Followers

Gamers

Friday, December 31, 2010

Ya betul, aku rindukan dia...

Masih membaca Beginning Programming for Dummies. Dan setakat ini aku fikir aku mampu lakukan. Dan bertuahlah aku, kerana fikiran aku yang agak sistematik, dan ada ketika mampu fleksibel.

Esok tahun baru. Azam tahun baru? Jadi sehabis hebat kedua-dua trader dan programmer. Walauapapun berlaku kepada aku kelak, aku mesti sentiasa menjadi kedua-dua ini.

Kalau aku tak buat macam ni, aku takkan ke mana... Aku harap aku ingat ni.

Tahun 2011 adalah tahun yang amat sukar bagi aku, memandangkan aku bukan lagi remaja-suka-hati seperti dahulu. Semua benda aku usaha mesti sampai tamat, mesti semua siap. Dan tiada separuh jalan.

Aku fikir aku mampu lakukan...

Berbekal memori dahulu yang amat memeritkan, aku yakin aku mampu lakukan. Aku tak nafi, aku tak pernah lupakan dia, tak pernah lupakan kecelakaan itu. Malah, setiap hari aku selalu teringat kepada dia.

Dan sakit jika kau tanya...

Kadang aku terfikir, mungkin ini yang dia rasa ketika aku tinggalkan dia dahulu. Dan sekarang, sampai masa untuk aku merasa pula perasaan yang sama.

Namun tidak semua negatif tentang perasaan ini. Ia lebib buat aku menjadi kuat, lebih kuat untuk membuat sesuatu.

Hanya semata-mata ingin melupakannya...

Kadang aku fikir, ada baik dia bunuh sahaja aku, dari buat aku macam ni. Kerana aku rela mati dari sakit mengingatinya.

Bodoh itu benar, tapi itulah perasaan. Buat kita yang bijak pandai menjadi sedikit bodoh dan tolol.

Buat masa ni, aku takde pelan nak berbaik mahupun bermusuh dengan dia. Dalam hati aku, jika aku terjumpa dia, mahu sahaja aku cabut nyawanya. Namun dalam masa yang sama, aku sedar, aku sangat rindukan dia.

Luah dimana sekalipun, masih, aku tak mampu, tak mungkin menerima dia semula. Baik kawan, atau lawan.

Aku tak pernah rasa begini kepada orang lain. Ramai dikalangan kawan-kawan aku yang tahu akan hal aku dan dia akan berpendapat,

Aku betul terlalu cintakan dia.

Baik dari saat aku kenal dia, hingga sekarang. Aku suka jika apa aku fikir mendapat justifikasi dari orang lain. Itu akan membuat tahap keyakinan aku terhadap sesuatu tinggi. Dan jika semua mengatakan aku cintakan perempuan itu, aku tunduk, dan mengaku...

Aku cintakan dia.

Dan betul, memandang diri dari sudut ketiga lebih baik dari kau seorang merasa sendiri. Kita manusia bukan, terlalu mampu untuk terpengaruh dengan sekeliling.

Aku menulis diari, journal kehidupan seharian aku. Dan tak pernah aku tidak masukkan dia di setiap apa yang aku fikirkan. Mesti ada kaitan, mesti ada pengaruh dia.

Terlalu tertarik jika kau tanya...

Dan kerana itu, tiada azam tahun baru untuk dia. Tiada azam untuk melupakan dia. Tiada azam untuk berusaha bersamanya semula, atau membalas segala perbuatan dia padaku.

Berbekal kata-kata dari Robert Kiyosaki dalam bukunya, Cashlow Quadrant...

Mind your own business

Dia hanya memori yang aku pasti tak mahu hidupkan kembali. Memori tiada kuasa, hanya rasa. Memori tidak mampu mengubah apa-apa dalam hidup aku. Hanya masa sekarang yang mampu beri aku hidup, untuk masa depan.

Tapi, sekuat mana aku pun, aku mengaku... setiap hari adalah hari-hari aku rindukan dia. Ia adalah satu algoritma yang rumit. Pujian kepada Allah kerana menciptakan satu kod program dalam setiap hati manusia serumit ini.

Sangat rumit sehingga aku sendiri tak faham diri aku sendiri.

Aish... terlalu emosional sudah. Maaf, cuma hari ini aku terlalu rindukan dia. Namun jangan salah sangka, aku tidak berhadap untuk berkomunikasi dengan dia dalam medium apa sekalipun yang mampu dunia tawarkan kepada aku.

Dia racun, bukan ubat. Kehadirannya sekali lagi mampu mematikan segala usaha aku selama ini...

Entri ini untuk dia. Aku benar berharap aku tidak menulis tentang ini di masa akan datang. Walhal aku yakin itu tidak mungkin terjadi.

Berdoa agar aku mampu simpan semua dalam hati tanpa perlu aku luahkan lagi seperti hari ini.

Dan maaf, aku tak mampu buang dia dalam hati aku. Barangkali benar kata kawan aku, akan ada seseorang yang mampu masukkan tangannya dalam hati aku dan keluarkan dia dari hidup aku.

Aku harap kau betul kawan, kerana buat masa sekarang, aku langsung tak yakin itu akan berlaku.

Kau, sedikit nasihat. Walau sejauh mana cinta kau pada seseorang, setiasa ingat... Dia manusia, dan selamanya tetap akan manusia. Jangan jatuh terlalu dalam kepada dia, kelak aku yakin, kau akan merana.

Dan merana yang aku maksudkan jauh lebih hebat dari sakit yang kau pernah rasakan sepanjang hidup kau...

Ok, selamat...

Wednesday, December 29, 2010

Peng-atur-cara-an

Orang nampak kerja aku mudah, hanya duduk depan PC dan klik klik. Kau buat, baru kau tahu susah senangnya...

Namun, aku cuba tukarkan pandangan aku kepada pandangan mereka. Melihat diri aku dari mata mereka. Yup, ini kerja senang. Duduk depan pc, tidak hiraukan luar. Ya, memang kerja senang.

Aku cuti 2 minggu dari aktiviti trading, Xmas dan tahun baru. Aku hanya tak suka trade masa server kejap hidup, kejap tidak. Aku rasa sakit menunggu jika aku tidak nampak sebarang kemajuan dalam market.

Dan cuti 2 minggu ni buat aku terfikir, kalau aku tak mampu trade, pe lagi aku mampu buat.

Dan diingatkan, aku ada kemampuan duduk depan pc 24 jam, tanpa tidur dan rehat. Ya, aku tahu aku ada kemampuan sebegitu.

Aku harus buat sesuatu berkenaan dengan komputer.

Adakah aku patut belajar programming.

Eh?

Programming?



Aku lihat ini dalam Manual Trading aku, dan terfikir. Ia seakan skematik pengaturacaan. Dan aku mampu buat pengaturcaraan untuk strategi di atas. Aneh, dan kenapa aku dulu tak pernah ambil berat untuk belajar programming sedangkan aku amat minat duduk depan pc 24 jam.

Aneh...

Programming... aku tahu ada banyak jenis bahasa pengaturcaraan (oh, aku baru perasaan programming tu adalah pengaturcaraan). Kita ada php, JAVA, C dan macam-macam lagi. Terpulang kepada apa kita nak buat, mana-mana bahasa juga baik kerana apa yang penting bukan bahasanya, tapi logiknya.

Aku cuba cari mana bahasa pengaturcaraan yang bagus untuk aku belajar dan ramai rekemen, C. Dan aku memang tak tau apa benda la tu. Masa aku di universiti dahulu, hanya belajar FORTRAN dan MATLAB je. Haram, nampaknya aku perlu balik kepada betul-betul asas.



Dan kawan-kawan, aku sedang menelaah buku ni. Sebarang komen amatlah dihargai. Oh sebelum tu, jika kau tanya untuk apa aku pilih untuk belajar programming...

Sebab aku baru sedar, benda yang selalu depan mata aku ni, sebenarnya adalah program, yang dijalankan berdasarkan programnya, yang ditulis oleh programmer. Kena ambil berat sikit pe yang kita lihat hari-hari...

