Followers

Gamers

Monday, December 29, 2008

Letto - Sebelum Cahaya

Letto - Sebelum Cahaya


Sebelum Cahaya - Letto
Ku teringat hati
Yang bertabur mimpi
Kemana kau pergi cinta
Perjalanan sunyi
Engkau tempuh sendiri
Kuatkanlah hati cinta

Chorus:
Ingatkan engkau kepada
Embun pagi bersahaja
Yang menemanimu sebelum cahaya
Ingatkan engkau kepada
Angin yang berhembus mesra
Yang kan membelaimu cinta

Kekuatan hati yang berpegang janji
Genggamlah tanganku cinta
Ku tak akan pergi meninggalkanmu sendiri
Temani hatimu cinta

Chorus

Ku teringat hati
Yang bertabur mimpi
Kemana kau pergi cinta
Perjalanan sunyi
Engkau tempuh sendiri
Kuatkanlah hati cinta

Chorus

***

Sejak masuk semester baru, aku suka dengar lagu ini. Mungkin kerana liriknya, tapi aku rasa lebih kepada muziknya.

Ia membawa aku kembali kepada masa sebelum aku mulai mencintai orang lain. Sebelum masa hati aku dihuni oleh cahaya.

Saat di mana aku rasa cinta itu datang, namun aku tidak mengerti rasa itu. Aku rasa tenang. Aku tahu, ia adalah perasaan yang tenang.

Heh, pendek kata, aku pun tak mengerti mengapa masa itu adalah sesuatu yang amat tenang. Aku suka lagu ini. Buat aku teringat kisah lalu yang lebih menyenangkan.

Dan juga buat aku rasa, masa yang lalu hanya boleh aku kenang. Masa depan lebih penting bukan?

Enjoy ya...

Friday, December 26, 2008

***
Dia kata... Setelah dia mati, dia taknak jadi hantu untuk temani sepanjang hidup aku lagi.

Tapi, aku masih mahu dia jadi hantu untuk aku, untuk temani aku agar aku tak sepi. Menjadi manusia terlalu banyak pantang larang. Aku rela jika dia jadi hantu untuk temani hidup aku.

Cuma aku tak harap muka dia hodoh dan seram. Boleh tak jadi hantu yang cantik...

Heh, tapi apa daya aku. Tapi, jika dia berubah fikiran untuk jadi hantu aku semula, aku akan menyambut dengan hati terbuka.

Kerana aku sendiri tidak rasa seperti manusia biasa, barangkali benar...

Akulah hantu sebenar... takut? Jangan takut, aku tak makan orang. Aku datang dekat kalian hanya untuk bermain...

Selamat ya...
***

Speed typing test

Aku selalu kata aku mampu menaip dengan laju. Hari ini baru aku sedar aku tak la selaju mana.

36 words

Typingtest



154 points, so you achieved position 945495 of 1661324 on the ranking list


You type 199 characters per minute
You have 36 correct words and
you have 0 wrong words

Haha...

Walaubagaimanapun, aku tahu kenapa aku lemau dalam test ni.
  • Bahasa Inggeris
  • Tidak cekap membaca
  • Struktur ayat yang sukar diingati
Menjadi kebiasaan apabila membuat entri di dalam blog, aku fikir dahulu apa nak tulis. Maksud fikir di sini adalah mengingati perkara penting yang nak di tulis. Selebihan hanya naluri dan pengalaman.

Menaip dalam bahasa bukan Melayu dengan laju memang tiada dalam bakat aku. Huhu...Kemampuan aku untuk menaip dengan tidak memandang keyboard terhad kepada perkara yang ada dalam fikiran aku sahaja. Andai diberikan aku satu petikan cerpen dan mahu aku menaipnya semula, ia pasti akan memakan masa yang lama berbanding jika aku ingat petikan cerpin itu.

Walaubagaimanapun, aku fikir ada cara mahu kalahkan permainan (?) ini. Huhu... Tapi taknak bagitau... hehe... apa kata kalian cuba...? Ada bran?

Thursday, December 25, 2008

Let love fill in the air. And we can live happily ever after...




Katanya...

I am in love
Love person who love me
If you hate me
Then nothing I can do
Because my life does not goes around with it
Why not we fill this world with love
Let love fill in the air
And we can live happily ever after


Heh, bukan dari aku tapi dari seorang teman, kawan...

Simple je kan namun memakan hati aku. Baru-baru ni aku lost faith in love. Banyak kejadian dalam hidup aku baru-baru ni menafikan kuasa cinta itu adalah segalanya.

Dunia serba moden, hidup aku sering dikelilingi dengan masalah yang biasa dihadapi oleh manusia biasa. Duit...

Aku lihat bagaimana manusia berubah hanya kerana duit. Hilang kasih sayang sekelip mata hanya kerana duit. Bergaduh dan bertekak hanya kerana duit.

Dan semua peristiwa itu melahirkan aku yang percaya duit dan kemewahan itu kuasa yang terhebat untuk zaman yang aku duduki ni.

Walaubagaimanapun, kata-kata dari teman itu menyentuh perasaan aku. Simple je ayat dia namun aku tak tahu kenapa, ia amat menyentuh perasaan aku.

Biarkan cinta memenuhi ruang udara, dan selamanya kita akan hidup gembira.


Aku fikir, jika manusia tidak dijadikan dari tanah dan lumpur yang berbau, manusia sekarang akan menjadi baik dan aman. Tetapi bersyukur ya, kerana Dia telah ubah dari buruk kepada kemuliaan kepada kita, manusia. Dalam kotor takpa, pelan-pelan cuci. Luar dah elok dah, tak payah susah-susah nak ubah.

Lagipun, kalau dalam dan luar kita baik, aku tak fikir dunia akan menjadi tempat yang interesting kan.

Teman, kemahuan kau besar. Mengajak aku memenuhi dunia dengan cinta. Maaf, aku tak daya sekarang. Aku telah meletakkan diriku untuk dunia yang serba ada.

Namun, aku gembira jika satu hari nanti, kau mampu menjadikannya realiti. Aku pasti, tahkala kau berjaya merealisasikannya, aku ketika itu telah penat dengan duniaku. Maka ketika itu ajaklah aku. Aku akan mengikutnya, bersama kamu, bersama temanmu, bersama-sama... memenuhi ruang udara dengan rasa segar, rasa cinta...
Lama tak menjiwang kan...? Haha... Thanks frend...!!

