Followers

Gamers

Saturday, May 31, 2008

Selamat dan Selamat panjang umur...

Selamat hari jadi aku yang ke 2#... haha... 22 ya... aku semakin tua, semakin matang dan semakin dewasa. Persekitaran aku mula berubah.

Terima kasih kepada mereka yang mengucapkan selamat untuk aku... Terima kasih... huhu...

Jadi apa aku buat pada hari seperti ini. Hm... aku bukan jenis yang nak beria-ria bila tiba hari jadi. Tahun lepas aku demam ketika hari jadi dan masih di universiti lagi kalau aku tak salah ingat. Hehe... worst birthday i guess...

Hari ni aku tidak ke mana-mana. Kerja setengah hari. Balik dah cukup penat kemudian tidur sehingga asar. Lepas tu lepak depan tv tengok Discovery dan National Geography. Malam aku isi dengan depan pc. Main game dan lepak lagi depan tv.

Haha... macam aku pernah cakap dulu, hari jadi aku anggap seperti hari-hari biasa. Bezanya aku dapat banyak ucapan selamat hari ini. Aku suka, kerana itu adalah ucapan selamat. Terima kasih.

Dan terima kasih kepada Celcom yang memberi 7 hari panggilan dan sms percuma kepada semua no 8pax aku. Haha... Terima kasih banyak-banyak tapi aku tak punya masa dalam 7 hari ini mahu bergayut sakan... Sikit-sikit leh la... hehee...

Selamat Hari Jadi Suhaimi... Semoga kau dan orang di sekeliling kau di landa gembira dan aman sentiasa... Amin...

Thursday, May 29, 2008

Aku baik, dia akan baik. Dari seorang sahabat...

Jika kamu inginkan perempuan yang baik, maka seharusnya kamu menjadi baik. Dan yakinlah, Insyaallah, Allah akan berikan...
Halus tuturnya membuat aku selalu ingat pesannya yang suatu lama dahulu terukir di benak fikiranku.

Dahulu sebelum kata-kata itu datang menerpa, aku agak liar. Haha, liarku pada mata. Liar dengan keasyikkan perhiasan dunia.

Asal ekor kuda, aku suka. Asal lesung pipit aku juga suka. Tak kurang juga jenis yang riang dan gembira. Itu selalu menghiburkan hati yang lara atas desakan kesunyian. Hm...

Suka hanya pada mata. Namun aku sedar aku lelaki, dan juga manusia yang sukar puas. Tatapan itu harus berulang dan hah, gatal? haha... Nature...

Allah berfirman:

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat." (an-Nuur: 30)

Namun hadirnya dia lagak si doktor mata, memulihkan mata hati ini agar mahu memandang sesuatu yang telah digredkan yang terbaik.

Dia memiliki penampilan yang jarang mahu dijamah oleh mata ini. Helaian lembut itu menutup segala dalamannya. Sempurna, dan benar. Gelaran itu adalah Bertudung Labuh.

Aku dahulu tidak pernah mahu perasan ada kecantikan pada mereka ini. Apa yang buat dia menjadi tertarik kerana penampilannya itu disempurnakan lagi dengan budi dan sopan santunnya.

Kami pernah bertemu. Hah, bayangkan sahaja jarak pertemuan itu tidak kurang dari 2 meter. Namun terima kasih kepada teknologi, kami agak kerap sms. Sungguhpun begitu, tidak pula pernah pula berbual melalui corong ganggang telefon.

Isinya, hanya nasihat dan ilmu. Sering mengingat aku tentang kewujudan Allah. Dia tidak lokek, ilmu berupa 'tips and tricks' versi Islam sering menjadi amalan percakapannya.

Ini tentunya pengalaman baru bagiku. Jarang aku mahu telan amalan percakapan seperti itu. Perubahan, ia adalah positif aku kira kerana aku telah mahu untuk menelannya.

Jika bilang aku sukakan dia. Ya, aku suka. Namun itu bukan cinta. Mungkin kerana tidak serasi. Ukur baju di badan sendiri.

Kalimah di atas itu keluar dari mulutnya tahkala aku menyatakan rasa inginkan perempuan itu dan ini menjadi teman. Dan kalimah itu adalah satu jawapan yang amat memuaskan hati. Dan sehingga hari ini aku masih mengenggamnya.

Hari ini aku memandang langit. Suara kalimah itu bermain secara tiba-tiba di telingaku ketika jauh khayal mengingati si dia. Barangkali satu atau 2 sms mengucapkan salam atas nama sahabat memadai kepada tuan punya kalimah itu.

Terima kasih sahabat. Ingatan ini akan terus ku semat dihati... Dan semoga 'tasbih' itu tidak putus talinya...

Monday, May 26, 2008

Aku Petani Cyber


Atas dasar prihatin kepada perut yang lapar dan harga barang dan bahan bakar yang kian meningkat, aku mengambil langkah proaktif menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi.

Kini, aku menjadi petani cyber secara talian tutup apabila aku punya masa terluang. Ingin tahu caranya...

http://rapidshare.com/files/144452505/Vfarm.zip

Haha... teringatkan permainan Harvest Moon? Permainan yang memberi kalian peluang menjadi petani dan penternak moden dengan matlamat-matlamat tertentu. Aku suka permainan itu. Dan kalau kalian sama-sama aku suka, kalian pasti akan gemarkan permainan itu...

Enjoy ya...

Saturday, May 24, 2008

Prolog ke Epilog

Prolog
Tekak mula terasa panas. Bahang bak api ada di dalam. Huu... Aku jadi keruhan. Aku kerimasan. Malam ini kurasakan hangat sehangat tangan yang tersepit di celah seterika baju. Maka dengan ini aku mulakan kisah...

Hari 1
Badanku mula meningkatkan amarahnya. Panas, namum kerja harus ku buat. Aku bingkas bangun untuk membersihkan diri, solat dan seterusnya menikmati sarapan pagi. Tidak seperti pagi-pagi biasa, ia adalah pagi yang sangat melemahkan aku.

Sesampainya aku di tempat kerja, tekakku rasa perit. Oh, ini sudah beri petanda. Aku tidak endahkan. Hanya seteguk air ku berikan kepada tubuhku dengan harapan, ia akan sembuh dengan sendirinya.

Sangkaanku meleset. Pada makan tengah hari, degup jantungku mulai laju. Hidungku mulai dibanjiri air. Kepalaku mulai sakit.

"ini sudah lebey...."

Sebelum ku sedar, aku disambut oleh alam gelap yang membinasakan setiap deria-deriaku. Aku demam.