Aku merepek panjang, dan ketahuilah, post ini aku tidak edit kemudian, habis taip terus publish. Maka, abaikan kualitinya... selamat...

Thursday, November 25, 2010

Trader yang belum berjaya....

Malam ni aku tak tidur. Menemani pasaran mata wang asing yang tak pernah jemu aku pandang. Banyak benda aku belajar tentang forex. Dan ketahuilah, aku suka dengan hidup aku sekarang.

Aku ada garisan melintang. Aku ada pengukur kekuatan mata wang. Aku ada asas analisis carta. Aku ada pengalaman. Apa yang aku tiada, adalah keuntungan. Dan aku harus cari jalan bagaimana mengabungkan apa yang aku ada untuk membentuk keuntungan.

Ia adalah suatu kerja kuat. Berjaga, duduk dan merenung di hadapan skrin hampir 24 jam membuat orang di sekitar aku fikir, 'kau tak ada life ke?'

Haha... mak aku selalu kata, perlu ke hari-hari begini. Jujurnya tidak. Alasan untuk kerap duduk di depan komputer bukan kerana ini cara sebenar menjadi 'trader', tetapi kerana aku masih mencari cara supaya kelak aku tidak lagi kerap duduk di hadapan pc.

Ya, permulaan kerjaya memang sukar. Dan sebab itu aku kerja keras untuk jadikan ia realiti, impian aku kalau kau tanya. Menjadi seorang 'trader'.

Ini permulaannya. Orang tidak nampak, namun aku lihat, ada cahaya di hadapan.
Ini permulaannya. Sukar, namun penghabisannya, ianya mudah.
Dan kenyataan ini diselitkan dengan pengalaman mereka yang sudah berjaya.

Aku akan lama di hadapan pc untuk hari-hari mendatang. Dan sehingga aku tidak jumpa keuntungan itu, aku tidak akan menyerah. Dan berdoa, bila aku jumpa keuntungan itu, sudah sampai masa untuk aku mencari kehidupan aku yang biasa.

Semoga aku tidak terlambat mencarinya...

Aku ucap selamat...

Tuesday, November 16, 2010

Saat ini...

Salam... selamat pagi. Lama tidak menulis di sini membuktikan aku gagal me'rasional'kan diri aku baru-baru ini. Dan ketahuilah, aku masih gagal ketika entri ini di tulis.

Hidup aku biasa sahaja kini. Masih dalam 'kejaran kerjaya' jika itu bahasa indahnya. Oh, aku tidak menggunakan Sarjana Muda itu. Kini, aku lebih ke arah kerja sendiri. Berdiri sendiri, walau ramai mengatakan, ada lebih baik ada orang papah aku dahulu baru aku belajar berdiri sendiri. Aku tahu aku dalam landasan pantas.

Bekerja sendiri menunjukkan aku sesuatu. Keluarga... ayah dan ibu... serta adik banyak membantu. Hanya buat mereka memahami apa aku mahu, semua akan jadi mudah. Hanya sekarang persoalannya adalah aku, mampukah aku untuk terus berjaya kelak.

Kisah silam tu pahit. Aku sehingga hari ini masih belum mampu tidur benar lena. Masih teringat. Aku akui aku seakan masih perlukan dia. Namun dalam masa yang sama aku berdoa, agar aku dijauhi dia.

Dia racun kalau kau mahu aku ibaratkan...

Dan bersyukur ada ramai orang sekeliling aku yang masih mampu membuat aku lupakan dia. Walau seketika, ia cukup buat aku bahagia sebentar.

Aku sakit, namun dalam kesakitan ini aku punya kekuatan baru. Tidak terlalu tidur untuk kerja aku. Tidak terlalu leka untuk kerjaya aku. Dan terima kasih kepada dia, kekuatan baru ini walau tidak baik untuk fizikal aku, namun ia cukup kuat untuk aku terus hidup.

Huhu... membebel. Aku fikir sampai di sini. Aku harap aku akan menulis lagi di lain ketika. Kau orang apa khabar ya... Aku lama tidak dengar khabar kau orang...

Berdoalah aku supaya kurang sibuk dengan kejaran ini. Aku ucap selamat...

Thursday, September 9, 2010

Ramadhan itu indah...

Ramadhan berlalu. Hati aku sedikit sayu. Dalam seumur hidup aku, Ramadhan ini adalah Ramadhan yang terbaik pernah berlaku dalam diri aku.

Ramadhan kali ni banyak dihabiskan di PLKN. Dan itu yang menghidupkan Ramadhan aku tahun ini.

Seperti kata aku pada entri lepas, hati aku sayu ketika meninggalkan surau di sana.

Bila hampir tiba waktu Maghrib, kami ramai-ramai berkumpul, mengambil makanan masing-masing dan menunggu. Tiba waktu, kami makan bersama. Dan itulah kebahagiaan orang berpuasa, ketika mereka berbuka puasa.

Selepas itu, kami beramai-ramai ke surau menunaikan solat Maghrib. Solat berjemaah. Dan ini amat memberi kesan kepada aku. Sehingga ke hari ini, jika aku niat untuk solat, aku akan tersasul berniat solat jemaah.

Dan aku tahu, Nabi Muhammad SAW yang tidak pernah solat berseorangan diri seumur hidupnya mampu dilakukan sekarang. Hanya jika aku dalam kumpulan mereka-mereka yang selalu menunaikan solat jemaah.

Zikir Munajat

Menunggu waktu Isyak tidak pula dibuang begitu sahaja, kami berzikir beramai-ramai. Zikir munajat, doa taubat, Asma Al Husna, Ya taiba dan macam-macam lagi. Aku terhibur...

99 Nama Allah
Solat Isyak, selesai kemudian Solat Sunat Terawih 8 rakaat. Tidak dilengahkan diantaranya. Selesai, Solat sunat Witir 3 rakaat. Tidak pernah aku rasa masa itu berjalan, segalanya berjalan tanpa rasa payah.
Ya-Taiba

Selesai witir, dibacakan niat puasa. Peringatan agar esok, agar puasa tidak sia-sia.

Aku rindu setiap detik itu di sana. Aku tak nafi, PLKN memang memenatkan. Still, aku rindu malam itu. Dan kini, Ramadhan berlalu meninggalkan kami, meninggalkan aku. Entah mungkin kita akan bertemu lagi.

Walaubagaimanapun, di kesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua muslim dan muslimah. Maaf Zahir batin... Kita 0-0 ok... huhu...

Selamat2~!

Sunday, September 5, 2010

Pasti letih kau nanti



Tema blog masih tidak berubah. Ya, aku amat malas sekarang untuk melakukannya. Sedang fikir, mencari mood dan menunggu ilham. Tetapi tidak apa lah, kau masih membaca bukan....?

---



"Kamu masih tak mahu menukar pendirian kamu terhadap PLKN"
"Tidak cikgu... tidak seperti rakan-rakan kecil saya... Saya punya hidup di luar sana..."
24 Julai 2010, Sabtu

Entri lepas aku ada memberitahu tentang cuti yang Allah berikan kepada aku. Cuti yang aku maksudkan adalah Khidmat Negara. Ya, aku adalah Pelatih Kem Millenium Kumpulan 3, Siri 7 2010 di Beranang, Selangor.

Terkejut. Kebanyakan kau tahu umur aku mencapai 24, dan agak kelakar bagi aku dan kau. Aku masih terpanggil untuk menyambut seruan kerajaan, berkhidmat untuk negara...

Apa yang aku lakukan di PLKN. Hm...

Minggu-minggu pertama seperti biasa, seperti program lain, adalah minggu suaikenal. Suaikenal lebih kepada di dalam kelas. Ya, seperti di universiti, di sini kami ada kelas. Kelas ini bagi memenuhi keperluan Modul Pembinaan Karakter. Kelas ini lebih menekankan kepada pengenalan kepada diri sendiri, dan fungsi terhadap masyarakat sekeliling.

Bosan? Yup, namun aku tak nafi. Kelas itu banyak mengajar aku. Terutama dari segi mengenali diri sendiri, dan hm... hukum?... menang-menang, menang-kalah dan kalah-kalah. Dan sehingga hari ini aku ingat ajarannya.