My Brilliant Brain : Make me genius

Hanya nak kongsi wawancara dari National Geoghrafic. My Brilliant Brain - Make me genius. Kisah Susan Polgar dilatih untuk menjadi genius dalam catur. Siapa dia, wiki sendiri k.

Aku suka tengok dokumentari ni. Kadang terfikir kenapa aku tak jadi macam dia. Menjadi genius. Hm...

Enjoy k...

My Brilliant Brain : Make me genius part 1 of 5


My Brilliant Brain : Make me genius part 2 of 5


My Brilliant Brain : Make me genius part 3 of 5


My Brilliant Brain : Make me genius part 4 of 5


My Brilliant Brain : Make me genius part 5 of 5

Wednesday, December 24, 2008

Siri nak masuk semester baru

Ya selamat. Masa amat mencemburui aku. Cuti nak habis dan aku masih belum puas tekan-tekan butang lagi. Ya.. ya.. main game. Apa lagi yang aku tahu bila aku cuti. Betul tak?

Semester baru ni bakal meragut segala macam hidup aku. Sebab... aku akan mula bikin PSM. Apa tu, kalian tak tahu? Projek Sarjana Muda tahu. Ya, belajar tinggi-tinggi buat apa kalau tak di'test' pada sesuatu, contoh kat sini adalah membuat projek.

Saat inilah segala macam benda yang ko belajar dari tabika sampai universiti ko akan guna untuk siapkan satu projek.

Celakanya, ko akan guna banyak waktu. Baca banyak buku. Jumpa ramai orang. Mula bercakap dan menulis. Dan lebih memeritkan aku, hilang masa untuk diri aku sendiri. Oh, aku tak boleh hidup tanpa bermain game, membaca yang-kau-orang-kata nonsense dan tidur lebih masa.

Tapi baiknya, kemungkinan besar aku akan jadi manusia berguna kepada masyarakat. Lebih baik lagi 'pointer' aku mungkin boleh naik dan... jap, kenapa mesti guna mungkin? Celakanya...

Bagi aku, PSM ni 'ace' aku yang terakhir untuk dapat kerja nanti. Ya, aku kena kerja sara hidup aku dan keluarga aku esok. Mereka dan aku perlu duit ,tahu? Satu unsur yang ramai manusia sekarang sanggup buat apa sahaja untuk memilikinya, benar?

Hm, apa lagi kalian mahu tahu...? Aku tak ada nak cakap dah. Aku nak sambung main ps2. Aku ada lagi 4 hari nak habiskan semua game yang aku ada. So, selamat ya...?

Tuesday, December 16, 2008

Bulan menerokai, benar?

Bermain. Cuti adalah masa untuk bermain. Ya, orang sekarang sibuk dengan Playstation 3, tapi aku masih sibuk mengadap Playstation 2. Tahu, Harvest Moon : A Wonderful Life.

Bertani dan menternak binatang ternakan adalah rutin permainannya. Jika mahu lebih baik, berbaik-baiklah sesama jiran. Ya, ia mengisahkan sebuah kehidupan.

Jika kalian punya sebidang tanah yang berpotensi untuk diusahakan, masakan mahu menjualnya. Bermain permainan ini agak menyentuh perasaan aku. Hm, hidup aku di dalam permainan itu hampir seperti kehidupan yang aku inginkan kelak. Berada di tempat yang tenang, melakukan kerja sendiri dan keluar peluh.

Seperti, hm... adakah baik, jika aku usaha mencari modal, mencari tanah dan mengusahakan seperti aku mengusahakan di dalam permainan itu. Ya, profeson yang tidak glamor tapi masih menguntungkan. Susah? mana kerjanya yang tidak susah, benar?

Aku suka hidup aku di dalam permainan itu. Namun realitinya, aku tahu. Jika aku mahu merealitikan kehidupan aku di dalam permainan itu, ia bukan sesuatu yang mampu dicapai dengan bermodalkan duit dan tanah. Aku perlu kerja keras.

Beli sebidang tanah. Buat rumah di situ. Ternak lembu atau kambing, atau ayam. Bertani, bercucuk tanam. Bergaul dengan mereka yang tenang dan jauh dari kesibukan kota. Aku fikir, tiada kehidupan yang lebih baik dari itu.

Tapi, bila lihat tangan aku yang lembut dan laju menaip, barangkali ia bukan tangan yang mampu mengangkat cangkul dan memberi makan ayam. Akan tetapi, jika ada peluang, aku pasti mahu mencubanya...

Hei, siapa kata ia profeson yang tidak menguntungkan. Rajin-rajin tengok tv k, bukan akademi fantasia atau sehati berdansa. Tetapi wawancara, boleh?

Lagipun, berpeluh itu bagus bukan...? Heh...

Monday, December 15, 2008

Jam 4

Peh... dah bersarang kat sini. Nama je cuti tapi malas updated. Sebab...

Aku homey, so hidup punya rutin. Bangun, makan, kerja, main, tidur. Setiap hari sama, maka tak jauh ke mana kepala aku mampu pergi untuk aku luahkan di sini.

Seperti biasa. Jam pukul 4.25pagi dan aku masih belum tidur. Duduk di rumah kulit aku tidak di ratah matahari. Dan sebab itu kelawar macam aku masih bangun bukan mencari makan, tetapi melunaskan nafsu terhadap kemewahan dunia internet.

Porno? haha... aku tak secelaka itu. Nafsu yang ku katakan adalah infomasi. Bayangkan, betapa bosannya aku semalam, aku buka wikipedia semata-mata nak baca apa tu virus-T. Ada yang akan kata tiada manfaat membaca benda yang tidak wujud, tetapi bagi aku... hm... selagi aku enjoy, aku tak rasa ianya adalah sia-sia.

Puas menonton Chocolate, tengok perempuan belasah lelaki. Bila lihat rambut watak itu, aku teringat Syarifah Hadli, eh jap... dia kot yang berlakon. Macam dia je. Haha... aku bergurau ya... Bila fikir balik, boleh ke dia ber'tomoi'. Gentar seh...

Ada lagi 2 minggu untuk balik ke UTM. Secara jujur, aku tak sukakan suasana di sana. Senang rasanya duduk rumah, hidup di bilik kecil ni. Bermain dan bekerja sesuka hati. Makan dan tidur semahu hati.