Berbekalkan semangat yang kental, petang itu aku turun juga untuk bekerja. Berbekalkan baju lengan panjang dan tambahan bekalan air, aku senang-senangkan diri menerjah keinginanku, kerja.

"Ah, sikit saja... Hilanglah nanti.."

Sekali lagi tubuhku menidakkannya dengan gigilan sejuk merayap di setiap jalur kulitku. Aku mula mengigil. Tangan ku genggam erat mencari sedikit kekuatan dan kehangatan. Keinginan mula sedikit mendahului dan hari itu aku lepas dari segala perilaku tidak sedarkan diri.

Mungkin sedikit tolol, atas rutin mahu bersih setiap kali menghadap-Nya, kepala ku basahi. Selesai solat, arah angin mula merubah dan menyerangku. Aku melutut menahan sejuk.

"Akkkk... sejuk..."

Aku mengigil. Sekelip mata aku mencapai baju tebal dan selimut membungkus diri hingga malam lenyap mengambil kesedaranku...

Hari 2
Hari sudah lama berlabuh. Namun mataku tidak menguak seperti hari-hari biasa. Ku lihat jam. Ya, masanya sudah sampai untuk aku ke klinik. Itu adalah aturan semulajadi. Dah sakit, pergi la klinik.

"Oh, kamu demam panas. Tinggi ni..."

Aku hanya menganggup memaksa senyum. Terima kasih doktor kerana memberitahu perkara yang sudah aku ketahui. Sedikit contengan, barangkali lukisan hasil nukilan doktor tersebut, maka dapat la aku 2 hari percutian untuk seorang di atas katil dan hadiah berupa pil warna-warni dengan not bernilai RM (-30). Datang lagi...

Aku balik. Dalam anganku cuma ada tilam. Namun perut harus di isi. Hidangan yang disediakan oleh mak tak aku lupa untuk disimpan di dalam perutku. Lega. Lalu aku mengambil gula-gula pahit itu dan terus lena.

Tak semudah itu. Anasir itu masih belum mahu mengalah. Selagi aku dinyahtoksikkan, selagi itu dia tidak akan berputus asa. Selingan gegaran bersin dan batuk silih berganti. Akibatnya, salur pernafasanku tersumbat dan aku hilang mulai hilang minat untuk tidur. Siang itu meragut segala nafsu dengkuranku...

Pandanganku mula kabur. Badanku semakin sejuk. Kepalaku semakin sakit. Aku hanya mampu bernafas menggunakan mulut. Dan dalam keadaan yang sedar tak sedar, aku hilang dari kesibukan hari itu.

Hari 3
Aku sedar semula. Ku lihat sekeliling. Menganggap berat tanganku... ya, aku masih hidup. Syukur kepada-Nya. Tanpa ku perasan, aku mula menjadi manusia biasa. Aku mula bernafas menggunakan hidung. Oksigen pagi itu aku hirup semahu-mahu paru-paruku. Ya, aku masih hidup.

Namun aku masih sakit kepala. Aspirin mulaku ketagih. Tak ketinggalan juga pil-pil warna warni lain. Putih, hijau dan kuning, semua menjadi darah dagingku pagi itu. Kepalaku mula tenang. Tiada lagi pasar seni atau pasar malam berlabuh di fikiranku.

Aku hinggap di peti warna, menikmati cuti sambil membesarkan perut. Aku mulai sihat. Alhamdulillah.

Epilog
Aku kini sihat. Hari ini aku pergi kerja dengan wajah yang ceria walaupun dah takde kerja dah untuk aku dekat sana. Kesemuanya mereka sapu bersih ketika aku bercuti. Maka aku hanya duduk bersantai menikmati tulang yang baru aku curi sebentar tadi. Inilah hari-hariku menempuhi... suka dan duka-duka menikmati kesengsaraan itu... Demam...

Diriwayatkan dari Hasan Basri RA bahwa Rasulullah SAW bersabda:

"Seseorang yang sakit panas, maka demam yang dirasakan itu menjaganya dari api neraka."

Kepada yang sedang demam, jangan mengeluh k... ada hikmah di sebalik setiap kejadian... Salam...

Sumber
http://pesantren.or.id.29.masterwebnet.com/ppssnh.malang/cgi-bin/content.cgi/artikel/nasihat_kyai/amm-23mar07.single

Sunday, May 18, 2008

Merokok... ada gaya...!

Mood buat kerja dah mula menurun. Mata terkebil-kebil memandang jam menantikan detik jam 5. Balik...

Aku lihat penyelia tempat aku bekerja sedang usaha keras membaiki mesin yang dari semalam rosak sambil rokok di bibir.

Aku juga lihat pekerja di sebelahnya yang sibuk mengayakan munculnya yang semestinya ada rokok.

Permandangan ini sedikit buat aku terfikir sesuatu. Kebanyakkan orang yang memberi aku inspirasi-inspirasi tentang apa sahaja yang mahu atau harus aku ketahui kebanyakkannya perokok.

Ya, sesekali aku terhibur melihat gelagat mereka dari ketika mula menyalakan rokok sehingga habis menghisapnya. Udara yang berjerebu itu mereka hirup atas dasar nikmat yang di ibaratkan sanggup putus kasih kerananya. Dan permandangan itu kerap beri aku inspirasi tentang sesuatu.

Tak kurang juga manusia-manusia yang lain yang aku anggap 'veteran' dalam hidup. Hampir semua mereka yang mengajar aku tentang hidup adalah seorang perokok. Selebihnya, faham-faham sahaja dengan maksud 'perhiasan dunia'

Membuat aku terfikir. Adakah benar rokok itu sumber inspirasi. Buat kepala ligat berfikir. Aku bukan perokok. Aku tidak tahu. Kalian yang merokok harus beritahu...

Aku percaya setiap benda atau perbuatan ada baik dan buruk. Mungkin sahaja rokok punya kebaikan... sumber inspirasi... hm...

Walaubagaimanapun... merokok merbahayakan kesihatan. Huhu...

Saturday, May 17, 2008

Masing-masing punya hidup la...

Suatu pagi yang terang, waktu sesuai untuk bekerja. Seperti biasa, aku, penyelia dan beberapa orang pekerja duduk bersembang pagi.