Terdapat juga modul fizikal di sini. Aku fikir aku tak perlu terangkan semua. Memadai jika aku katakan aktivitinya seperti kau masuk badan persatuan seperti pengakap atau kadet sekolah, dan kelab rekreasi. Atau kau boleh kata seperti semi-tentera.

Ya, seperti
  • kawad,
  • merentas halangan,
  • wirajaya(camping di hutan),
  • sukan,
  • TTS (Tempur Tanpa Senjata),
  • menembak (Colt M16 5.56),
  • tali tinggi (flying fox dan Rappelling)
  • dan lain-lain (maaf, ada yang aku lupa)

Kemudian, kami juga didedahkan dengan Modul Kenegaraan. Patriotisme adalah perkataan sesuai untuk modul ini. Kami akan didedahkan dengan DKRT (Daulat, Kerajaan, Rakyat, Tanah air). Dan 4 elemen ini adalah asas kepada sesebuah negara yang bebas dari penjajah.

Ya, jangan kau berani laungkan merdeka jika kau sendiri tak faham apakah itu kemerdekaan...

Dan akhir, Modul Khidmat Komuniti. Aku tak berapa perasan bila modul ini dijalankan. Namun bila difikirkan, aktiviti seperti derma darah, dengar ceramah HIV, Dadah dan Jenayah, aku fikir itu termasuk dalam Modul Khidmat Komuniti. Tak banyak nak cerita, kau faham-faham sudah ya...

Menjadi pelatih yang paling tua di PLKN sedikit sebanyak memberi aku cabaran. Kena tunjuk contoh yang baik bukan. Huhu... Ada masa main, kita main. Ada masa serius, kita serius. Aku duduk dalam golongan 18 tahun dan ketahuilah, ia kurniaan Allah, memberikan aku semula umur 18 tahun kepada aku. Huhu...

Cikgu di sana semua ok. Mereka banyak mengajar aku yang aku, dengan diri aku tidak keseorangan. Aku tak mampu hidup seorang. Dan aku perlukan negara dan masyarakat untuk bantu aku untuk terus hidup.

Sedikit sebanyak menjawab persoalan aku tentang cara aku untuk 'survive' di universiti dahulu. Dunia tak mungkin aman bukan, huhu...

PLKN juga menyedarkan aku betapa luas Malaysia ni aku untuk aku terokai. Mendengar pengalaman kawan-kawan 18 tahun aku ni, sedikit sebanyak membuka mata aku tentang masalah sosial sekarang.

Seumur hidup aku, persekitaran aku selalu baik. Sekolah baik, kolej martikulasi baik, dan universiti baik. Hanya di PLKN, aku didedahkan dengan realiti hidup anak muda sekarang. Dan percayalah, aku amat terkejut mendengar cerita mereka, sama seperti cerita di dalam tv dan berita...

Dan itu buat aku sungguh bersedih hati... teramat bersedih hati.

Di PLKN, aktiviti paling best bagi aku adalah apabila kami berada di surau. Ustaz di sana, KAGAT, atau kami panggil gangster memang tegas. Bab agama jangan main. Solat tetap solat. Huhu...

Di surau, aku difahamkan ada segelintir kawan-kawan aku ini tidak tahu membaca, tidak tahu solat. Terkejut? aku ya. 18 tahun mereka hidup, namun benda seasas ini mereka tidak ketahui. Dan itu cukup memberi aku kesedaran, ilmu tanpa amal... tiada gunanya.

Dan setiap malam, keluar dari surau itu, hati aku akan sayu. Setiap itu mata aku mulai berkaca. Kerana hanya tempat itu, adalah tempat paling tenang yang pernah aku pergi seumur hidup aku.

Solat magrib, zikir sehingga Isyak. Dan kalau bernasib baik, ada tazkirah dari Ustaz. Kau boleh fikir sendiri mengapa kan tempat itu tempat yang tenang...

PLKN, pasti letih kau nanti. Aku tak pernah nafi penyataan ini. Datang kena paksa, sampai kena siksa... Namun akhirnya, kami... wira dan wirawati menjadi perkasa...

Aku akan ingat setiap benda yang aku lihat, yang aku dengar untuk kegunaan masa depan. Terlalu banyak untuk dihurai dalam satu entri. Dan kerana itu, aku labelkan Khidmat Negara di setiap entri seperti ini kelak.

"Dan walaupun saya punyai hidup di luar, dan merasakan saya tidak sesuai berada di sini. Namun, saya tetap percaya, PLKN amat penting untuk generasi akan datang, untuk adik-adik saya di sini kelak. Untuk anak-anak saya kelak."
"Kenapa PLKN penting bagi kamu?"
"Kerana saya di sini, mampu mempelajari sesuatu yang tidak saya pelajari dalam 24 tahun saya hidup. Dan tidak akan mereka pelajarinya selagi mereka tiada hasrat untuk mencarinya. Hanya di sini, mereka akan mempelajarinya. Hanya di sini, mereka akan faham kenapa, penting bagi mereka untuk berkhidmat untuk negara..."
2 September 2010


Ibubapa sekalian, adakah kamu tahu anak kamu berada di mana sekarang...? Tik Tok Tik Tok... Aku berdoa agar mereka selamat dan jauh dari api neraka kelak... Aku ucap selamat...

Saturday, September 4, 2010

Pendahuluan kita...

Buka lembaran baru. Aku maksudkan blog baru. Namun daya nak menghias, nak mencantikkan atau nak menulis sentiasa tiada. Cerita banyak di kepala, namun tak terluah dengan ayat. Dan aku tak faham kenapa.

Ok, terlalu emosional. Kita selangkah mahu ke hadapan. Be rational...

Seperti yang kau tahu, nama pena aku msuhaimi2007. Penulis blog Rasional & Emosional. 4 bulan lepas merupakan masa yang sukar bagi aku. Ditentang oleh perasaan yang amat dahsyat aku fikir, sehingga aku hilang fikiran, melepas amarah merata.

Dan ketika kini, di saat Rasional ini dicipta, aku sedar... Luahan emosi di sini tidak mendatangkan apa. Hanya gelak ketawa orang di luar sana.

Walaubagaimanapun, sekarang aku ok. Tidak makan ubat, tidak jumpa doktor. Aku pulih. Betul, penyakit hati yang masa dan suasana pengubatnya.

Aku bersyukur, Allah amat sayangkan aku. Dia alih aku ke tempat lain bercuti, berehat agar aku lupakan perkara dahulu.

Sekarang, aku fikir aku mampu untuk pandang hadapan. Punya misi baru, punya hati aku... Aku tahu... aku pasti mampu lakukan...

Aku ucap selamat kepada kau orang semua...

Friday, September 3, 2010

Salam...

Ini blog baru aku. Aku faham, url-nya masih sama, namun nama blog ini lain. Aku buangkan emosional kerana aku fikir kini, aku mahu menulis sesuatu yang lebih rasional dari emosional.

Walaubagaimanapun, blog lama aku kau boleh lihat di http://arkibmsuhaimi2007.blogspot.com/

Aku sudah berhenti menulis di sana. Sekarang, fokus aku hanya di sini... Di rasional...

Aku ucap selamat ya...

Tuesday, June 15, 2010

Hidup seorang Bachelor of.... #2

Maaf dah lama tak update. Aku tak ke mana-mana. Hanya di rumah. Cuma agak keterlaluan depress. Mungkin kerana terlalu mengenang masa lalu, dan takut akan masa depan. Dan be glad, aku fikir aku ok sekarang.

Forex... Hm... Tak banyak yang aku buat baru-baru ini. Dan kerana itu aku tidak menulis tentangnya. Fikiran aku kusut. Dan kerana itu, aku tidak berbuat apa.

Malam ini seperti biasa aku tidak mampu tidur, terfikir apa masa depan aku. Sebulan setengah duduk di rumah hanya mengadap komputer aku fikir, hidup aku cepat menjadi singkat.


Maka, aku buka Word. Dan ketahuilah, malam ini aku baru menulis resume. Job-hunting is about to begin. Dan maaflah, aku tak dapat berkongsi apa yang aku tulis dalam resume itu. Huhu...