Aku harap, hidup aku di masa hadapan juga begini. Punya bilik kecil yang penuh dengan kehidupan. Aku fikir, aku tak minta banyak. Jangan ganggu hidup aku, dan aku tak ganggu hidup kau. Aku sedang bahagia sekarang.

Aku semakin dewasa kan. Semakin punya peluang yang tipis untuk hidup seperti itu. Lagipun, ada orang yang mencintai aku sedang menunggu untuk aku berubah rasa, berubah arah dan berubah diri. Menjadi manusia normal, menjadi pemimpin.

Sekian, celoteh jam 4...

Friday, November 28, 2008

Menjadi terlalu cinta merbahaya tahu...!

Aku baru baca blog aku dan si dia. Blog untuk kami luahkan perasaan antara kami. Dah2... toksah cuba cari, aku dengan dia je boleh baca. Kadang ada benda yang kita tak boleh cerita secara terbuka kan?

Aku akui mengabaikan si dia semenjak aku cuti ni. Kenapa kau tanya? Sebab aku ada mak pengganti si dia. Dan sila berfikir rasional. Yang aku maksudkan aku ada tempat untuk makan makanan sedap.

Bukan nak kata mak aku tu tukang masak aku, tapi dah dia sorang je yang berupaya masak untuk kami sekeluarga. Nak kata apa lagi kan. Sendiri fikir la.

Namun, aku akui aku rindukan si dia. Nak jumpa? haha... aku kalau dah duduk rumah maaf sikit nak keluar. Malas.

Kadang aku bangga dengan diri aku, tak, aku memang bangga dengan diri aku. Kalau dulu cinta menguasai aku, kini aku menguasai cinta. Aku mula fasih dengan mana aku harus utamakan dahulu.

Menjadi terlalu mencintai si dia memang membunuh ku. Punya perasaan menyayangi orang seperti aku menyayangi ex2 aku dulu memang mampu membunuh. Jika kalian pernah bercinta kalian akan faham.

Aku selesa sekarang menyintai dia. Cukuplah... dia tak mengulang sejarah cinta aku dahulu dan itu cukup untuk aku terus mencintai dia.

Cukup untuk mencintai dia, dan aku harap, selamanya aku mampu menyintai si dia. Kerana aku fikir, seperti tajuk entri ini, jika ia keterlaluan, ia akan jadi merbahaya.

Menyintai perempuan itu penting, tahu. Tapi terlalu menyintainya adalah merbahaya...

Tidakkah kalian fikir begitu...?

Thursday, November 27, 2008

Masa depanku adalah dunia semasa kecilku...

Cuti di rumah memang menyeronokkan. Kau tak fikir nak turun ke cafe beli makanan. Kau tak fikir nak siapkan projek dan assignment. Kau tak fikir hidup kau sedang dalam kesempitan wang. Aku suka cuti di rumah.

Tapi cuti aku tak di sia-siakan. Tahu bukan aku sedang mendalami dunia forex. Ya, masih baru dan aku masih mencari kaedah yang amat sesuai untuk aku. Hm... boleh kira aku sudah jumpa tetapi ilmu takkan habis di tuntut kan. Aku hanya mahu sempurnakan saja. Untung? Haha... setakat ni boleh la.

Cuma baru-baru ini aku ditewaskan oleh kekurangan displin. Yup, aku sedang rugi yang amat. Mengenang aku dahulu, barangkali aku sudah tinggalkan forex tetapi aku tak boleh. Kerana aku telah nampak jalannya.

Berputus asa sekarang adalah rugi. Aku masih ada sebulan lagi sebelum habis cuti. Dan aku punya masa yang amat lapang untuk belajar. Aku punya asas, aku fikir... Jadi aku patut teruskan. Benar??

---

Cerita lain.

Malam ni aku tak boleh tidur. Selak-selak rak buku jumpa komik-komik aku. Penyiasat Remaja Kindaichi. Peh.. Aku memang minat gler dengan jalan cerita dia. Aku ingat lagi masa di Kolej Martikulasi aku bawa semua koleksi komik aku ke sana. Siap buat forum dengan member-member lain bercerita pasal komik. Lalu...

Aku rindukan mereka, dan masa itu. Aku ambil komik, baca. Senyum. Aku rasa perasaan ini. Perasaan yang sama aku rasa ketika membacanya kali pertama dulu. Perasaan yang sama, yang sukar aku nak ungkap namun aku selesa.

Perasaan menjadi seorang budak... aku fikir.

Hidup semakin dewasa semakin membosankan. Aku harap umur aku statik, menjadi 15, bukan 14. Hidup penuh rehat dan ceria. Tak berfikir berat seperti sekarang. Ya, menjadi dewasa... adalah membosankan.

Membaca apa aku boleh kata impian hidup orang lain mengingatkan aku betapa aku perlukan masa-masa seperti dahulu. Aku perlu berehat dari menjadi dewasa kerana aku sudah lesu memikirkannya.

Aku juga harap seperti itu, hidup yang tenang di masa hadapan. Cukup dengan segala yang cukup, aku tak perlu lebih. Aku harap hidup aku di masa depan seperti itu.

Mampukah aku?

Entah... Mampukah kamu?

Friday, November 21, 2008

Kelak kita bebas

Cuti dah mula. Final dah final. Hee... So duduk la aku kat rumah menghadap pc 24 jam sampai biru mata.

Cuti, cuti di rumah amat merehatkan. Dapat makan masakan emak. Peh, syurga. Itu sudah cukup menterjemahkan yang duduk di rumah semasa cuti adalah amat menyenangkan.

Kadang aku terfikir, hm... macam mana masa depan aku kelak. Dapatkah aku selalu begini di hari cuti. Kejap, kenapa hadkan pada hari cuti sahaja. Apakata menjadikan ia sebagai hari-hari di sepanjang hidupku. Hm, menarik.

Buat masa sekarang memang tak mungkin. Aku harus pulang semula ke UTM. Tapi barangkali selepas keluar UTM aku boleh.

Dan itu pun kalau aku kerja dekat dengan rumah. Betul tak? tapi kena tengok juga kerja yang bagaimana. Kalau kerja macam orang gila pergi pagi balik malam pun tak guna juga.

Tapi kalau kerja senang sangat pun tapi gaji tak masyuk tak guna juga. Sesedap mana pun masakan emak aku, kalau bahan masakannya tak mencukupi tak guna jugak.