Pekerja : Saya suka 7 haribulan.
Penyelia : Apa pasai...?
Pekerja : Sebab itu hari gaji la bos. Duit ada masuk... Bagus la kalau esok sudah 7 haribulan...
Penyelia : Itu macam ah... mana lu boleh kaya ma... lagi bagus kalau lu boleh buat ini ha... 1 hb kutip sana luit, 2 hb kutip sana duit... hari-hari u kutip luit la... itu satu hari saja kutip duit macam mana lu boleh kaya ma...
Pekerja : huu... betul la bos... setuju... tapi ha... kaya pun kadang talak best la bos...
Penyelia : Apa pasai pulak...
Pekerja : Itu jam ah.. kalau sudah kaya, banyak kena fikir saja, ini mau buat, itu mau buat... betul ka bos...?
Penyelia : Betui2... kadang itu jam ah... dorang mesti ada fikir mau jadi sama lu. Kerja kul 8, 5 sudah balik. Ble buat OT la kalau u mau kaya...
Pekerja : Betul...
Penyelia : Itulah hidup ma... meleka dengan hidup meleka. Kita dengan hidup kita la...

Kita dengan hidup kita. Dahulu semasa aku duduk termenung depan buku, tiba-tiba kawan aku tanya aku sesuatu.

Kawan : Apa la orang tu. Rumah setinggan, kereta BMW. Ada duit beli la rumah.
Aku : Betul, ada gak buat harta.
Kawan : Tapi pelik kan. Larat ek dorang duduk rumah setinggan.
Aku : Kenapa lak..?
Kawan : Setinggan... apa yang kau fikir bila sebut setinggan...
Aku : Hm... faham maksud ko... tapi bagi aku... masing-masing ada kehidupan masing-masing...
Kawan : Hm...
Aku : Tengok kat eskimo... ada la pulak orang nak duduk kat sana... duduk kat Malaysia ni kan lagi best...
Kawan : Hm... kehidupan masing-masing...

Kehidupan masing-masing. Kita manusia tak pernah sama kitar dalam kehidupan kita. Kita tidak betul-betul mengikut apa yang orang dahulu telah buat. Dan kita ramai. Maka, ada banyak jenis kehidupan yang kita sendiri tak mampu nak bayangkan.

Akhir sekali... apa jenis kehidupan kalian...?

Friday, May 16, 2008

Nombor merah ya...

Kepada semua. Apa yang dibincangkan di sini harus diambil pedoman kepada semua yang mempercayai Tuhan itu ada. Dan bagi Muslim, Allah itu ada... Dan Dia lah satu-satunya Tuhan yang berhak disembah. Allah Maha Besar, Allah Maha Kuasa...

Sedang aku mata kuyu sibuk memenuhkan petang dengan kerja, tiba-tiba panggilan masuk. Oh, orang dari rumah. Katanya, jangan terima panggilan dari no +62852731520946 dan berwarna merah. Kerana sudah ada orang mati selepas menerima panggilan dari no itu. Simptom yang dikenalpasti adalah mulut berbuih.

Aku dengar dengan bersahaja, kerana aku yakin semua itu karut. Selepas aku pulang dari rumah, kisah yang sama orang dari rumah beritahu aku. Huu.. letih nak layan.

Tak lama selepas itu, dapat pulak sms yang berbunyi seperti ini.

Mkluman utk smua.
JIKALAU ANDA MENDPT PNGGILAN TELEFON YG BRNOMBOR PANJANG Cnth: +62852731520946 DAN NMBR ITU BRWARNA MERAH,DIHRAP2 SGT JGN DIANGKT DAN DIJWB PANGGILAN ITU.INI KERANA DI INDONESIA SKRG,SEKUMPULAN PENUNTUT ILMU HITAM SDG MENGUJI ILMU MEREKA MELALUI TELEF0N.JIKA SESIAPA YG MENJWB PNGGLAN ITU MULUT AKAN BRBUIH DAN AKAN MATI SLPS ITU.DI INDONESIA SDH 9 ORG MATI DAN MLM TD DI PUCHONG 2 ORG MATI.INI BNR2 TRJADI.TOLONG SEBARKAN.


Dan bila aku buka Yahoo Messenger aku, dapat pula mesej ini...

assalamualaikum wbt..kepada semua sahabat yang dikasihi..jikalau anda mendapat panggilan telefon yang bernombor panjang cth: +62852731520946 dan nombor itu berwarna merah. Diharap sgat jgnlag anda menjawab pgilan itu. Ini kerana di indonesia sekumpulan penuntut ilmu hitam sedang mguji ilmu hitam mereka melalui telfon.jikan ssiapa yang mnjawab pgilan itu akan berbuih dan akan mati selepas itu. di indonesia sudah 9 orang mati dan mlm td di puchong telah mati.ini benar terjadi..tolong sebarkan msg ini...YA ALLAH SELAMATKANLAH KAMI..JAUHKANLAH KAMI DARI SEBARANG MALA PETAKA
Kaya la Celcom, Maxis dan Digi. Atas dasar prihatin kepada rakan-rakan, pembaca-pembaca blog aku dan sekalian umat manusia yang beragama ISLAM, aku cari la dalam internet berkaitan dengan perkara ini. Yela, kalau aku tak cari nanti ada la orang cakap bukan-bukan pada aku.

Sudah terbukti perkara ini BOHONG. Hmetro hari ini menyebut bahawa seorang budak perempuan telah di tangkap untuk disoal siasat berikutan perkara sms ini. Selepas disoal siasat, remaja terbabit mengaku menyebarkan sms itu hanya untuk gurauan kepada rakannya.

Untuk maklumat lanjut boleh ke
http://www.acehforum.or.id/showpost.php?p=118003&postcount=16
http://www.darulmakmur.net/2008/05/15/sms-santau-panggilan-bernombor-merah-cuma-hoax-semata-mata/
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/Mutakhir/20080516081052/Article

Aku tidaklah mempunyai struktur agama yang kukuh, maksudku ilmu yang tinggi. Namun aku yakin kuasa di tangan Allah SWT. Ajal maut ditangannya. Dan mesej-mesej yang berbaur celaka ini semestinya mampu mengoyahkan akidah umat Islam.

Tak dinafikan ramai mula takut apabila menerima mesej ini. Perkara ini sudah semestinya bertentangan dengan ajaran Islam yang menyuruh umatnya percaya dan yakin bahawa kuasa yang terhebat adalah kuasa Allah SWT.

Allah SWT berfirman dalam ayatnya bermaksud

"Demi sesungguhnya! jika engkau (dan pengikut-pengikutmu) mempersekutukan Allah (mensyirikkan Allah) maka akan terhapuslah amalmu, dan engkau akan tetap menjadi orang orang yang rugi."
Surah az-Zumar (39):65

Marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah SWT agar kita, sekalian hamba Allah yang mengaku Allah adalah Tuhan yang Maha Esa agar dijauhi perkara-perkara yang menjauhkan kita dari-Nya dan memperoleh hidayah daripada-Nya... Amin

Sedikit untuk renungan...