Aku teringat 2 minggu lepas, ayah aku berkata kepada aku, "Plan hidup kau...". Menyedarkan aku tentang masa depan. Apa aku mahu buat, apa aku mahu capai. Aku fikir kembali dalam seminggu ini, aku hanya murung, tidak berbuat apa kecuali main game, tengok movie dan membaca. Itu minat aku, dan itu yang mampu menceriakan aku, walaupun aku perlu seminggu untuk dapat hidup aku semula.

Plan hidup aku. Apa aku mahu...? Banyak. Secara amnya duit dan keluarga. Keluarga, mak, ayah dan adik. Dan ada rezeki isteri dan anak-anak. Itu kemudian. Untuk duit.... Aku perlu menjawab soalan berikutnya... Bagaimana...?

Sepanjang aku duduk di rumah, selain forex, aku rajin surf di internet untuk dapatkan apa-apa maklumat tentang perniagaan. Aku suka berniaga. Kadang bukan sebab duit, ia lebih kepada kerana aku dapat ramai kenalan. Seronok kan ramai kawan.

Aku juga suka benda. Hanya berniaga sahaja aku dapat fikir sebagai medium untuk akses barang murah dan berkualiti. Cepat dan puas hati. Aku tak tau, aku hanya suka barang dari duit. Lagipun itukan peranan duit, untuk mendapatkan benda. Huhu...

Dan itu datang idea, walaubagaimanapun hidup aku kelak, aku mesti akhiri dengan menjadi seorang perniaga. Businessman. Entrepreneur. Aku hanya mahu akses, untuk setiap benda-benda yang aku suka. Dan itu yang aku mahu buat.

Forex hanya permulaan. Namun, sejak akhir-akhir ini aku agak putus harapan sedikit tentang forex. Dan itu yang membuat aku terfikir untuk menulis resume. Untuk mencari pekerjaan. Old-fashion way to obtain money.

Dan ketahuilah, itu yang membuatkan ayah aku berkata begitu, "plan hidup kau...". Resume ini datang kata-kata ayah aku, yang datang dari keputus-harapan aku dengan forex.

Aku ingat ayah aku suruh aku duduk rumah sahaja dan fikir apa bisnes yang aku mahu dan mampu lakukan. Mencari pekerjaan, bagi ayah aku bukan solusi kepada masa depan aku. Dia galakkan aku bisnes. Kerah minda dan keringat untuk menjadi independent. Namun, aku fikir aku sudah sampai limit kepada kekerahan itu.



Dan akhir sekali, ayah aku berkata lagi...

"Sama ada join mlm, atau pergilah kerja dengan kedai jual kereta..."

Dan dari situ baru aku nampak apa ayah aku nampak. Bisnes. Bukan untuk duit. Tapi sebenarnya untuk orang. Menjadi kenalan, mencari kenalan. Menyelesaikan masalah orang. Dan itulah usahawan. Menjadi usahawan. Orang, adalah penyelesaian kepada masalah masa depan aku.

Malam ini aku menulis resume. Dan aku stuck pada bahagian objektif karier. Sama ada untuk menjadi engineer... atau menjadi saleman. Ugh...

Kau... maaf ganggu tengah malam ini ya... membaca rapikan aku. Huhu.. aku ucap selamat...!

Oh, jika kau tanya adakah aku mengundurkan diri dalam forex. Tidak... belum lagi. Mungkin cuti sebentar...

Oh dan maaf kalau tema blog aku kali ini agak menyakitkan mata... kau boleh komen... aku tukar kemudian...

Friday, June 4, 2010

Seleksi lagu saya pada malam ini...

Kecelakaan dibalas dengan kecelakaan... aku tunggu, dan aku takkan maafkan...

Errr.... aku just nak listkan beberapa lagu yang aku dengar bebaru ni... Just untuk petunjuk di masa hadapan...

Tajuk : Pompeii
Artis : E.S. Posthumus
Album : Unearthed

Tajuk : Brothers of Blood
Artis : Cris Velasco
Album : God Of War III Ultimate Trilogy Edition

Tajuk : Poseidons Wrath
Artis : Gerard Marino
Album : God Of War III Ultimate Trilogy Edition

Tajuk : Garden of Eden
Artis : Yasutaka Nakata
Album : Liar Game 2

Tajuk : Soviet March
Artis : James Hannigan
Album : Command & Conquer : Red Alert 3

Tajuk : Code of Conduct
Artis : Han Zimmers
Album : Call of Duty : Modern Warfare 2

So, ada persamaan kan semua lagu di atas... malas nak bagi link... hang cari la sendiri.. haha...

Wednesday, June 2, 2010

Minggu FX-004 - NA

Selagi aku lihat, dan aku takkan maafkan...

---

Well kawan-kawan. Tiada minggu FX-004. Aku berani kata, kerana minggu itu segala apa aku usahakan semuanya gagal. Walaubagaimanapun, aku berani mengambil langkah proaktif. Pada minggu ini aku mula akaun real. Deposit tak banyak, hanya USD30 (RM111). Aku ingat kata seorang otai forex.

6 bulan demo, 6 bulan depo kecil, dan seterusnya depo besar.
Disaat entri ini ditulis, equiti aku menjadi USD32.50. Kau tanya pe komen aku tentang minggu ni. Aku hanya boleh katakan, ini bukan yang aku selalu buat. Aku maksudkan aku tak cukup agresif hari ini untuk bersama market minggu ini.

Lot aku gunakan adalah agak besar aku fikir, 0.12 lot untuk equiti USD30. Bermakna secara purata, 1 pip persamaan dengan 12 sen. Aku target untuk sekali ganda akaun aku dalam seminggu, untuk minggu ini USD60 equiti. Mampukah aku?

Banyak sebab untuk aku tidak agresif seperti biasa. Salah satunya kerana psikologi aku sendiri. Ini duit betul. Bukan demo. Aku perlu kira berapa equiti aku perlu ada sebelum margin call agar aku mampu buat comeback. Antara sebab lain adalah aku menghadkan teknik aku.

Untuk pengetahuan kau orang, minggu ini aku hanya trade momentum. Dalam kepala aku, ada 3 jenis teknik yang aku mampu gunakan.
  • Momentum
  • Reversal
  • CSR100
CSR100 adalah baik. Namun aku masih belum kuasai sepenuhnya. Begitu juga dengan reversal. Namun, aku trade dengan hanya bergantung kepada momentum market sahaja yang betul-betul aku mampu lakukan tanpa second thoughts.

Aku akui, aku masih lemah dalam mengetahui berapa lama aku perlu berada dalam market bila mana sesuatu order itu telah dibuat. Untuk rujukan, hari ni sahaja sepatutnya aku telah mencapai target jika aku tidak takut untuk tunggu lagi hanya dalam 30 minit. Aku tunggu dan tunggu sehingga dia naik semula, kemudian takut dan tutup.

Masih perlukan latihan. Psikologi aku masih lemah aku kira. Lagipun ini akaun real. Walaupun kecil, aku rasakan itu adalah maruah aku. Jika yang kecil aku gagal, apatah lagi jika aku perlu uruskan yang besar pula.

6 Bulan yang kecil. Sehingga aku mampu uruskan dengan baik, baru aku akan usahakan yang besar.

Aku ucap selamat ya... Oh ya, kemarin hari jadi aku yang ke 24. Biasa sahaja hari-hari itu. Namun aku belajar sesuatu, dimana aku perlu kejar sesuatu. Sepanjang 24 tahun aku hidup, aku fikir hanya 2 benda yang betul2 aku perlu kejar dan ikut. Ilmu... dan duit... Aku ucap selamat ya...

Selamat...

Saturday, May 22, 2010

Minggu FX-003

Sunyi... dan aku takkan maafkan... atas apa aku rasa ketika ini ketika di sana sedang keramaian... aku takkan maafkan....
---

Aku taknak tipu... minggu ni mungkin minggu yang perit bagi aku... Aku ada 3 akaun di sini... dan hanya akaun terakhir dapat diselamatkan...

Akaun pertama - Isnin

Ini adalah kesinanbungan akaun minggu lepas... Satu hari... lingkup... Dan melengkapkan teori aku... Hari Isnin, please... gi la tidur... jangan layan market... dan... er... takde komen dah...