Hm... kesimpulannya kalau aku nak rasa cuti setiap hari di rumah,
  • Kerja harus ikut waktu pejabat
  • Kerja dekat dengan rumah
  • Gaji mesti masyuk
Hm, dunia sekarang seperti tak membenarkan aku untuk hidup seperti hari ini, seperti hari cuti di setiap hari-hariku. Tahu? aku suka duduk di rumah. Cukup kalau ada makanan dan pc, aku boleh hidup.

Jadi, bagaimana aku mahu mencapai ini di masa hadapan. Aku cuma perlu berfikir dan bijak sedikit. Ada orang sarankan aku kerja di rumah. Hah... boleh ke...?

Zaman sekarang tak macam dahulu, sekarang banyak kemudahan, benar? Terutama internet, dunia kedua jika aku boleh gelar ia. Selagi aku boleh berhubung, aku yakin dari situ aku boleh bekerja. Namun bagaimana?

Perniagaan? Haha... memang boleh kaya jika kau tidak kayap. Means if you don't mess up. Bersabar, tekun dan rajin. Usaha seperti meletakkan nyawa di situ. Gila, tetapi benar.

Mahu cuba, aku mahu cuba, aku mesti cuba. Kerana aku tahu siapa aku dan bagaimana aku mahu hidup kelak. Dan disebabkan aku masih pelajar, punya banyak masa (aku rasa...), aku patut mula terokai dunia pekerjaan di rumah.

Oh dunia, aku tak pernah terfikir aku cukup hebat untuk mencabarnya. Namun jika aku tidak mula sekarang, aku pasti dunia telah menang dahulu sebelum sempat aku ucap selamat tinggal kepadanya.

So, it's interesting right? Cuma aku masih tidak yakin mengenainya. Fikir, it's good to be true even you heard it from others. Langkah pertama aku fikir aku harus yakin. Ya, yakin.

Hm... tengok apa aku mampu buat cuti ini, merangka masa hadapan. Dan kalian, pernah terfikir mahu kerja sendiri? Hm?

Wednesday, November 12, 2008

Move - How To See You Again



Move - How To See You Again
I don’t know if I can say good-bye to you
Now under the mooning rain, we’re just like a fool

Mou dono kurai daki atta mama you & I
Kaeru basho nado wasuretai kara through the night
Hanaretaku nai yo I’ll miss you every single night
Teokure no yamai It’s hard to say good-bye

Oh, tell me how to see you again, want you to kiss me once again
Tsumetai ame nanka never feel moeteru no
Oh, tell me how to see you again, your love can break my every pain
KISU ga tomara nai AM5 dosha furi yeah!

Why should I say good-bye tamerai gachi no me ga
Gakusei mitai na junai no you ni uruuru de
Say good-bye dekinai hodo ni
Horahora me no mae no ai ga itai kurai makka ni jukushita
Ratararata sakuranbo takara no naka ni saitara burando
AFEA ga honki ni sorosoro shoukaku suru yokan yavai
I can’t stop to fall into this!!

I can’t say that I would be your only one
We both know that we have each place to return

Zubu nure no kami kanari gokigen shiny black
Mou asa na no ni shirakekirezu ni Boogie back
Katachi no nai mono It’s goona stay deep in my heart
Tatoeba kono koi Why should I say good-bye?

Don’t tell me I should say good-bye, nothing is hard to justify
Yarakai kuchibiru wanna be kimi no mono
Don’t tell me I should say good-bye, oh baby I’m about to die
Zutto futari de crazy dive nureta mama

Totsujo love dekaku yuru gasu you na girigiri kan ga kakkazan no you ni mezame dasu
Love ekaku hibikasu HERIKOPUTAA kara rakkasan de hora tobikome PARADAISU
Mou ippo hora motto go-go honshin to rinri no koubou
Mazu neka shitsukeru jutsu hanashi my desire nari yuki makasede so fine

Oh, tell me how to see you again, want you to kiss me once again
Tsumetai ame nanka never feel moeteru no
Oh, tell me how to see you again, your love can break my every pain
KISU ga tomara nai AM5 oh whaaaaaaaayeeee
Don’t tell me I should say good-bye, nothing is hard to justify
Yarakai kuchibiru wanna be kimi no mono
Don’t tell me I should say good-bye, oh baby I’m about to die
Zutto futari de crazy dive nureta mama

I never stop to do it like this
You never stop to do it like this
We never stop to do it fuckin’like this

-----

Hm? tak pernah dengar nama group ni? Pernah tengok anime Initial D. Lagu tema anime tu semuanya dinyanyikan oleh kumpulan ni.

Pagi-pagi yang penat ni (study, esok ada paper) rajin lak aku selongkar pc aku tengok apa-apa yang menarik. Macam boleh layan je. So aku tepek la kat sini. Heh, layan dulu, mana tau kepala kita sama... Haha...

*Err.. yang gelabah tu abaikan sahaja. Aku cuma suka part bila perempuan tu nyanyi. Comey!

Monday, November 3, 2008

Tag : 15

Lama tak melayan tag. So, aku layan satu. Boleh? Dari Nani

Each player of this game starts off with 15 weird things/habits/little known facts about yourself. People who get tagged need to write a blog of their own 15 weird things/habits/little known facts as well as state this rule clearly. At the end, you need to choose 5 people to be tagged and list their names. No tags back.