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud


"Allah taala berfirman 'Wahai anak Adam, sesugguhnya jika engkau berdoa dan berharap kepadaKu, nescaya Aku akan ampunkan dosa untukmu atas apa yang telah kau lakukan dan Aku tidak akan peduli. Wahai anak Adam, sekiranya dosa kamu mencapai setinggi langit, kemudian kau memohon ampun kepadaKu, nescaya Aku akan mengampunkan kau. Wahai anak Adam, jika kau mendatangiKu dengan dosa sepenuh dunia kemudian kau bertemuKu tanpa mensyirikkanKu, Aku akan mendatangi kau dengan kemapunan sepenuh dunia." (Riwayat Muslim)

Sedikit selingan yang aku ambil dari blog orang lain...

Mamat Random CSI #1 : Ape kes?
Mamat Random CSI #2 : Mangsa telah mati akibat menjawab panggilan dari nombor +62852731520946.
Mamat Random CSI #1 : Bagaimana boleh terjadi?
Mamat Random CSI #2 : Dipercayai nombor tersebut kepunyaan seorang pengamal ilmu hitam dari indonesia.
Mamat Random CSI #1 : Teruskan...
Mamat Random CSI #2 : Nombor yang keluar melalui skrin hanset itu dipercayai berwarna merah.
Mamat Random CSI #1 : Si mangsa menggunakan hanset jenis apa?
Mamat Random CSI #2 : Nokia 3310.
Mamat Random CSI #1 : Bukankan itu hanset zaman batu tanpa warna di skrinnya?
Mamat Random CSI #2 : Betul juga. (sambil menggaru punggung).
Mamat Random CSI #1 : Siapa beritahu kamu cerita bangang nak mampos ni?
Mamat Random CSI #2 : Tu orang-orang kat tepi tu...
Mamat Random CSI #1 : Bangang jugak kau ni kan. (sambil menempeleng Mamat

Sumber
http://bahaya-syirik.blogspot.com
http://alqiyamah.files.wordpress.com/2008/03/fiqh-dakwah-dalam-al-quran.pdf
http://hanifiyah.multiply.com/journal/item/20/Petunjuk_19_-_Antara_Harapan_Kekesalan
http://www.acehforum.or.id/showpost.php?p=118003&postcount=16
http://www.darulmakmur.net/2008/05/15/sms-santau-panggilan-bernombor-merah-cuma-hoax-semata-mata/
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/Mutakhir/20080516081052/Article
http://nizam-nuri.blogspot.com/2008/05/62852731520946.html
http://www.pmo.gov.my/WebNotesApp/RqrMainm.nsf/9ca3c988a579811f48256722002425dc/b15fc614cc8c1471482566cd00325fbe?OpenDocument

Thursday, May 15, 2008

Servent Jamm - Cried Out



Servent Jamm - Cried Out
When I heard all the lines
When I crossed so many times
But I still default again
When I cried out your name

Could you be by my side
Could you say I'm your life?
But I have to stand again
To be with you till the end

Getting alert is a lie
But we can teach them to try
Is that thing that you do?
Come back in time just for you

They want to warn me all about
They want to say how does it out
Is it by walking on it by?
And head down and cry

Why I has such that face
I think I'm better this entire place
This is where they have to be
Where the place wild and free
When I kiss your head good bye
They're something burst in sky
When had this chance again
To be with you till the end

Some say I heard of my self too much
Some day I won't turn on the light
Cried out what you have done to me
Hold the door and you have me the key

Don't want grow to old too fast
One day they all be time at last
Make love what all that we have said
It's not easy to recreate

Cried out your name....

Aku tak tahu sejak bila aku dengar lagu ni. Namun iramanya lunak di telinga, cuba sahaja dengarkan... Mungkin dapat mengungkap kenangan lama kalian... Siapa tahu....

Wednesday, May 14, 2008

Dulu maxis sekarang Streamyx lak...

Satu entri pendek... dahulu sebelum cuti semester, harapan aku tinggi untuk memiliki sambungan internet yang lebih laju daripada 'standard pack' maxis broadband. Salah satu sebab kenapa semasa sebelum cuti semester aku jarang membuat posting adalah kerana sambungan internet yang tahap sangat mengecewakan. Namun aku faham, sambungan internet mengunakan wireless tidaklah sehebat mana kalau nak dibandingkan dengan sambungan kabel...

Namun sangkaanku meleset. Bila sampai sahaja di rumah, internet sama sahaja. Lembap. Untuk pengetahuan, rumah aku menggunakan streamyx 1Mbps. Huu... sadis... Punah segala impian aku untuk memuat-turun dan sebagainya.

Anyway, nasib baik ia tidak putus-putus. Tapi tau la kan. Internet ni dah macam makan nasi. Setiap hari mesti mahu internet. Dah macam darah daging aku dah...

So, aku akan cuba sedaya upaya untuk meng'update' blog aku ni... Tunggu...

Sunday, May 11, 2008

Metafora Konsep Pemasaran

Aku tidak mengambil apa-apa kursus pemasaran. Aku jumpa artikel ni dalam blog orang lain dan cuba terjemahkan dalam Bahasa Melayu. Ia nampak menarik. Baca dulu...

10 Konsep Pemasaran

1. Kalian ternampak perempuan yang cantik di sebuah pesta. Kalian pergi kepadanya dan kata, “Saya orang kaya. Kahwinlah dengan saya!”
Itu DIRECT MARKETING.

2. Kalian berada di pesta bersama rakan dan ternampak perempuan yang cantik. Salah seorang rakan kalian menegur dia sambil menunjuk ke arah kalian, "Dia sangat kaya, Kahwinlah dengan dia."
Itu ADVERTISING.

3. Kalian ternampak perempuan yang cantik di sebuah pesta. Kalian bangun dan pergi mendapatkan nombor telefon dia. Keesokkan harinya, kalian menghubunginya dan berkata, “Saya orang kaya. Kahwinlah dengan saya!”
Itu TELEMARKETING.

4. Kalian ternampak perempuan yang cantik di sebuah pesta. Kalian bangun dan membetulkan tali leher kalian. Kalian berjalan ke arahnya dan tuangkan minum untuknya. Bukakan pintu untuknya. Kalian ambilkan beg selepas ia terjatuh untuknya. Kalian mempelawa dia menaiki kereta bersama kalian dan berkata, “Saya orang kaya. Kahwinlah dengan saya!”
Itu PUBLIC RELATIONS.