Akaun ke dua - Selasa dan Rabu.

Akaun ke dua bagi aku memang sengit. Dan hanya kalau aku pegang teguh ada prinsip aku, keluar bila sampai target.. aku tak rasa akan wujud akaun ke tiga. Dan tu je alasan aku... Tamak.... end of story...

Akaun Ke tiga - Khamis...

dan ini akaun ke tiga... Tak sengit sebab aku terlalu berhati-hati... sampai target dah cukup... dan aku tutup...

Jumaat memang aku tak trade... Pengalaman aku, hari jumaat hari untuk orang-orang besar main. So aku tak join.. maaf.. aku ak cukup kuat...

Lagi nak tanya teknik aku apa... Aku praktikkan teknik CSR100 untuk TF 4h... dan teknik NickB untuk TF30m... boring tunggu tapi berbaloi... Well... tak banyak aku nak cerita... tu sahaja... aku ucap selamat...

Oh pasal momentum... hurm.. nanti la aku cerita... stay tune...

Monday, May 17, 2010

Minggu FX-002

Malam semalam aku tak dapat tidur... Kerana hati aku masih sakit... Dan kerana itu aku takkan maafkan... Emo... emo.... aish...
---



Tak banyak cerita. Ini adalah akaun demo yang aku buka selepas aku format pc aku... dan kalau kau orang tengok profit yang aku dapat adalah berdasarkan teknik CSR100... (Boleh click sini untuk pic setup CSR100).

Oh, pasal banyak rugi... Itu adalah kerana aku gatal tangan. Disebabkan aku trade pada TF4h, aku sepatutnya perlu biarkan order aku sampai mencapai target. Kebiasaan trade pada TF4h adalah untuk kaut jumlah pip yang banyak (min 100 pips).

Namun, semasa aku masuk trade, aku refer kepada TF30m. Keburukan bila monitor trade pada TF30m adalah mudah tertipu dengan minor trend. Dan kerugian yang aku alami adalah kerana mengikuti minor trend yang terdapat pada TF30m.

Iron rule pada CSR100 adalah trade with trend. Dan dia maksudkan major trend. Pada TF4H adalah major trend, downtrend. Maka, selagi aku sell, aku tidak ada masalah besar.

Tentu sekali akan ada kerugian semasa sell pada downtrend. Itu adalah kerana fenomena supply and demand. Selepas market turun terlalu banyak, maka ia akan di balas dengan uptrend sementara. Dan disebabkan SL aku adalah rendah (hanya 50 pips), trade aku tak mampu menanggung uptrend sementara ini.

Aku letak 50 pips SL adalah untuk memberitahu diri aku bahawa 50 pips ini adalah penentuan tentang entri order yang aku buat. Sama ada betul atau salah. Jika terkena SL, maka cara aku masuk adalah salah dan perlu diperbaiki lagi. Tak guna kalau kau tahu sekarang downtrend tetapi masuk semasa uptrend sementara. Itu gunanya merujuk kepada TF rendah bila membuat order.

Namun kadang-kadang, berdasarkan pengalaman, aku tak tunggu 50 pips. 30 pips pun aku dah tutup. Dan tu pentingnya melihat dan berfikir.

Aku nak cerita pasal momentum. Kerana kalau kau lihat 3 trade aku yang terakhir itu adalah hasil dari pemahaman aku tentang momentum. Namun aku fikir, aku belum habis study lagi pasal tu. Anyway, mungkin lain masa...

Aku ucap selamat.. Trade with ur own risk, trade with trend... and happy trading... selamat...!

Thursday, May 13, 2010

Format dan Forget...

Maka celaka la bagi mereka yang cuba hack email aku tempoh hari.

Semalam sehingga hari ini aku rasa cam haram. Semalam, aku pc aku buat hal. Bila aku nak tutup pc aku, ada satu program yang tidak dikenali sedang beroperasi yang membuatkan setiap kali aku nak tutup pc, aku terpaksa tekan 'End Now'. Aku jadi cuak.... Haha..

Aku suspect mungkin ada spyware dalam pc aku. Memandangkan email aku baru di-hack, aku mengambil langkah drastik, meng'format' pc aku. Tak tunggu punya, aku gi kedai... bukan, kau silap. Aku gi kedai beli antivirus je. Format aku buat sendiri. Benda simple je kot kalau nak format pc...

Agak lama lah juga aku format pc. Format pc tak susah, tapi leceh. Sebab software yang ada dalam pc dulu kebiasaannya aku tak buat backup coz aku tak tau pun camne nak buat backup software-software tu, dan aku pun memang tak kisah kalau semuanya dibuang. Bila format pc... aku lebih suka kalau pc aku seperti pc baru keluar kilang. Lapang sket untuk aku buat benda-benda baru.

Dan bila semua dah ok, dah install software-software yang aku nak guna, macam biasa la. Aku buka Metatrader. Dan macam haram...

Aku lupa nak simpan no akaun dan password akaun demo untuk minggu ni.



Aku bersedih. Putus cinta pun tak sedih macam ini. Yang aku dapat selamatkan hanya detail statement yang aku save pada 12 Mei pada 12 tengah malam.

Aish... Memang celake la orang yang hack email aku tempoh hari... Huh... Malam semalam aku takde trade apa-apa selepas aku format pc aku. Sehingga tengah hari ini juga tiada trade. Aku tak nampak apa-apa entri untuk aku masuk order.

Aku sedih... aku ucap selamat... so minggu ni tiada analisa trade ok... tapi aku akan ingat pe yang aku belajar minggu ini... Iaitu momentum... Nanti kita cerita lagi...

Wednesday, May 12, 2010

Ex bukan musuhku... kecuali...

Kau memang takkan aku maafkan... aish... emo lagi...

Aku teringatkan sesuatu semasa aku di university dulu.

Dahulu, apabila aku sedang bergembira-sedih putus cinta. Kawan aku tanya, "pasni boleh la buang semua no contact, fb ka apa ka...". Aku terdiam...

Untuk rekod. Aku tak pernah buang contact aku dengan ex aku. Adakah kau rasa janggal...? Hantarkan undian anda di bawah...




Sambung... then aku semyum... Dan aku jawab, "tak... aku takkan buang..."

Aku sayang mereka cuma tak seperti dulu (Ya betul, kecuali...). Lagipun buat pe nak buang betul. Esok mana tau dia telefon atau sms, terpacak juga nama dorang dalam buku telefon kau. Tak la tertanya-tanya siapa kah gerangan awek yang dari tadi duk kacau, no tak kenal... padahal ex sendiri... Huhu...

Lagipun, dia manusia juga. Macam kau orang. Dan selagi mereka manusia, kau takkan tahu bila-bila masa mereka mampu hapening kan hidup kau sekali lagi. Oleh itu, simpan la no tel dia baik-baik.

Aku masih lagi berhubung dengan dia (lagi sekali, ya... kecuali...). Kerana dia pernah meng'happen' kan hidup aku. Tanpa dia, aku tak macam aku sekarang. Sekurang-kurangnya ada seorang dari dia yang telah membuka mata untuk aku pilih jalan hidup aku sekarang. Seorang semi-fulltime trader..

Kadang-kadang rindu jugak time dulu kan? ( ya, kecuali...). Hendak juga aku tahu apa mereka buat sekarang. Aku manusia saja... ada hati. Boleh emo... Aku doakan dia gembira dengan hidup dia sekarang... (kecuali...)

Anyway, tu sahaja.. aku tak buang contact ex aku... Tapi tak tahu la kau orang... Aku ucap selamat...

---
Err.. aku tahu agak menjengkelkan entri ini. Bersabarlah ya... ini blog peribadi... huhu...
---

Tuesday, May 11, 2010

Aku trade bog*l ja. Edisi masuk order...

Celaka bagi kau yang sedang dan telah cuba meng'hack' emel aku tak tentu pasal. Dan jika kau, aku takkan maafkan... Aish... takda kerja lain ke nak 'hack' emel aku. Apa saja yang ada dalam emel aku tu beria-ria nak hack... haha... FYI, aku dah delete dah sume kejadah alam dalam tu...