Ok, 15 benda aneh (sory Syarifah, pinjam jap) dalam hidup aku setakat ini.
  1. Carefree, selalu tenang. Kadang agak keterlaluan tenang. Kenapa kalian tanya. Aku nak hidup gembira sahaja.
  2. Gila graf. Forex i mean. Tak tahu Forex? gi wiki. Ya, graf menceritakan segala-galanya bak kata pensyarah aku.
  3. Aku suka Batman. Kaya, kacak, kuat, bijak (maaf, penat fikir untuk "K" yang lain. Hope to be like him. Haha...
  4. In love mode, tapi aku bukan romantika. Tak percaya? Tanya si dia. Miss her...
  5. Suka berfikir, bermakna aku sukakan sesuatu yang bijak. Drama faveret; Liar Game, Kurosagi, Num3ers dan sewaktu dengannya.
  6. Materialistik. Tapi aku tak heran harta kau la. Aku sedang bikin harta sendiri.
  7. Rasional dan straight-forward. Aku kata aku lapar, maksudnya aku lapar la.
  8. Pemalas. Tapi hanya pada benda yang aku tak minat.
  9. Aku sebenarnya memiliki ketakutan yang berbagai-bagai. Sedang berusaha menghadapinya satu persatu. Perfectionist maybe...
  10. Suka tengok perempuan tahu. Tapi tak bermakna aku ni playboy ya... Sila memahami naluri lelaki aku yang sejati ini.
  11. Suka maklumat yang bukan sampah. Means, aku mampu dan boleh guna maklumat itu untuk kebaikan aku dan orang lain. Any suggestion?
  12. Aku tak suka bola sepak. Aku tak faham kenapa member-member aku semua hari-hari cerita pasal bola. I'm sick of it. Tolong, fikiran aku tidak sebulat seperti yang orang lain sangka.
  13. Rujuk no 5, aku suka orang yang menentang kebiasaan. Asalkan tidak menentang sesuatu yang hakiki, agama maksud aku. Berfikiran terbuka dan budaya berfikir itu penting ya.
  14. Fleksibel. Aku mula mudah sesuai dengan keadaan yang pelbagai.
  15. Kalian tahu, aku sebenarnya suka hang out. Dengan sesiapa pun aku tak kisah. Asal aku keluar bilik. Homey person. Kesian.
Ah... Hm... Aku tag sapa je yang baca ni dan ada blog. Pastu komen kat sini, aku nak baca kalian punya ok...

Sunday, November 2, 2008

Aku pernah hidup kerana kenangan bersama kamu semua...

Dah mula bosan, aku bukak album gambar lama. Heh, tersengih seorang diri melihat kawan-kawan aku masa di kolej martikulasi dahulu. Tanya aku period yang aku paling suka dalam hidup aku. Aku akan jawab, sepanjang tempoh aku berada di kolej itu.

Sebab? Aku punya kawan-kawan yang best gler.

Qamari
Dia ni best. Boleh kata rakan borak yang paling best dalam hidup aku. Aku sanggup habis berjam-jam di meja study sambil borak dengan dia. Sikit gayanya aku tiru kerana aku suka. Very tolerance person. Kalau takde dia, aku yakin sosial aku berada di dalam bilik sahaja. Heh...

Zaridz (Zack)
Hm, aku lupa ejaan sebenar nama dia. Heh. Gila jambu mamat ni. Dan heh, aku tak tahu kenapa, dia agak penyegan dengan perempuan tapi kalau dia dah dapat, layan saja. Budak pandai, dan aku tak lupa setiap jasanya menjadi cikgu kepada aku. Boleh kata teman bermain aku. Gler dengan perangai gler dia. Ya, aku ingat peristiwa lipas itu, kau ingat tak?

Kamal
Lagi sorang budak pandai. Gler genius tapi bila ada benda dia tak suka, tahan sahaja dengan mulutnya. Tapi niatnya baik, aku tahu. Tapi kadang aku takleh faham dia. Tak tahu kenapa. But still, dia bukan trouble maker, but the... er... penyelesai masalah. Dan aku suka, koz banyak kali senangkan hidup aku. Huhu...

Adam
Gler kepala mamat ni. Hepi go lucky. Dia selalu buat aku rasa belajar tu sesuatu yang rileks. Apa je yang keluar dari mulut dia memang sesuatu yang kita patut gelak. Lawak seh. Senang dekat dengan dia walaupun dari jauh orang akan anggap dia seorang pendiam. Antara orang yang rapat dengan aku untuk ke kuliah, kalau aku nak gi la.. Hee...

Am
Sifu aku. Ya, aku jiwang dahulu, dan dia adalah penyebab kenapa aku sangat jiwang dahulu. Dia mampu merapatkan barisan para-para jelitawan dengan hanya tenungan mata. Gler hebat. Seorang yang pintar, kalau main chess dengan dia, kirim salamlah untuk angkat trofi kemenangan tu. Dan kalau kalian dengar lagu yang dia selalu dengar, kalian akan tenggelam dalam dunia dia, terutama jika kalian perempuan. Awas ya...

Hairul
Berlagak gler mamat ni. Tapi aku tak kisah sangat pun. Sebab benda yang dia lagakkan memang dia buat. Pendek kata, dia bukan jenis orang cakap tak serupa bikin. Tapi dia tak kedekut ilmu. Tanya la apa kalian nak tahu, dia akan bagitau cuma, heh... tahan saja dengan lagaknya. Janji aku pernah kalahkan dia dalam chess sekali. Haha...

Kucik
Memang sempoi. Dan ada komuniti sendiri dekat cc kolej ni. Orang yang bertanggungjawab memperkenalkan game Ragnarok kat aku. Kejap je aku main. Tanya la dia apa game online dan offline yang ada kat mukabumi ni, aku yakin dia tau semuanya (err.. ye kot. haha...). Happening person. Aku tak dapat bayangkan hidup aku tanpa dia. Gempak beb!

E-lock
Gler sempoi. Tenang je orangnya. Cakap pun bersahaja. Lemah lembut budi bahasa. Senang bergaul dengan dia. Memang tak sombong. Tapi dia ni misteri. Dan sebab tu aku takleh cerita banyak. Hehe...

Zuhair
Kalau dia melawak, kau akan ingat sampai mati apa yang dia katakan. Orang yang bertanggungjawab memperkenalkan aku kepada perniagaan topup. Apa, bantalmu di bawah seliparku... Hahahaha...

Mel
Kucing aku. Haha... takdelah. Ni orang betul. Gler kiut dan comel. Seksi, wakakaka... Salah seorang yang bertanggungjawab membuatkan aku rajin belajar. Aku tak faham kenapa cakap dia aku mudah ikut. Aku ingat lagi aku tak tidur sebab dia suruh aku siapkan semua assignment yang aku ada walhal nak hantar lambat lagi. And she's good listener. Ipoh mali talak sombong ma... Haha...

Haryanti
Kontorversi. Sampai hari ini aku rasa kalau orang bercerita pasal aku mesti berkait dengan dia. Anyway, takde apa yang berlaku antara aku dan dia. She's really nice person. Aku senang dengan dia. Peramah. Dan korang-korang yang suka gosipkan aku dan dia, tolong hentikan... Dia sudah berpunya, seperti mana aku. Haha...

Amy
Even kami sebaya, aku panggil dia kakak. Jangan tanya kenapa, itu first impression aku dan aku lihat dia seperti seorang kakak. Kalau aku dianugerahkan seorang kakak kandung, aku mahu seperti dia.