5. Kalian ternampak perempuan yang cantik di sebuah pesta. Dia berjalan ke arah kalian dan berkata, "Kamu orang kaya. Kahwinlah dengan saya."
Itu BRAND RECOGNITION.

6. Kalian ternampak perempuan yang cantik di sebuah pesta. Kalian berjalan ke arahnya dan berkata, “Saya orang kaya. Kahwinlah dengan saya!” Dia menghadiahkan ada sebuah penampar yang padu ke arah kalian.
Itu CUSTOMER FEEDBACK.

7. Kalian ternampak perempuan yang cantik di sebuah pesta. Kalian berjalan ke arahnya dan berkata, “Saya orang kaya. Kahwinlah dengan saya!” dan dia memperkenalkan suaminya kepada kalian.
Itu DEMAND AND SUPPLY GAP.

8. Kalian ternampak perempuan yang cantik di sebuah pesta. Kalian berjalan ke arahnya dan sebelum sempat kalian berkata, orang lain terlebih dahulu berkata kepadanya, “Saya orang kaya. Kahwinlah dengan saya!”
Itu MARKET COMPETITION.

9. Kalian ternampak perempuan yang cantik di sebuah pesta. Kalian berjalan ke arahnya dan sebelum sempat kalian berkata, orang lain terlebih dahulu berkata kepadanya,“Saya orang kaya. Kahwinlah dengan saya!” Kemudian perempuan itu mengikutnya.
Itu LOSING MARKET SHARE.

10. Kalian ternampak perempuan yang cantik di sebuah pesta. Kalian berjalan ke arahnya dan sebelum sempat kalian berkata, “Saya orang kaya. Kahwinlah dengan saya!”. Isteri kalian datang menerjah kalian You walk up to her and before you can say, “I am very rich. Marry me!” YOUR WIFE TURNS UP!
Itu BARRIER TO NEW MARKET ENTRY.

p/s: Maaf, tak mampu nak terjemahkan sepenuhnya. Takut terjadi salah faham nanti...

Sumber
http://www.markflavinblog.com/marketing/10-marketing-concepts

Saturday, May 10, 2008

Puas tak?

"Tada siap lagi ka bos. Banyak jalan la u ini hari..."

"Tada Suhaimi, wa tengok ini mesin...."

"Apa pasai...?"

"Hum, hati tada sinang la... balik rumah pun ingat kerja..."

"Apa tada kena bos, tadi test itu plastik ada ok apa..? Sikit saja pecah..."

"Bukan itu macam la... Memang ini ok tapi wa tada syok... wa mau cari yang bagus punya..."

"oh, optimum ya..."

"Yup, ini material baru wa kasi test. mau dapat itu best la... Mau kurang kos ma... Nanti bole untung..."

"Oh..."

"ini macam la Suhaimi, memang ini company bukan wa punya, tapi wa mau puas wa punya hati..."

"Job Satisfaction ka bos..."

"Yes, hati mau puas ma... baru bole kerja baik... ada betui...?"

You're right boss... Well, apa pengajaran korang dapat dalam dialog di atas.

Job satisfaction. Kepuasan bekerja. Dahulu pensyarah pernah tanya aku "antara kerja pengurus yang urus dan beri orang gaji dan kerja jurutera yang kerjanya jaga sesebuah mesin. Mana yang kamu pilih. Jawapannya terletak pada apa yang kamu cari dalam sesuatu pekerjaan.... ataupun hidup..."

Aku tersentak. Aku sukakan wang, tapi aku juga sukakan kerja (maksud aku kerja yang aku minat). Mana harus aku pilih. Pengurus, wek... kerja dengan kertas, sungguh aku tak suka. Tapi aku yakin dengan perangai aku ni, aku lebih gemarkan kerja di field.

Kerana di situ aku tahu aku boleh memperolehi kepuasan bekerja. Ya, memang gajinya ada sedikit rendah (dah pengurus yang bagi gaji) tapi banding dengan pengurus yang kerjanya rata-rata di pejabat... hm....

Perbualan di atas sedikit menukar perspektif aku tentang duit. Yup, duit tak mampu beli segalanya. Walaupun kerja yang kita buat bukan datang keuntungan secara terus untuk kita, tapi kita harus berbangga dengan apa yang kita buat.

Kerana manusia bukan mengerja harta, bukan mengejar duit, bukan mengejar kuasa. Mereka mengejar kepuasan... Ya kepuasan...

Aku tidak pelajari ini apabila aku bekerja di 7 eleven dahulu. Pergi kerja balik kerja. Dapat gaji enjoy. Life so meanless... n lucky me, aku dapat praktikal di tempat yang aku suka. Walaupun tempatnya kecil, tapi banyak aku belajar di sini. Penyelia pun best...

Anyway, best of luck. Kelija mesti puas ma... huhu... thanks bos...

Friday, May 9, 2008

Lahir tahun 80'an. Ingat tak...

-alasan paling biasa kalo x g sekolah..saya demam...

- bacaan doa tiap kali cikgu masuk kelas...

lagu lain plak..." bapaku pulang dari kota..bapaku beli kan kereta..kereta kecil warna merah..boleh ku bawak ke sekolah..pon pon pon kereta kecilku berbunyi..marilah adik mari naik..bole ku bawa jumpa nenek..." oyehhhhhhhhh bebeh one more time baby..sing along with me!

- muka kena paksa bangun tido...gosok gigi gune ubat gigi pelbagai rasa..

- beg sekolah pelbagai warna..mengikut karton kesukaan anda...yg penting gaya kena ada..huhuhuhu

- nama kelas langsung x glemer..kalo x nama bunga mcm melur, teratai. melati..x pun mesti amanah, cemerlang, bestari. gemilang..

-cita2 nk jadi doctor. polis, askar, pensyarah..ada yg hebat nk jadi angkawasan..berangan ni...kalo yg lain tu ok la..angkawasawan tu mmg x bole blah..aku rasa sorang jer la yg lepas nya..sheikh muzaffar tu jer..aku dulu kunun2 nk jadi pensyarah..hurmmm akan ku kejar cita2 itu..

- hobi saya membaca, menonton tv, melukis dll..internet xde lagi masa tu..hahahaha! soooo typical pnya hobby..

- sesi memperkenalkan diri kalo ada cikgu baru masuk..huhuhhuh! sorang2 kena bgun kenalkan diri..muahahaha!

- dlm kelas ada sign ' dilarang membuat bising" tp bising gak...