Aku ucap selamat kepada kau ya... Jangan cuba... percuma... haha...

---

Aku banyak termenung semalam depan monitor. Memikirkan apa jalan terbaik untuk mula masuk order. Setup untuk CSR100 takde masalah. Tapi bagi aku masalahnya ada bila masa terbaik untuk masuk order. Ini penting supaya aku tak menanggung terlalu banyak float sebelum ianya profit.

Kau ada idea?

Dan aku ada idea. Err.. sebenarnya bukan idea aku. Ia dari ebook CSR100 dan ebook NickB. Untuk pengetahuan kau orang, mereka berdua merupakan naked trader yang hanya trade tanpa menggunakan apa-apa indikator dalam analisis mereka. Naked trade... bukan secara fizikal, tetapi secara maya... Kau dan otak kau... aish...

Menurut pemerhatian aku, nasihat mereka sama. Bila nak masuk order, pertama mesti berpandukan CS. Bentuk CS. Kerana CS adalah masa sekarang. Kerana CS adalah indikator terbaik yang aku boleh harapkan.

Aku tahu, banyak jenis. Dan kita tak perlu tahu semua. Kerana jika pemerhatian kau lebih, kau akan nampak setiap bentuk CS yang kuat mempunyai rupa yang agak sama...


CS yang mempunyai ekor yang lebih panjang daripada badannya.

Dan CS jenis ini mempunyai keboleh-harapan yang tinggi. Walaubagaimanapun, menurut ebook dari NickB, keboleh-harapan CS ini bergantung kepada turutan CS sebelumnya. Merujuk gambar di atas, lihat pada CS sebelum CS ekor panjang. Ada 3 turutan CS bullish. Turutan ini memberi maksud CS ekor panjang tu mempunyai keboleh-harapan tinggi untuk kita masuk order.

Walaubagaimanapun, itu hanya signal. aku tak masuk ketika nampak signal tu. Aku tunggu signal itu lengkap, dan pada CS yang baru terbentuk, baru aku masuk signal. Dan aku minta maaf... aku memang lemah bila nak menerangkan sesuatu. Dan untuk maklumat lanjut, ada baik kau telaah e-book yang aku letak kat bawah tu... huhu...

Aku cuba semalam ketika sedang tunggu first retest CSR100 dan kalau aku tak tutup awal, dah lebih 200 pip pun. Lagipun memang planning nak 200 pip pun seminggu. Stick to the plan eh... huhu...

Kalau kau tanya aku sedang buat apa sekarang. Aku sedang memerhatikan GJ, EJ dan GU pada TF4H. Ke tiga-tiga pair ini aku buka bersebelahan. Menunggu jika CS ekor panjang itu muncul. Pukul 4 petang hari ini baru nampak ada ke tidak CS berekor panjang ni...

---
Lupa nak bagitau... walaupun aku trade kat TF4H... aku masuk order bergantung kepada TF15m.. mean.. aku nampak signal kat TF4H... then aku gi kat TF15m untuk masuk order.. guna cara sama...
---

Anyway, ini hanya pengalaman aku. Trade with your own risk. Aku ucap selamat...

Dan kalau kau tak faham lagi...
CS - Candlestick
TF4H - Timeframe 4 hour
FYI - For your information

E-book yang aku baca di kala ini...
  1. The NickB Method 2010 Edition e-Book
  2. CSR100 E-book
Selamanya naked trade... selamat...

Monday, May 10, 2010

Hidup seorang Bachelor of.... #1

Dan aku takkan maafkan... Seumur hidup aku, aku takkan maafkan... Eh... maaf, sedikit emosional di situ... takpelah, lagipun baru kena dengan tajuk blog kan...

Apa khabar kau orang... sihat? bagus. Hari ini takde pelajaran forex. Saje buang masa menulis. Tiada hala tuju aku menulis entri ini.

Untuk pengetahuan kau orang, aku sekarang ada di rumah. Seminggu sudah. Ya, bukan terlebih sudah. Dan aku harap selama-lamanya aku duduk di rumah tercinta ini. Syurga kan... Lagipun ada lagi syurga dalam rumah ni. Betul, kau belajar agama tinggi-tinggi kalau tak tau syurga di bawah tapak kaki ibu memang tak guna la ko belajar...

Tak banyak benda terjadi. Hm... Sebenarnya banyak. Cuma tak larat nak cerita. Aku gembira di rumah. Ada kawan. Ada rakan chatting. Ada famili. Ada pc dan internet laju. Dan ketahuilah, ini semua pelengkap kepada hidup aku.

Disebabkan aku fresh-graduate, so ayah aku cakap, "Duk la rumah sebulan ni. Cuti... Nanti gi la cari kerja...". Heaven? ko silap... Ayah aku kata begitu sebab dia tahu aku mahu jadi full-time trader. So, ayat dia kalau diterjemahkan kepada bahasa yang hanya anak-anak dia faham, "Duk la study forex tu, ayah nak tengok result. Takde result, gi la cari kerja. Terjamin masa depan. Sudah-sudahlah main game..."

Anyway, ayah aku memang rock... haha...

Seminggu ni aku banyak melepak dengan member-member. Hilang tensen. Bertukar pendapat. Mengingati masa lalu. Dan tak ketinggalan juga beberapa lawak-lawak bodoh. Dan itu membuatkan hidup aku agak happening. Aku tak minta sesuatu yang besar, kalau kecil pun tapi menggembirakan aku, aku dah cukup rasa bertuah dah. huhu...

Sekarang, semasa entri ini di tulis. Aku sedang aturkan hidup aku sebulan ini. Aku pun taknaklah hidup aku depan pc je. Aku perlukan projek baru. Projek yang mampu menggerakkan minda muda aku ni. Aku patut mula cari pasal sekarang, bila ada masalah, baru kepala berjalan... Betul? huhu...

Oh, betul aku nak tahu... kau orang macam mana sekarang? serius... tepek kat komen...

Nanti aku senang aku sambung celoteh lagi... sementara tu... aku ucap selamat...

Friday, May 7, 2010

Minggu FX-001

Entri ini aku tulis 30 minit sebelum event NFP. Entri ini aku tulis awal kerana aku kena margin call. So basically, ini macam journal forex aku la juga. Oh... jangan sedih ya. Ini akaun demo. Be glad, sebab ianya bukan akaun nyata. Namun be unglad, margin call ini memberi makna aku masih tidak bersedia.

Ini adalah penangan CSR100 kecuali yang rugi 6297051. Yang untung memang kurang masyuk sebab TS yang aku letak amat kecil, 15 pips. MAsih dalah RnD lagi... huhu...

Kerugian
  • 6196043 - Tidak merujuk major trend pada TF paling tinggi
  • 6239655 - Masuk order ketika CS belum habis tutup.
  • 6297051 - Ni tak ikut CSR100... Dah sampai target tutup la... n sebab mengingkari amaran CS
Keuntungan tak payah komen la ya... Kerana semua setup CSR100 aku patuhi. Minggu ni aku pelajari lagi yang
  • Rujuk trend semasa pada TF tinggi
  • Tunggu CS baru, then baru buat keputusan.
  • Jangan gatal tangan masuk order bila sudah cukup target.
  • Aku fikir aku lebih selesa jika CSR100 disetup pada TFH4 dan TFDaily
  • Tolong, CS adalah indikator terbaik. Maka lihat la ia ketika memberi amaran. Lihat pada semua TF terutama TF yang tinggi...
Aku perasan agak tidak sukar nak lihat ada spike ke tidak. Kerana ketika aku rugi yang last, aku perasan ada setup CSR100 kat situ dan ada satu CS yang menunjukkan aku tidak patut sell di situ pada TF daily...

Pengetahuan CS dan SnR line penting... Itu yang membantu aku untuk profit pada minggu ini. Ketidaksabaran dan tiada displin itu yang membantu aku untuk loss pada minggu ini. Aku fikir, musuh utama aku pada forex minggu ini adalah kerana aku kurang displin...

Kau, aku ucap selamat... Semoga kita sama-sama pip hijau...

Thursday, May 6, 2010

Displin... #4

Berapa kali aku cakap....

