20 Ogos 2008
Dari UTM kami naik bas awam untuk ke stesen keretapi KTM Johor Bharu. Kira-kira pukul 7.00pm kami bertolak dari Johor Bharu ke Dabong, Kelantan. Hm... Dalam kereta api tak la menarik sangat kerana satu gerabak tu bukanlah kami punya. Dan lagi satu ianya pada waktu malam. Guess what, bantai tidur je la dalam keretapi tu.
Geng-geng yang hanya bising adalah geng yang sibuk bermain kad. Haha... open table, open table... Aku terlelap sekitar pukul 12.30am.
21 Ogos 2008
Sampai stesen keretapi Dabong dalam pukul... aku tak ingat. Tapi sempat juga kami solat Subuh. Tukar pakaian trekking. Sambil tunggu van yang akan membawa kami, kami pekena teh dulu dan nasi sebagai sarapan pagi.... Heh, dan bungkus nasi untuk makan tengah hari.
Van sampai, kami bertolak ke Gua Ikan. Hm... Aktiviti menggua. Kami akan menggua di Gua Gelap, Gua Keris dan Gua Pagar.
Gua gelap takde ape sangat. Treknya pendek. Cuma jalan nak masuk tu sempit dan sampai tahap kena meniarap untuk masuk ke Gua Gelap. Heh, memang gelap pun kat dalam tu.
Seterusnya kami ke Gua Keris. Well, ada cerita dogeng kat dalam Gua Keris dan Gua Pagar ni tapi aku dah lupa.. Huhu... Maaf ya... Setiap gua diberi nama sempena keadaan dan item yang ada dalam gua tu. Dan untuk gua keris, tentu sekali ada kerisnya.
Seterusnya kami ke Gua Pagar... Hm... biasa saja... Cuma dalam gua aku tak sangka boleh jumpa beberapa... benda yang hebat. Sepert batu ni, ia akan mengeluarkan cahaya berkelip-kelip jika kita suluhkan lampu padanya. Kata guard, jangan di sentuh, ia boleh mati... hm...
Selesai aktiviti menggua, kami terus menuju ke Taman Hutan Negeri Stong. Hm... boleh kata kaki Gunung Stong. Berehat sebentar kerana nanti kami akan mendaki Gunung Stong untuk ke Kem Baha. Tempat di mana kami akan berkhemah.
Pendakian ke Kem Baha mengambil masa kira-kira 2 jam kalau aku tak silap. Peh, penat. Masa macam ni la teringat tilam, bantal, fresh oren dan nasi lemak. Ya... memang penat. Menyesal pun ada... huhu...
Sampai Kem Baha, kami bersiap untuk pasang khemah, masak untuk makan malam dan rehat. Malam ni ada pengisian tapi dibatalkan sebab hujan yang amat lebat. Haha... sejuk tak payah cakap. Memang tahap dewa punya sejuk. huhu...
Selesai hujan, ada satu khemah (fly) yang hampir runtuh. Wuu... nasib baik boleh diselamatkan. Khemah perempuan juga menjadi mangsa apabila dmasuki air. Nak tak nak kenalah sewa 2 khemah untuk 16 orang. Harap tak overbudget. huhu...
22 Ogos 2008.
Penat menggua dan mendaki semalam hilang dek kerana sinaran cantik mentari di pagi hari. Layan. Tengok awak yang tebal di bawah macam tak percaya aku mampu sampai di sini. Secara jujur, ini xpdc gunung pertama aku. Huhu...
Pagi ini kami akan mendaki ke puncak Gunung Stong dan perjalanan mengambil masa kira-kira 3 jam. Gler... Atas dasar mengetahui kelemahan diri, aku hanya jadikan beg untuk sleeping bag aku sebagai beg untuk ke puncak. Kecil, maka aku tak perlu bawa banyak barang. Hanya bawa air, makanan ringan dan kamera. Huhu...
Pendakiannya sama seperti pendakian ke Kem Baha. Cerun, licin dan berlopak. Tangan dan kaki tak payah cerita, calar dan kesan gigitan pacat tu memang perkara biasa. Layankan sahaja.
Sampai puncak. Hm... susah nak kata. Ada antara mereka puas sampai ke puncak. Kalau tanya aku, aku rasa biasa. Jangan tanya, aku pun tak tahu kenapa. Namun berada di tempat tinggi betul-betul menyegarkan. Dan hari ini, kami telah menawan puncak Gunung Stong.
Makan tengah hari di sana. Huhu... sesi mengosongkan beg, keluar semua isi-isi beg. Nak turun senang. Beg dah ringan.
Namun, kami terlalu memandang rendah. Fikir, turun gunung senang je dari naik. Namun, turun adalah menyakitkan. Yup, kaki. Naik memang penat dan kadang pancit. Namun bila turun, kaki menjadi semakin sakit. Wuu...
Sampai kat Kem Baha, seperti biasa, bersiap makan malam. Malam ini hujan lebat sekali lagi. Maka takde aktiiviti lagi malam ni. Huhu... Aku tertidur dan tak sedar bila aku dah lena.
23 Ogos 2008
Pagi yang nyaman namun aku masih mampu menguap selebar-lebarnya. Ngantuk. Cuaca cukup sejuk dan diadunkan dengan empuk beg tidur aku, hu... Allah saja tahu betapa nikmatnya jika aku dapat sambung tidur sehingga ke tengah hari.
Namun, hari ini ada misi yang terbesar dan alasan sebenar kenapa aku mesti mahu ke Stong. Air terjun. Aku amat suka bermain air terutama air terjun.Layan. Sejuk, dalam, deras... ah... persetankan... yang pasti air terjun Stong memang tidak menghampakan aku. Sehebat dengan tarafnya, air terjun paling tinggi di Asia Tenggara.
Tak lupa juga telaga tujuh. Hm... satu lubang yang agak sempit di atas laluan bawah air terjun itu. Setiap kami mesti dibenamkan ke dalam telaga tu. Haha... seronok gler. Bila berada dalam telaga tu, kita akan rasa seakan-akan ada air yang berpusing-pusing di sekeliling kita. Heh... layan... nafas kena panjang.
Ada lagi tarikan yang menarik. Gelungsur air. Wahhh... Heh, teringat ada sorang eh... 2 orang menangis... tinggi la dol... huhu... tapi respek dengan sorang bro ni, mengelungsur sambil berdiri... huhu...
Penat bermain air... Namun itu bukan alasan untuk kemas dan balik. Pendakian turun ke kaki gunung juga sama siksa macam turun dari puncak ke Kem Baha. Tunggu di Dabong untuk menaiki bas... Ke UTM... Balik...
Heh... banyak juga aku belajar dari XPDC kali ini. Dahulu aku kira aku takutkan ketinggian. Rupanya tidak. Heh... Dan aku juga belajar bagaimana mengawal minda agar tidak kalah untuk memanjat ke atas... Huhu... Serba ringkas dari aku... Aku harap aku akan dapat ke sini lagi... Rindu gler kat air terjun Stong...