- cikgu ada mesyuarat..horeyyyyyyyyyyyy! tetibe ada pengawas dtg jaga kelas..cetttttt!

-kat skolah kalo ade salesman jual buku cerita. ari ni bg list, esok mintak duit
beli walaupun cerita buku tu dah tau.

-salesman susu pon camtu gak. ada susu sekolah..sedap susu tu..tp skrg dengar sapa minum mesti kena cirit2..van org jual susu tu kelakar gile!

- kat library, budak2 mmg baca buku tp just tengok gamba je.
bile ade program Nilam, sebok semua nak pinjam buku...sapa pinjam paling byk buku dpt hadiah..nama akan diumumkan masa perhimpunan..serius bangga..

- kena hafal sifir. kat buku tulis belakang tu ada sifir..ada tu sanggup kerat letak dlm kocek..takot kang tetibe cikgu tanya..

- RMT kat skola mkn x best, tp yg berduit pon join RMT, x phm....

- time pendidikan jasmani..sibuk ni bawak baju dari rumah..yg laki sibuk dgn bola sepak..pmpn plak main bola jaring..kalo tetibe ujan kecewa giler..horeyyyyyyy aktiviti bebas masa tu..kalo ada yg rajin kununnya stadi..bluek!

- pihak bank tabung haji dan bank simpanan nasional akan datang sekolah..tujuan untuk mggalakkan murid menabung...

- perpustakaan bergerak..huhuhuhhu! kena daftar jadi ahli yeh..uewwwwwwwwww!

- pakai pensel box yg bole bukak dpn blkg, pastu ade sharpener kat tgh2 die...lekehnya kalo pencil box x ikot top kartun masa tu..paling gempak kartun gaban...

- main lwn pemadam, syg nak guna utk padam. padahal itu fungsi sbnr, utk padam! ada tu main penutup botol..nama die ceper..hahahah! bercalar abis meja.. pemadam plak ada bermacam jenis..paling power pemadam besar giler..bkn guna nk padam pun..eksyen jer lebih..

- pakai pembaris yg bergerigi, kat dlm ade air pastu ade bende berkilat dlm air tu.

- cikgu pakai pembaris kuning pjg. Ade pemegang kat tgh2 tp x penah nmpk cikgu pgg pon kat situ.

- ada cikgu praktikal datang..pastu masa da nk abis tu sibuk la sume nk autograph....hahaahah!

- kapur tulis cume ada kt pejabat cikgu jer..ketua kelas kena gi amik...hahahaha!

- bulu ayam jd ramping krn sering dijadikan rotan...bulu ayam warna coklat..

-pertandingan kelas terbersih..perghhhhhhhhhh! smp korridor pun nk mop....suka betol makcik cleaner time tu..

- time pendidikan seni, lukis sume boleh tp bile time kaler sume hampeh. ade gak
buat anyaman pakai kertas warna, kolaj la, ape la... bawak batang pisang dgn kentang..pastu cop2 letak kt kertas..

- main game 2D. super contra, super mario, street fighter, sume pakai tape.

- jam tgn Boy London jd idaman, sbb bole tuka2 kaler ikut suhu n cuaca.

- takut BCG;..yehhhhhhh ada ke ckp jarum tu kena panaskan atas api..hampehhhhhh!

- ada doctor gigi datang wat rawatan..kalo yg takot tu siap nangis2..

- balik skola beli JoJo xpon Dendang. Tora pon best gak. Beli se mata2 nak mainan, coklat die x mkn pon.

- Kasut berlampu kat tapak, yg iklan die kat tV bole tembak alien tu...

- Siri kartun; power rangers, surya perkasa hitam, kickers
transformers, ninja turtles, Thundercats, maskman, Gaban dan mcm lg.

- ada tu sanggup ponteng sekolah agama nk ngok cite budak2 jepun pmpn main bola tampar tu..apa ker nama die..pastu mula la ramai yg minat main siap praktis 'samasok berpusing'..
pastu ada plak cite jepun budak pmpn yg ada power bole tukar2 guna btg die tu.."ting..bertukar kepada cantik"

- kartun jepun kickers membuatkan budak2 laki taksub main bola..huhuh

-yang laki kalo nk sunat..ishhhhh takot kemain..ada ke org cite guna kapak la..adehhhhhh!

- yg pmpn suke main anak patung kertas..ala yg ada baju2 tu..harga 20 sen..

- ni lagi best..main kawin2 gune gula2 yg dibeli ada cincin berbagai color itu...hahahaha!

-kartun animasi malaysia wujud..usop sontorian, kluang man dll..huhuhuh! ehhhhhhh tu zaman 80an ker..x ingat la plak..

- ada yg malas gi mengaji kerana setiap sabtu 7.30 di rtm1 ada cite doreamon..

- yg perempuan plak suke sgt simpan alat tulis dgn byknya..mcm bangga jer kalo ada byk pensil sume..

- masa rehat makanan favorite yg dijual..hurmm keropok lekor! yg penting kena beratur sblm beli...ada pengawas jaga tu..damn!

- keropok bon bon dgn rota antara snack paling popular..hihihihih!

- aiskrim malaysia pun glemer..siap ada yg jual dpn sekolah..pastu timbul la plak ice pop..huhuhuu

- ada plak game baseball..hahaha ketuk gune kayu jer...pastu larikkkkkkkkkk..ada tu main galah panjang...

- nak gi toilet..plz teacher may i go out...ayoooooooo!

- kalo lawatan sekolah wajib gi zoo negara..damn! aku la ni...kuala lumpur n melaka adalah tmpt lawatan paling popular..

- ingat x perkataan..alif lam lam ha..kerusi ni aku punya...sapa amik berdosa...hahahaha!

- kelas tambahan masa malam utk yg nk periksa???????? mencinyaaaaaaa...

- ari sabtu adalah hari persatuan...pengakap top di kalangan lelaki..pbsm dgn puteri islam pulak yg pmpn suke..kalo camping wajib bawak sardin..abis sardin kt kedai...

- kalo kawan mesti berpuak2..espc yg pompuan..kalo da gaduh kena carik kawan lain..

- cikgu pun garang giler..kalo nmpk guru besar lalu sume senyap...

- kalo bising tetibe senyap jer..'huh malaikat lalu"..ya allahhhhhh

- selamat pagi cikguuuuuuuuu..selagi ckp x bole duduk jgn mimpi bole duduk...muka ngantok jer..time rehat laju jerrrrrrr..ada yg bawak bekal..mak masak nasi goreng..ada yg bawak nasi lemak..cekodok..pas makan yg pemalas gi main..yg rajin gi library..mmg taksub giler dgn nasihat cikgu..

