Followers

Gamers

Thursday, August 14, 2008

Kejuruteraan Pembuatan B3 #1

Esok pagi aku ada ujian. Maka entri aku kali ini berkaitan dengan ujian esok. Aku cuba masukkan isi penting dan terjemahkan dalam bahasa... Kui... kui...

Kejuruteraan Pembuatan
Pengenalan
Sektor pembuatan telah menyumbang impak yang besar dalam ekonomi Malaysia. Walaubagaimanapun, terdapat 2 jenis industri yang terlibat dalam pembuatan iaitu industri pembuatan dan industri servis.

Peranan Kejuruteraan Pembuatan
  • Menilai kebolehbuatan (haha...) sesuatu produk dan memberi nasihat kepada bahagian rekabentuk
  • Memilih turutan proses dan seting parameter porses seperti bahan mata alat, saiz dan bentuk, kelajuan pemotongan, kedalaman pemnotongan dan lain-lain
  • Merekabentuk alat pemegang bendakerja untuk memastikan dan mengawal posisi bendakerja ketika di dalam proses pembuatan.
  • Menganggar kos pembuatan sesuatu komponen sesuatu produk.
  • Memastikan kualiti produk yang terhasil adalah berkeadaaan baik
Peranan Perekabentuk dan Jurutera Penbuatan.
Perekabentuk Pembuatan.
  • Membangunkan dan menilai keupayaan sesuatu bahagian produk agar ia mampu berfungsi.
  • Mengambil kira toleransi yang kecil bagi mnemastikan produk berfungsi tanpa sebarang masalah
Jurutera Pembuatan
  • Membangunkan dan menilai kos pembuatan sesuatu bahagian produk.
  • Mengambil kira kos produk dan memastikan toleransi sebesar yang mungkin agar dapat memberi banyak pilihan proses untuk bahagian yang akan dibuat.
Secara idealnya, jurutera pembuatan seharusnya berkerjasama dengan dengan perekabentuk pembuatan pada peringkat awal agar produk dapat dihasilkan dan kos dapat dikawal. Pekerja seharusnya mengambil bahagian dalam perbincangan agar maklum balas dapat tentang kerja praktikal boleh didapati.

Kejuruteraan Proses
Kejuruteraan proses mengambil kira rekabentuk sesuatu proses sebenar yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu produk. Terdapat enam turutan langkah dalam kejuruteraan proses.
  1. Menyata struktur produk dan spesifikasi.
  2. Memastikan pembolehbuatan sesuatu produk.
  3. Menentukan kebolehan sesuatu produk itu untuk dihasilkan.
  4. Mengganggar kos setiap proses.
  5. Menentukan turutan operasi.
  6. Mendokumen proses.
Struktur Proses dan Spesifikasi.
Struktur produk digunakan untuk menunjukkan hieraki pemasangan, sub-pemasangan, komponen dan bahan mentah yang digunakan untuk menghasilkan produk akhir. Komponen yang yang dihasilkan menjadi satu unit diasingkan melalui peringkat yang berbeza.

(wawawa... ada gambarajah dan contoh. nanti2la aku update.)

Penafsiran Kebolehbuatan.
Kebolehbuatan adalah ukuran relatif baik atau kesukaran dalam menghasilkan sesuatu produk dengan toleransi. Kebiasaannya, toleransi yang kecil akan menyebabkan kos pembuatan sesuatu produk itu mahal kerana sukar untuk dihasilkan. Mengelak dari menggunakan saiz bahan yang tidak standard dapat mengurangkan kos dan masa pembuatan.

Kebolehbuatan sesuatu produk boleh dikurangkan dengan menganalisa setiap bentuk produk jika fungsinya dapat dicapai dengan toleransi yang biasa serta menggunakan bahan yang standard yang boleh didapati di pasaran.

Penentuan Kebolehan Proses.
Keputusan untuk melakukan pembuatan adalah berdasarkan kepada pengalaman, keperluan, kesediaan mesin, kadar pembuatan dan bahan buang/kerjasemula.

Analisa spesifikasi setiap bahagian produk dan memeriksa:-
  • Keserasian bahan dan proses pembuatan
  • Kebolehan proses untuk memproduk toleransi yang dikehendaki.
  • Menilai semula rekabentuk untuk memastikan ia mudah untuk dibuat dan dipasang/dibuka.
  • Kesediaan proses di dalam tempat kerja.
  • Keperluan untuk barang khas, jig dan lekapan untuk membolehkan sesuatu proses pembuatan dilakukan.
Penilaian Kos Setiap Proses.
Terdapat 2 jenis kos yang mesti tentukan untuk menafsir kos pembuatan altenatif iaitu kos tetap dan kos bolehubah.

Kos tetap adalah kos yang bebas dari outpun pembuatan seperti sewa kilang, kos pemasangan dan kos lekapan. Kos bolehubah adalah kos yang berbeza-beza secara linear atau songsang dengan nombor bahagian produk yang terhasil seperti mata alat, bahan kerja dan masa memesin.

-Tamat-

Huhu... lain kali aku tulis lagi entri pasal kejuruteraan aku belajar... peh... ngantuk baca benda ni...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...