu.

Aku dah lama tak termimpikan si dia. Ter... kerana mimpi selalu datang bukan sengaja. Biasa si dia datang dalam betul masa silam. Ingatan dan kenangan buat aku rasa sakit, dan sedih.

Mungkin kerana baru-baru ini aku jarang berfikir. Aku tidak sibukkan diri seperti aku selalu buat. Dan kerana ini mungkin si dia senang hinggap dalam benak fikiran aku.

Mainan perasaan.

Ini cerita lama. Dan aku kerap ceritakan berkali-kali di sini. Tanya aku apa yang betul-betul aku mahukan. Aku tak tahu... Atau aku tahu... tapi aku tahu aku takkan dapat. Degil aku buat aku merana.

Aku melihat gambar lama. Gambar ketika kami masih bersama. Kau tanya kenapa aku masih tak buang? Sebab masa muda aku pandai. Sekalipun aku buang, gambar ini akan timbul semula. Genius komputer.

Melihat itu buat aku tanya kenapa? Aku ingat kembali saat aku masih bersama si dia. Aku hanya nampak gembira. Aku tanya kenapa? Dan ketika si dia pergi, aku jadi bingung. Aku tanya kenapa?

Jangan bandingkan aku sekarang dengan aku dahulu. Kerana jujur, aku dahulu 1000x lebih hebat dari aku sekarang. Dan sekalipun begitu, aku tetap tidak menang si dia.

Dan aku tanya kenapa?

Kau tahu... aku tak bodoh. Persoalan di atas aku ada jawapan. Hanya aku yang degil tidak mahu menerimanya. Aku faham semua. Aku boleh terangkan semuanya. Dan aku tahu apa terjadi di balik segalanya. Dah dekat 4 tahun. Sekalipun aku banyak berhenti di RnR, aku pasti akan patah balik ingatkan si dia.

Lelaki memang senang jadi sengal aku fikir.

Melihat plan B hidup aku sekarang. Aku tak fikir masa depan itu milik kita, di mana 'kita' ni bukan pada si dia sahaja, mungkin juga pada orang lain. Masa depan aku hanya untuk aku. Aku tak fikir dalam keadaan aku sekarang, yang terlalu kuat mengingati si dia dapat ber'kita' dengan orang lain.

Aku hanya fikir tak adil. Benda ni pernah berlaku dulu dan aku tak mahu ulang lagi kesalahan sama.

Tahun ni aku bakal disambut dengan kerja keras, sakit, teruja, obsesi, sendiri, girang, kesabaran dan tipu helah. Jujur... Sehingga sekarang. Siapa pun aku suka. Aku hanya cinta si dia seorang.

Dan selagi aku jujur dengan diri aku tentang ini, aku fikir aku mampu bangkit untuk masa depan aku sekarang. Kerana masa depan milik aku. Hanya untuk aku.

Aku ucap selamat.

Wednesday, January 1, 2014

Selamat Tahun Baru 2014

Saya di blog Rasional & Emosional ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2014 kepada semua pembaca blog ni. Sorry, takde free gift tahun ni memandangkan aku tak pernah buat pun sebelum ni. Huhu...

Sempena tahun baru ni ingatlah, jangan gembira sangat. Yang keluar pagi-pagi buta ni untuk sambut Tahun Baru eloklah balik rumah. Banyak benda tak baik boleh berlaku. Hehe...

Azam Tahun baru?

Makan cukup, rehat cukup, sentiasa sihat. Yang lain-lain akan datang kemudian.

Tahun ni tahun mencabar bagi rakyat Malaysia terutamanya. Banyak benda berlaku kat Malaysia untuk tahun ni kan? Hee... Semoga berjaya...

Aku ucap selamat...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...