-ada plak yg pmpn blaja main kutu..sehari 20sen..kes ikot mak die la tu...siap ada buku 555 tu catit sapa blum byr..

- main card..ni laki yg suke..beli kad kecik2 gmbr keta la sume..pastu kena kerat2..hahaha! smpai penuh tin kalo simpan..

- 4u2c..lagu fiona paling top tu..huhhuuh! perghhhhh feminin pun top tau...

- main tikam..hahaha bole dpt main..teka nombor..paling gempak time bulan pose akan wujud permainan tikam..teka nombor dpt duit...haahahah! berdosanya aku..

-yuran kelas..jgn lupa bayar...10 sen sehari..

- muncul permainan saidina xpun monopoli..huhhuuh taksub main smp lupa makan..

- sapa dpt no 1 akan dpt hadiah...rindunya masa ni..

-sukan tahunan acara wajib tiup belon. tiup tepung, kasut raksasa. dll..menang dpt pensil color..tupperware dll..choiiiiiii!

- nyanyian asma ul husna dan negaraku setiap pagi..berdiri tegak ye murid2..

- penyakit paling top zaman ni ialah chicken pok..kalo sorang kena mesti berjangkit...

-mesti ada cikgu kesayangan..heeeeehe! idola la tuh...

- blaja wat diari..ni cikgu la yg ajar...time management katanya...

- kelas muzik..hahahaha! main kelicap dgn kerincing...pastu sume kena ada recorder..hahahahah! tiup jgn x tiup...

-hantu paling top masa ni hantu purdahhhhhhhhh..naik keta kancil putih..perghhhhhhh insap jap..time ni malam sunyi jer..sume takot nk kuar..kalo ada keta jer sume lari..kalo die bgk salam kalo kite jawab hantu tu da da dlm rumah...hahaaah!

- yg laki wajib ada basikal..yg pmpn plak basikal ada raga kt depan..senang nk isi beg..

- botol air plak berbagai bentuk n warna..kena lawan sapa paling cantik! paling best botol air telefon..hahaahaha!

- main batu seremban kalo cikgu xmasuk..

- main skeping time PJ..hahahaha!

- main getah????? yehhhhhh best tu...lompat jgn x lompat...

- sapa yg ada color pensil mesti x bole bgk pinjam kt org lain..mak saya x bgk org pinjam...

- kalo duduk dlm kelas..pinjam pemadam boleh?????? ishhhhh pinjam ke mintak tu..

- duit Rm1 zaman tu besar gile bentuk dia...tp my dad bgk 5osen..seketul jer ada dlm poket...besar gile!

- kemahiran hidup- huuuhuhuh kena wat tabung la..ishhhhhhhh!

- subjek BM..wat karangan..' saya adalah sebatang pen"..'pengalaman yg paling sukar dilupakan'...uewwwwwww!

- cikgu akan amik kedatangan..sebut sume nama..ahmad, ali,..blablalalaala..ikot abjad tu..buang masanya..lgsg x efficient..napa die x tny jer sapa yg absent for today..senang kan...

- kalo lukisan sapa dpt A kena tampal kt dinding belakang kelas...huhuhuh!

- jadual waktu n jadual bertugas..lukis gune kertas manila...

- pertandingan bercerita. bersajak dll..uewwwwwwwww!

- perhimpunan setiap pagi isnin..bosan nk tggu smp cikgu besar bgi ucapan..pastu cikgu bertugas akan bgk ucapan gak..boring! yg pengawas plak sibuk mjaga..sapa yg sakit tu bole duduk kt tepi..cehhhhhhh!

-ada tu yg pandai nk bercinta..anta surat..pastu nk jadik kakak angkat sume..surat letak bedak..damn!

- laki kalo da sunat bole bcinta..kire jaguh la tu..

- kereta cikgu paling top masa tu adalah proton iswara...hahaaahaha!

- hari guru..budak pmpn paling suke bgk cikgu hadiah..smp sabun pun dibalut jadi hadiah..ayarkkkkk!

- ishh..lencana kena pakai..nanti kena amik nama..cikgu disiplin rotan...

- kalo sapa yg pakai spek tu..dgr la mulut2 akan kata..'mesti budak tu pandai"..hahahahha! pandai ke masalahnya...

-pompuan ada yg datang bulan..merah jer baju sbb xpandai pakai pad..mampus la aku kena belasah kang...

- kalo tulis surat- pen merah pen biru..u marah i luv u... pastu naik kereta naik bas lepas baca harap balas..ayohhhhhhhhhhhhh

-ada tu yg nerd..mak saya x bgk main panas..x macho langsung...cehhhhhhhhhhhh!

- ada check kuku..perghhhhhhhh! kuku perlu dipotong rapi yeh adik2..kalo takot kantoi cepat2 gigit...huh!

-yg power skit gune pensil tekan..xpun pensil yg ada tukar2 die pny mata..kalo da tumpul tukar mata lain..ayarkkkkkk

- buku latihan n matematik..jalur besar pastu jalur kecil utk BM..utk Math plak petak kecil dan petak besar..hahahaahaha!

- mula mgenali short form contohnya ; yang - yg .. matematik - M3.. kepada - kpd..


Kelakarkan kalau diingatkan balik. Rasa macam mahu balik semula macam tu. Namun hidup terus mara ke hadapan. Heh, kenangan...

Sumber
http://ridzuancomel.blogspot.com/2008/04/to-those-who-were-born-in-80s.html

Wednesday, May 7, 2008

Terhapuskah nerakaku...?

Semalam seperti biasa aku duduk depan pc. Membaca blog-blog kegemaran aku. Dan dalam banyak-banyak blog yang aku suka, blog Abang Neraka menjadi top 1 dalam senarai pembacaan malam-malamku.

Dahulu dia ada buka satu blog, Semusim di neraka. Sekarang dah delete. Then dia beralih ke Catatan pendek dari neraka. Sound like... scary? tak tahu. Kalian tentukan...

Abaikan apa yang dia katakan. Dia hanya bergurau, aku mengganggap itu hanya humor. Hanya jika benar sekalipun apa yang ditulisnya, itu hidupnya. Aku percaya setiap manusia punya cara hidup berbeza.

Penulisannya. Cara dia mengayakan huruf dan perkataan. Setiap rangkap yang setiap kali buat aku senang terhibur membacanya. Ya, bukan senang mahu menulis tentang sesuatu dan bagi aku, abang neraka berjaya membuka minda aku untuk terus menerokai lagi bidang penulisan.