Wawa
Awas kalau kena jentik sekalipun dengan dia. Budak silat ini. Kadang dengan tak sengaja dia terkeluar pencak jurus ke-6 dia. Lepas tu mengidap la kau. Aku pernah kena tu aku cakap. Dia selalu mengingatkan aku yang perempuan bukan barang mainan. Kalian tahu?

Dan ramai lagi yang aku ingat tapi tak larat nak taip. Tanpa mereka, hidup aku sunyi dan sepi dan bosan, sepertimana yang aku lalui di UTM ni saban hari. Lama tak jumpa dorang. Masing-masing mula bawa haluan masing-masing.

Kenangan tu aku tak pernah lupa. Setahun itu aku tak pernah lupa. Setiap minit setiap saat. Sebelum bertemu si dia, aku hidup dengan kenangan-kenangan ini. Aku harap ia akan berulang kembali. Hidup di Kolej Martikulasi Negeri Sembilan. Aku rindukan hidup di sana.

Hidup umpama roda kan?

That's only the emotion. Endure it...

Tak boleh tidur. Melihat skrin monitor memberikan aku kekuatan untuk menafikan yang aku perlu rehat. Dah lama term workaholic menjajah masa aku. Sekarang tahap fizikal aku bukan penat, tapi lesu. Huu... harus cari vitamin. Any suggestion?

Final mula menghampiri. Ya, kalau kalian tidak tahu, aku masih student. Bagi ramai orang, final adalah penting. Bagi aku, ia hanya kebiasaan dalam hidup seorang student. Perlu study, akibat selepas itu jangan peduli. Aku rimas dengan perasaan gemuruh atau takut atau... kalian namakan sahaja perasaan itu.

Setiap semester adalah sama. Perasaan yang sama sejak aku darjah satu. Aku rasa dah tiba masanya aku buat sesuatu untuk diri sendiri. Merasa perasaan seperti kena ikat, ya betul perasaan itu. Huu... I'm sick about it.

Ramai kata, aku amat tenang ketika ujian atau peperiksaan. Tanya aku kenapa, kerana ia telah berulang lamanya semenjak aku berumur... berapa? hm... 7 tahun bukan? 15 tahun aku hidup dalam ketakutan menghadapi peperiksaan dan ujian. Aku fikir, sampai masa aku turn the table, menjauhi perasaan takut itu.

Hm, not really 15 years aku hilang perasaan takut itu. Semenjak masuk dalam universiti, aku sedar, perasaan takut menghadapi peperiksaan tu satu rutin dalam kehidupan aku. Kalau bagi alasan kat pensyarah kat sini tentang ketidakhadiran kalian ke kuliah kerana kalian ada ujian malam tu, sah sah mereka melekehkan kalian dengan berkata...

"Biasa la tu. Nama pun student.."

Simple phrase but really make me realize something. Dah lama rasanya perasaan ni membelenggu diri, rasanya aku kena usahakan sesuatu. Kalian sanggup perasaan rutin ni menjadi darah daging kalian? Aku tak sanggup.

Aku bukan pelajar yang baik tahu. Last minute and that's present myself. And that's not good to endure that kind of feeling. Aku harus lakukan sesuatu.

Jawapan, study la awal-awal. Kalau dah lewat sangat, study la juga. Dan paling penting bila kalian tiada masa lagi, berserah sahaja. Dan itu cara aku menghadapi rasa hampeh ni.

Dapat jawab, bagus. Keluar dewan periksa perlu senyum ya. Tak dapat jawab, apa kalian expect dengan usaha sekangkang kera, keluar dewan periksa juga perlu senyum ya. Benda yang dah lepas sudah tiada harapan untuk diperbaiki. Biarkan sahaja ya...

Carefree. Yes I am. Namun jangan salah faham. Sifat takut itu perlu juga ada. Karang sebab terlalu berani kalian tak study lak. Tu tentunya salah. Buat sesuatu untuk diri sendiri dengan baik ya...

Walaubagaimanapun, final aku bermula 4 Nov no sehingga 19 Nov. Preparation? Haha... susah mahu kata. Aku suka nantikan keputusannya sahaja. Baik atau teruk, seperti biasa, aku jarang ambil peduli kecuali kalau ianya tak setimpal dengan usaha aku selama ini. Tapi benda dah lepas kan...

Hidup tak lama. Kemudian hari kita tak tahu. So, be happy always. Selalu ingat, diri kita adalah kurniaan Allah yang terbaik. Hargainya...

Huu... penat. Namun hati mahu untuk bekerja lagi. Aku takut? heh, siapa bilang begitu bermaksud dia tidak tahu apa sebenarnya yang sedang aku usahakan. Heh...

Friday, October 31, 2008

Jangan sampai menang

Aku akui bila kekalahan menjadi temanku dalam satu-satu masa. Aku rasa mahu hilang sebentar dari dunia yang aku terjun ini. Seperti sekarang, seperti masa dahulu.

Dahulu, kekalahan biasa berlaku dalam diriku. Terutama dalam percintaan. Ia bagai rutin yang berkitar dalam hidupku. Setiap perbuatan ibarat taruhan.

Kekalahan itu amat pahit. Namun jika kita mampu telan dengan senyuman, kita adalah manusia yang tidak gentar akan dunia.

Dunia berputar, dan setara dengan itu nasib kita. Aku tidak percaya semuanya ditakdirkan. Aku percaya jika usaha, kebarangkalian untuk berjaya tetap tingkat. Dan sebab itu kita jadi makhluk agung, seorang manusia.

Hari ini aku merasa kekalahan, sesuatu yang pahit. Aku usaha, namun aku kini gagal. Sakit, aku jadi tidak tenang. Cuba untuk senyum, tapi aku tak mampu.

Sekali kau memasuki satu dunia, bermakna kau mencabar ia. Dan akibatnya, kau pasti jatuh. Sama ada kau lepas dan berjaya, terpulang kepada keputusan yang aku buat selepas itu, selepas kau jatuh.

Aku tutup mata, cuba pujuk diri aku untuk bertenang. Rasionalku datang bertandang. Aku sedar aku masih dalam proses pembelajaran. Jalan aku masih panjang dan aku masih muda. Aku senyum, aku gelak.