  • TUNGGU CS BARU KELUAR, BARU BUAT KEPUTUSAN...

Aish...

Tuesday, May 4, 2010

Forex - CSR100

Orang kata, mana jauh kau pergi, kau mesti pulang ke rumah. Balik ke pangkal jalan. Itu kalau kau merantau. Kalau orang putih punya pula, back to basic. Dan itu sesuatu untuk kau yang sedang melakukan sesuatu.

Bertahun... err.. lebih kurang 2 tahun aku dalam dunia forex, haram masih tak mampu untuk konsisten. Aku agak kerap tukar teknik, mencari sesuatu yang orang putih kata, Holy Grail. Aku tertarik ada satu blog dia katakan...

I've been looking for the Holygrail in forex for the rest of my life. Recently I really found it.

"The real holygrail in forex is to understand there is no holygrail."

That's it. The one who are able to understand what's that mean will really find the holygrail.
Back to basic. Mana jauh aku pergi untuk mencari teknik, aku akan kembali ke satu teknik klasik tetapi profit. Dan ketahuilah kau orang, ini adalah kali ke 3 aku kembali ke pangkuan CSR100.

Aku cerita sedikit tentang CSR100 secara ringkas. CSR100 adalah singkatan kepada Classic Support Resistant.Ia diasaskan oleh bro JGV100 (boleh semak sejarahnya di sini). Sejajar dengan namanya, teknik ini amat menekankan tentang penggunaan support dan resistant line, sebagai panduan untuk masuk order. Dan ketahuilah kau, ini adalah salah satu pengetahuan asas dalam teknikal analisis forex.

Yang buat aku tertarik kerana keberkesanannya dalam analisis tanpa bantuan indikator. Dan aku amat tidak menyukai indikator. KISS - Keep it Simple and Smart. Dan ianya juga tidak memerlukan aku untuk melukis terlalu banyak garisan-garisan yang aku tak perlukan. Ya, graf kau tak serabut.


Credit to CSR100

Ia ada beberapa langkah yang kau perlu ikut sebelum buat entry. (Aku terangkan mengikut kefahaman aku...)
  1. Lihat trend dalam timeframe yang besar. Kalau uptrend, then entry yang masuk mesti la buy. Dan sebaliknya untuk downtrend.
  2. Lihat kemunculan breakout. Ini boleh dilakukan dengan melukis resistant dan support line.
  3. Then tunggu sehingga terjadinya RBS( Resistant become Support) atau SBR ( Support Become Resistant).
  4. Retest sebagai tempat untuk masuk entry.
Ni adalah penerangan ringkas. Kau leh gi sini untuk maklumat lanjut. Dalam forex, aku yakin, selagi kau trade with trend, kau akan kurang risau. Kurang stress. Aku akan post nanti akhir minggu apa yang aku dapat dari teknik ni setiap minggu.

Ini untuk peringatan kepada aku pada masa depan. Sekiranya aku pergi jauh dan mahu kembali pulang ke asas, aku leh revise teknik ini semula. Semoga kita sama-sama menghijau di sepanjang perjalanan forex kita...

Aku ucap selamat....

Sumber:-
http://csr100.blogspot.com
http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=56686

Monday, May 3, 2010

Seleksi lagu yang aku dengar baru-baru ni...

Dan aku tak pernah peduli ianya lagu baru atau lama...





Cris Velasco - Brothers of Blood



Selamat...

Sunday, May 2, 2010

Kecelakaan dibalas dengan kecelakaan

Karma... Itu yang berlaku kepada aku semalam. Dan itu yang aku dapat apabila aku memandang diri aku dari perspektif ke tiga. Dan itulah berita buruk yang aku dapat namun tidak pernah menjadi orang pertama yang mengetahuinya.

Aku percaya karma. Aku percaya setiap perbuatan akan ada pembalasan. Dan hari itu, maksud aku semalam, aku mendapat kecelakaan yang sama seperti kecelakaan yang dialami oleh seseorang yang menjadi mangsa atas kecelakaan yang aku berikan dahulu. Kau faham?

Abaikan. Anggap sahaja yang berlaku semalam adalah sama yang berlaku kepada orang lain. Ia satu wabak, satu kitar wabak dan puncanya hanya satu. Yang tiada dapat dihapuskan selagi Tuhan belum menamatkan masanya.

Tiada sedih dalam hati. Hanya marah kerana dipermainkan. Aku melihat api disetiap perbuatan aku. Dan barangkali ini yang dilihat oleh kau kawan ketika aku memberikannya kecelakaan sebegini rupa kepada kau.

Aku minta maaf kawan, kita sepatutnya tahu yang kita dahulu sedang bermain dengan lalang yang mengikut kemana sahaja angin pergi. Dan jika lalang ini tiada, betapa senang kita berdua menempuh hari-hari kita tanpa rasa marah. Dan aku percaya, masa kita tidak dibazirkan dan kita lebih awal bahagia...

Aku marah. Tiada sedih. Tiada air dan hanya ada api. Aku hanya nampak api. Jika aku sedih sekalipun adalah kerana aku tiada melihat titisan ihsan kemaafan yang mampu aku berikan. Terlalu jauh hati aku pergi, dan kerana itu... selamanya aku tidak akan maafkan...

Namun, bila aku menarik pandangan aku ke perspektif ke tiga. Melihat diri aku sekarang. Aku ketawa. Aku nampak segalanya. Dan aku tahu apa aku perlu buat sekarang...

Aku tak perlu berdendam. Aku tak perlu melakukan apa. Aku hanya harus memastikan aku hidup lama. Terlalu lama dan lebih lama. Hanya untuk melihat karma...

Kecelakaan dibalas dengan kecelakaan. Aku percaya... aku akan melihatnya lagi... seperti kau kawan, yang melihat aku sekarang... Dan aku percaya, kau bahagia sekarang kawan, kerana kau dilepaskan awal sebelum sesuatu yang lebih serius berlaku.

Api dalam diri aku marak menyala. Ditambah dengan hilaian tawa. Aku bersyukur, kerana dilepaskan awal. Sebelum semua menjadi terlalu serius. Aku yakin, jika ia telah menjadi serius, benda yang sama akan berlaku.

Aku kini berdiri. Melihat dari tempat tinggi. Hanya menanti dan tidak berbuat apa. Semata-mata untuk melihat karma... Kecelakaan dibalas dengan kecelakaan... Dan aku pasti aku akan melihatnya semula...

Wednesday, April 28, 2010

Perihal perspektif ke tiga...

Hari ini aku keluar untuk mengerjakan sesuatu... Dan sepanjang perjalanan aku dari bilik hingga ke kereta aku cuba mengimaginasi diri aku dipandang dari sudut perspektif orang ke tiga.

Bayangkan sekali bersama aku boleh ya kawan...

---

Aku bayangkan... seorang lelaki, berjalan laju dan dalam hatinya hanya mahu menyiapkan kerja yang dirancangnya lewat malam semalam...

Hari itu seperti biasa. Namun tidak pernah diketahuinya yang sesuatu yang bakal berlaku dalam dirinya adalah tuah untuknya pada hari itu... Sesuatu yang membuatnya rasa senang. Tiada lagi kerungsingan yang akan berlaku padanya untuk hari itu. Itu rahmat Allah, yang memberikannya kesenangan dalam hidupnya pada hari itu...

Namun, tidak pula dia ketahui yang pada akhir hari itu... Dia akan dikecewakan... Yang bakal menarik segala tuahnya pada hari itu. Walau suasana zahirnya baik dan sempurna... Namun kecelakaan itu akan menyiksa seumur hidupnya... Kerana ianya telah melibatkan hati... Yang selalu dijaga baik olehnya...

Dia teruskan perjalanan, tanpa memikir apa nasibnya awal hari itu... dan apa nasibnya akhir hari itu... Allah amat adil... Sebab Dia bakal memberikannya berita buruk namun didahului dengan berita yang baik... Dan itulah Dia... kerana baik dan buruk... adalah lumrah dalam hidup manusia...

Dia duduk, menghidupkan kenderaannya... tanpa mengetahui apa yang bakal berlaku hari ini dalam hidupnya... Duduk tenang, dan terus memandu, mencuba menyelesaikan urusannya hari itu...