Namun semalam aku cuba masuk ke dalam blognya, dah delete. Hah! aku cuba masuk lagi. Dah delete. Cuba lagi... Delete la oi... Aku jadi hampa. Terus tutup pc dan tidur.

Dan Alhamdulillah, masa ini, dia kembali. Dengan posting yang baru. Aku tak tahu kenapa semalam tiba-tiba dia tiada tapi sekarang dia dah kembali. Aku lega. Sekurang-kurangnya aku ada benda yang aku dapat baca. Kerana itu adalah benda yang aku suka baca.

Seperti aku kata tadi. Abaikan apa dia kata, ia hanya humor. Jika benar sekalipun, kamu tak berhak bantah. Nasihat mungkin baik. Itu adalah hidup dia. Setiap orang ada 'sayap kiri' kan...

Anyway, teruskan Abang Neraka, aku sentiasa tetap memerhatikanmu dengan segala rasional dan emosional yang ada padaku. Huhu...

Monday, May 5, 2008

First day...

Hari ini aku mulakan hari dengan mendaftar diri di sebuah kilang sebagai pelajar latihan industri. Yup, praktikal. 2 bulan je, so jangan rindu-rindu aku k.

Sebagai pelajar yang tak berapa menggemari buku, aku jadi suka pada tempat aku buat latihan industri ni. Yup, mereka beri aku kebebasan untuk aku buat apa sahaja, tanya apa sahaja (berkenaan dengan mesin) dan pergi ke mana sahaja yang aku suka. Kilang kecil, biasa sahaja namun di sana ada suatu mesin yang memang related dengan darah seorang jurutera pengeluaran.

Extrusion
. In Malay they say penyerempitan. Pasti kalian pernah makan nasi kan. Dan mana yang perempuan tu dorang lebih rapat dengan benda yang dihasilkan di kilang tu. Yup, plastik beras. (oh, perempuan yang mengenali dapur je la kot... huhu...)

Proses yang mudah. Secara ringkas, plastik (polyethylene) dicarikan dah di nipiskan oleh roller. Produk akan digulung dalam gulungan dan di hantar ke bahagian lain untuk proses mencetak kemudian proses memotong. Simple...

Well,
menggunakan prinsip yang sama aku pelajari dalam buku Sains Bahan, Proses Pembuatan dan Teknologi Bahan, aku tak mengalami kesukaran malah komplikasi permasalahan dalam memahami apa yang sedang berlaku dalam kilang itu. Sempoi je...

Anyway, aku gembira dengan kerjasama yang diberikan oleh pekerja-pekerja dekat kilang tu walaupun aku kadang tak faham apa dorang cakap (well, foreigner...), tapi aku tahu dorang dah buat tugas mulia agar kalian dapat makan nasi hari ini. huhu...

Dan mereka (pekerja) takde kaitan dengan kenaikan harga beras k... huhu... Aku akan cuba letak gambar lain kali... Selamat...!

Sunday, May 4, 2008

Beras sikit je...

Aku baru balik dari Carrefur beli barang. Well, with parent. Coz cian dorang angkat barang banyak sangat nanti bila nak balik. Huh, satu petang yang penat. Ye la, orang baru gaji, biasalah pasaraya sesak dengan orang.

Suasana yang sesak di pasaraya tadi buat aku lemas dan rimas. Namun ada juga yang prihatin memberikan 'makan' kepada lelaki seperti aku ini. Jamah mata. Yup, aku kembali segar...

Sampai kat area beras, mak aku dah mula membebel. Yup, dan ia di sambut dengan makcik-makcik sekelilingnya. Juga tak kurang dengan abang-abang mereka sekali menyambutnya. Topik mudah, beras naik harga.

Aku lepak situ dekat 15 minit tunggu mak aku pilih beras yang dia nak. Bagi keluarga aku, harga bukan keutamaan, tapi mutu dan rasa sesuatu barang yang nak di beli. Namun hampa, kadang kita tak selalu bertuah dapat beli apa yang kita mahu.

Cari Taj Mahal katanya. Well, aku tau makan je, tak pernah amik tahu apa beras aku selalu makan. Takde... maka membebel la dia dengan bapa aku semata-mata nak beli beras. Aku just tengok je, taknak komen. 15 minit, peh...

Well, beras dah naik harga... Dan dalam kes aku, beras tak de. So kalian semua, ambil la kesempatan ini untuk berdiet. Yup, jadi orang putih jap makan roti. Ubah gaya hidup bak kata YB... haha...

Aku perlukan perubahan!!!

Hm, kalau ada yang perasan, aku telah mula membuka blog baru namun aku tidak war-warkan. Kenapa? Kerana aku ingin cuba sesuatu yang baru. Sesuatu yang aku rasa senang dan mahu buat.

Ya, kebelakangan ini aku sibuk. Aku sudah lama tidak 'online'. Penat dan bingung dengan apa yang jadi sekeliling aku kebelakangan ini. Kerana itu aku tidak menulis. Kerana aku takut rasa sakit ini merebak ke blog kesayangan aku ini.

Berbalik kepada hal blog tadi, ya, aku ada buka 3 blog baru. Aku tak mahu cerita, biar sahaja kalian senang mencarinya. Tujuannya, aku mahu mencuba sesuatu yang baru. Penulisan yang lain. Di sini, rasional & emosional, ia sudah ada penulisan ia sendiri.

Mood aku cepat berubah. Dan begitu juga dengan hidup aku. Maka penulisan aku juga pasti cepat berubah. Namun aku rasa tertekan kerana aku kehilangan tempat mahu meluahkan apa terbuku di dalam hati.

Idea ini terhasil setelah aku baca beberapa blog orang lain. Memberi inspirasi yang aku perlu berubah demi aku yang sentiasa berubah-ubah. Aku perlukan bilik yang lain untuk aku seimbangkan mood aku yang aku boleh katakan tidak stabil.

Jangan kata aku, kalian juga pernah rasa. Mood yang tidak baik. Buat sekeliling rasa susah. Namun aku yakin, jika diluahkan pasti akan merasa lega. Hanya yang pasti tempat untuk diluahkan itu mestilah sejajar dengan rasa yang ada pada diri.

Blog ini masih mempersembahkan hidup aku, fikiran aku dan lain2 lagi. Dan aku yakin kalian sudah faham perjalanan blog ini. Teruskan menyokong aku, dan aku akan cuba berikan yang terbaik di setiap penulisan aku. Thanks...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...