"Kau mahu bermain, aku akan ikut bermain, sepertimana segala aturannya telah ditetapkan. Menang atau kalah, biar aku yang tentukan selepas ini..."

Sekali terjatuh, bermaksud kau mampu terjatuh lagi. Namun tak mustahil selepas setiap jatuhan kau mampu untuk bangun. Jika dan hanya jika kau membuat keputusan untuk tidak duduk sahaja di situ menahan kesakitan.

Bukan cara aku duduk dan mendongak. Aku mahu untuk bangun sekali lagi dan percayalah... Aku pastikan kaki aku akan tetap gagah berdiri.

Dua gambar itu aku tatap, Ayah dan Ibu, dan si dia. Aku senyum. Dah sampai masanya untuk bangun semula.

Semoga berjaya...

Sunday, October 26, 2008

Ini memulakan dunia aku

Maaf kerana lama tidak update. Aku sibuk. Bayangkan sahaja ujian yang berderet dan projek yang bagi aku tidak munasabah dari segi kuantitinya untuk aku habiskan semuanya. Walaubagaimanapun, di sinilah aku. Masih menjadi penuntut ditempat yang.. well, you know...

Aku tidak sibuk dengan pelajaran sahaja. Baru-baru ini aku sibuk dengan sesuatu yang aku anggap suatu hari nanti ia akan jadi darah daging aku sendiri. Boleh kata ianya pelaburan. Aku baru berjinak-jinak dalam dunia Forex. Tak tahu apa itu forex, cari sahaja di wikipedia ya.

Belajar forex dan kejuruteraan memang memenatkan. Buat dua kerja dalam masa yang sama. Kedua-duanya aku berikan komitmen menyebabkan kadang aku terlupa untuk beri masa untuk aku sendiri. Lihat sahaa blog aku ini, aku pernah katakan yang blog ini melambangkan diri aku. Jika aku tidak update, maka aku benar-benar dalam keserabutan dalam hidup.

Aku sedang memikirkan pada 3 tahun nanti akan berlaku kepadaku. Bekerja, berniaga, penganggur atau lain-lain. Ia membuatkan aku betul-betul takut. Aku mula mencari altenatif lain. Dan dari situ aku jumpa sesuatu. Dunia forex.

Aku akur aku materialistik. Sekurang-kurangnya aku mengaku untuk diri aku sendiri. Dan aku percaya, dunia ini akan membuatkan aku cepat mencapai apa yang aku mahu selama ini. Walaubagaimanapun, aku juga percaya bekerja dengan bijak dan kuat akan membuahkan hasil yang amat lumayan. Dan kerana itu aku tidak segan bermula dari bawah.

Aku sedang kerugian, dan itu benar. Dan itu pengalaman, ilmu yang amat berharga dan tiada tandingannya di dalam dunia ini. Pengalaman kamu sendiri. Jangan berkata ilmu itu hebat, ilmu ini hebat. Jika ia sendiri tidak mengagumkan kamu.

Itu aku belajar dari persekitaran. Melihat manusia punya minat yang berbeza. Satu lagi yang mengagumkan aku adalah graf yang menunjukkan sifat harga sesuatu matawang di dalam forex. Jika kamu lihat menggunakan mata, kamu akan kata itu hanya graf. Jika kamu menggunakan minda, kamu akan kata ia untung dan rugi. Namun aku suntik sedikit perasaan, aku lihat ianya manusia.

Jual dan beli adalah rutin harian kita. Pergi ke kedai membeli, dan kadang kita menjual. Begitu juga dalam forex. Aku lihat sifat dan tingkahlaku manusia menerusi graf naik turun itu. Menarik. Aku lihat ketamakan, kesabaran, ketekunan, kepintaran dan segala macam kehebatan manusia yang Allah tanam dalam diri mereka.

Dan tentu sekali motifnya hanya satu. Keuntungan. Profit. Namun berapa ramai yang berjaya. Haha... bagi aku itu sebahagian daripada permainannya. Jangan takut jangan tamak. Patuh dan belajar dari kesilapan.

Ia lebih kepada berapa hebat kita dapat kawal emosi kita sendiri. Melihat keuntungun yang sedang meningkat sebelum kita menutup pos atau sebaliknya. Hanya jika kita bukan manusia, aku yakin keputusannya adalah membosankan.

Walaubagaimanapun, tak ramai yang setuju ketika aku kata aku mahu aktif dalam dunia forex ini. Terutama dari orang yang aku sayang. Bagi mereka aku tidak berupaya kerana aku masih belajar, tidak punya masa untuk benda lain. Aku percaya itu rintangan pertamanya. Hanya jika aku berjaya, mereka aku menutup mulut dan akur. Aku hanya perlu bersabar. Dan teruskan dengan apa yang aku percaya.

Terus terang aku kurang minat dengan kejuruteraan. Mungkin kerana itu keputusan aku tidak memberangsangkan. Sepanjang hidup aku di UTM, aku sering buat benda lain dari kejuruteraan. Komputer, berniaga dan kini pelaburan. Namun aku suka UTM, kerana di sini aku punya sumber yang besar untuk aku teruskan minat aku. Orang yang punya ilmu ramai di sini dan hanya jika aku bijak, aku mampu bersama mereka menyedut segala ilmu yang mereka miliki.

Ia juga sebahagian dari psikologi manusia. Jika aku mampu bersama mereka, maka aku mara menjadi sebahagian dari dunia mereka. Menggabung dunia aku dan mereka menjadikan aku amat kuat kelak. Psikologi. Ia sesuatu yang lama memberi aku rangsangan untuk teruskan kehidupan. Psikologi manusia.

Tak mustahil terjadi kepada aku kerana aku amat minat kepada perempuan sehingga mengelarkan sendiri pecinta wanita. Bagi aku, mereka adalah makhluk yang amat kompleks. Dan sehingga hari ini mereka tidak henti menolak aku jatuh kelembah tanda tanya. Aku suka, kerana ia memberikan aku hidup, untuk terus berfikir.

Sepertinya forex, ia adalah dunia yang besar. Aku harus tahu darimana datangnya sumber graf-graf ini. Politik, jual beli dan semuanya tentunya dari perbuatan manusia. Kita tidak terbatas dan itu yang aku belajar dari forex.