Semoga dia cekal menempuhi dugaan dalam hidupkan pada hari itu... Terutama... pada akhir hari itu...

---

Siapa sangka... walau jalan yang singkat seperti itu, aku imaginasikan masa depan aku sendiri... dan siapa sangka... ianya berlaku... dan aku khuatir... akhir hari ini... ia bakal berlaku... Aku ucap selamat kepada kau orang semua..

Tuesday, April 13, 2010

Liar Game 2 OST - Garden of Eden



Takde kata-kata yang mampu mengambarkan perasaan aku sekarang... Hanya lagu ini yang menjadi setiap kata dalam hati aku sekarang...

Enjoy... Dari drama Liar Game Season 2...

Tuesday, March 23, 2010

Serius.. jangan marah... aku update la nanti.. bagi la aku sampai awal bulan Mei.... Menggila la aku sibuk sekarang... sori la kawan-kawan ya...

Tuesday, March 2, 2010

Displin... #3

Hari ini aku belajar lagi satu perkara...

  1. Kalau ada bearish atau bullish full body, dan selepas tu ada doji atau sewaktu dengannya... aku leh counter. Dan kalau ia masih follow trend lama, aku kena sabar melihat...
  2. Mind SL kena up lebih sket dari bese...
  3. Sentiasa monitor... coz ni counter-trade...
  4. Mind TP ikut la mana dia nak gi... bese banyak je kalau dia g...
Candlestick as indicator masih bertakhta di hati...

N baru MC... So, sempena dengan MC ni... ada beberapa perkara yang aku belajar...

  1. USD dan Yen gerak seiring... so ada lebih baik jangan trade EU dan EJ serentak...
  2. Euro berkemampuan untuk kekal trend lebih lama, tempoh 180 min...
Hurm... hati terluka... rasanya senang lagi dengan UJ... bila aku cuba trade 3 pair serentak mesti ada yang tak kena...

Friday, February 26, 2010

Displin... #2

Malam ni aku belajar sesuatu lagi.

  1. Candlestick memang betul-betul indikator yang mempunyai kebolehharapan yang tinggi.
  2. Jangan sesekali serang balas setiap loss dari news.
  3. Penggunaan EA untuk close trade. Hidden TP and SL
  4. Sampai target... TUTUP!!!
Aku ucap selamat...

Monday, February 22, 2010

Ada seorang perempuan...

Ada seorang perempuan, yang aku sukai. Tapi tak pernah aku beritahu kepadanya. Dan ia berlalu begitu sahaja.

Ada seorang perempuan, yang benar mencintai aku sepenuh hatinya. Namun, tak pernah benar mempercayai aku. Lalu melepaskan aku, tanpa sebarang tanya.

Ada seorang perempuan, yang benar percayakan aku. Namun, tak pernah benar mencintai aku.

Ada seorang perempuan, yang benar aku cintakan dia. Namun, tak pernah mencintai aku. Lalu berakhir dengan rasa...

Ada seorang perempuan yang aku sayang, dan dia menyayangi aku. Namun tak pernah kami luahkan. Kerana antara kami, masih punya rasa lain yang berlainan.

Ada seorang perempuan, yang pernah menyukai aku, dan aku menyukai dia. Namun antara kami tak pernah berlaku apa.

Ada seorang perempuan, yang pernah menyukai aku, dan aku menyukai dia. Dan barangkali jika diberikan masa, kami mungkin jatuh cinta. Namun, tak pernah aku mampu untuk menerimanya...

Ada seorang perempuan, yang pernah aku suka, namun tak pernah menyukai aku. Mengambil masa yang lama, cuba untuk menerima aku. Dan gagal menerima aku.

Ada seorang perempuan, yang lagaknya seperti mencintai aku, tidak di hatinya. Dan masa yang mengadili segalanya...

Dan dalam banyak-banyak perempuan ini, tiada seorang yang betul boleh aku sandarkan, jika hati aku betul-betul amat memerlukan. Kerana aku sentiasa amat memerlukan. Bukan diri, bukan rasa, bukan fikiran, bukan ucapan... Apa yang aku perlukan hanya hati... hati yang sempurna...

Namun... aku harap... Ada seorang perempuan, yang lebih baik dari perempuan-perempuan ini, yang benar cinta, sayang dan percayakan aku. Yang mahu balas, rasa dan luahkan rasa itu. Yang baik, cantik dan jujur dalam setiap hatinya kepadaku.

Aku akan tunggu. Jika perempuan-perempuan ini, dan perempuan ini, satu hari nanti mampu buka semula hati aku, untuk terus percaya... yang cinta... bukan sesuatu yang aku mampu sangkalkan akan sifatnya...

Seperti apa yang berlaku pada pagi ini...

Aku ucap selamat...

Thursday, February 18, 2010

Displin...

Hari ini aku belajar beberapa perkara :-

  1. Rehat satu bar selepas close
  2. 20 pips mind stop-loss
  3. Dengar apa CS nak beritahu... Terutama bila dia diam sebentar
  4. Monthly Pivot
Sekian...

Tuesday, January 26, 2010

Aku dan game...

Kalau camtu, kenapa kau main...?
Aku tak tahu kenapa, baru-baru ini aku agak terjerumus dalam kancah tipu menipu ni. Aku kerap tengok cerita tentang tipu menipu orang. Aku rasa seronok, bila lihat bagaimana manusia senang dimanipulasikan...

Ya, secara moral itu tak baik. Mak aku pernah kata tipu boleh masuk neraka...

Walaupun ianya adalah subjek yang menarik, menipu orang maksud aku. Namun tak pula aku katakan ianya adalah sesuatu yang aku perlu buat... Aku suka ambil tahu bagaimana caranya, dengan harapan benda yang sama tidak berlaku kepada aku.

Walaubagaimanapun, aku juga menipu...

Banyak game PC, dan PS2 yang aku main. Namun tak pernah aku bermain dengan jujur... Dan sebab itu member aku tanya... kenapa perlu main...

Aku pandang dia... Aku kata aku terlalu tua untuk bermain game... Aku dah tak rasa ianya sesuatu yang menarik untuk aku kerap mengadap. Walaupun macam tu, aku tetap juga mengadap...

Bukan kerana game itu sendiri menarik... tetapi cara memanipulasikannya adalah menarik...

Tiada satu game pun aku main dengan jujur... Aku akan cari cara untuk memanipulasikannya untuk kepentingan aku sendiri. Dan itu satu cabaran bagi aku, cabaran yang lebih besar dari menghabiskan masa bermain dengan jujur...

Lagipun, ramai orang kata main game buang masa kan?

Aku anggap ianya senaman otak. Mengasah daya pemikiran aku. Aku tahu ramai tak setuju dengan aku... Well, aku tak marah... Kau dengan pemikiran kau, aku dengan pemikiran aku... Lagipun benda ni melanggar kod etika seorang gamerz kan.. huhu...

Dalam hidup aku, aku diajar untuk berfikir... Bukan mengikut... Dan dalam kepala aku kerap ada perbalahan... Memaksa aku berfikir... sesuatu yang orang lain selalu tak endahkan...

Anyway, aku tak gelar diri aku gamer... Dalam dunia game.. aku lebih suka menggelarkan diri aku cheater...

Huhu... Aku ucap selamat... Oh, sayang... saya tak tipu awak.... tipu hanya saya gunakan kalau ianya tidak memudaratkan sesiapa...

Ucap selamat kepada kau orang semua...

Tuesday, January 5, 2010

Seminggu lepas aku tidak buat apa-apa. Banyak masa aku habis dengan tidur, game dan makan. Dan masa-masa begini, kau tau... aku sedang sunyi...

Mungkin... tapi aku tak rasa begitu. Bukan sunyi yang buat aku tidak mampu bergerak.

Aku ada masalah. Ia adalah masalah putus asa.

Seminggu lepas aku betul-betul sampai breakpoint aku. Aku abaikan semua benda dan merasa kasihan kepada sendiri.

Aku makan, main dan tidur.

It's pity... sebab aku mulai membuang masa...

Aku harap ini tidak terus berlanjutan...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...