Aku suka kerja aku sekarang. Aku harap aku berjaya. Aku punya mulut-mulut yang aku harus tutup. Aku punya hati-hati yang aku harus jaga. Dan aku punya tanggungjawab yang perlu aku pikul. Dan selama itu menjadi darah daging aku. Aku tidak akan putus asa. Aku hanya merancang. Aku mahu lihat apa yang Allah mahu putuskan. Pasti hasilnya amatlah merangsangkan aku. Melihat sifat dan psikologi manusia, Allah tidak pernah mengecewakan aku, dengan sifatnya yang Maha Adil...

Selamat...

Thursday, October 9, 2008

Apekebende ni...

Manusia memang makhluk yang kasihan, kerana mereka selalu tidak nampak (sedar) apa yang sedang berlaku kepada diri mereka sendiri...


Kata-kata ni muncul dalam kepala aku bila aku membaca entri satu blog ni. Kata-kata dari bos aku masa aku kerja dekat 7 eleven dulu. Sedikit sebanyak menyedarkan aku perihal menjadi manusia.

Aku pernah sangka diri aku adalah luar biasa, lain dari orang lain, punya pemikiran yang amat kritikal dan jika digunapakai oleh semua orang, aku yakin dunia akan aman. Hm, mungkin aman di mata aku.

Pernah kalian fikir mengapa kita dijadikan manusia. Aku yakin ramai yang tak mampu nak jawab. Barangkali 100% tak tahu langsung mengapa kita dijadikan manusia. Aku juga tak mampu jawab. Cuma dalam mencari jawapan, aku harus singkap kembali sejarah silam mencari apa yang telah aku buat yang melayakkan diri aku dianggap seorang manusia.

Aku sudah jalan berjuta-juta batu. Melihat manusia yang penuh ragam. Namun tiada satupun manusia yang aku jumpa punya piawai atau aku boleh dikatakan biasa. Semuanya luar biasa. Semua ada pemikiran sendiri, idea sendiri, peranan sendiri dan perasaan sendiri.

Dan itu menjadikan setiap manusia itu adalah istimewa.

Berfikir. Setiap perkara yang terjadi kepada kita atau orang lain, kita harus fikirkan. Kenapa dan mengapa. Dan dari situ kalian akan sedar, oh, betapa istimewanya manusia, punya pemikiran sebegitu dalam masa-masa tertentu.

Kalian adalah good listener namun pernahkah kamu mencuba untuk mendengar nasihat sendiri. Haha, aku tak layak berkata begini kerana aku juga seperti kalian. Puncanya, kerana kita sama-sama tidak sedar akan kejadian kita sendiri. Kita takkan sedar, selagi tiada orang atau kejadian yang menyedarkan kita.

Dan sebab itu kita harus bersosial, kenal dengan ramai manusia. Agar kita tahu betapa kecilnya diri kita. Betapa biasanya hidup kita jika dibandingkan dengan hidup orang lain. Jangan berkatakan diri mereka salah, bukan kerana kita macam betul sangat, tetapi kerana dunia itu adil, tiada betul dan tiada salah. Semuanya betul dan semuanya salah. Hanya jika mahu berfikir, antara salah dan betul, antara sifat dan infiniti itu, manakah yang lebih berat salah dan betulnya.

Dan itu datang kita sebagai manusia.

Dan bila bersosial, kalian harus kasihani mereka. Jika sesuatu yang pada kalian itu salah terjadi kepada mereka, sedarkan mereka. Kita manusia makhluk yang perlu dikasihani. Kerana Allah Maha Adil, menjadikan kiri dan kanan itu seimbang. Hari ini mereka silap, esok barangkali kita pula silap.

Jangan takut untuk bersosial, kerana hanya dengan bersosial kita mampu belajar lebih untuk memahami manusia. Mengapa mereka marah, benci, suka dan sayang. Dan hasilnya kita akan kenal diri kita sendiri. Bagi aku hidup tiada yang lebih mengembirakan melainkan kita sendiri mengenali diri kita sendiri seterusnya menguasai diri kita sendiri.

Aku suka bila aku mampu senyum ketika ditimpa musibah. Dan itu datangnya ketenangan untuk kamu menyelesaikan musibah itu. Dan itu kuasa yang kalian mahukan. Kuasa keatas diri sendiri.

Kita tak mampu dapat semuanya, tapi kita mampu dapat segala-galanya. Hanya jangan berputus asa.

Heh, cuma berfikir, pos pemikiran rojak dari aku...

Thursday, October 2, 2008

Raya pertama...

Raya tahun ini aku hanya balik hari. Jangan tanya aku, ini plan keluarga...

Berjumpa keluarga yang memang dah lama tak jumpa dan sesetengahnya aku sudah lupa rupa, membuatkan sedikit hati aku terusik. Ya, aku sudah lama tidak pulang. Dan banyak yang sudah berubah.

Yang dulunya comel, sekarang dah tembam. Tapi ada juga yang semakin cantik. Yang kurus juga juga sudah bertambah isi, tak kurang juga sebaliknya. Membuatkan aku rasa...

"Oh, aku sudah semakin tua..."

Aku lihat nenek, lihat anaknya, lihat cucunya. Punya rupa yang hampir serupa tapi tak sama. Ya, ia mesti selaras dengan masa. Dan itu namanya dimakan usia.

Sejenak fikiranku terus melayang kepada si dia. Adakah bila mana dia juga dimakan usia, aku masih mahu menyayangi dia.

Oh, itu masa depan, siapa tahu... Aku sedikit pun tak dapat mengerti masa depan ku bagaimana.

Bagaimana pula keluargaku. Huu... semakin aku fikir semakin aku rasa takut akan masa depan. Mati... Tak perlu cerita, ia sudah semestinya berlaku.

Walaubagaimanapun, aku seronok dengan raya kali ini. Dan aku harap kalian juga begitu... bagaimana raya kalian...?

Tuesday, September 30, 2008

The Changcuters - Racun Dunia

Cakap banyak tak guna... Layan je la...



The Changcuters - Racun Dunia
racun..racun..racun
mati laju darahku
memang kau racun

ampun..ampun..ampun
takluk sudah hebatku
takluk sudah hebatku
memang kau racun

wanita racun dunia
karna dia butakan semua

racun..racun..racun
hilang akal sehatku
hilang akal sehatku
hilang akal sehatku
memang kau racun

wanita racun dunia
karna dia butakan semua

wanita racun dunia
apa daya itu adanya

racun..racun..racun
mati laju darahku
takluk sudah hebatku
hilang akal sehatku
hilang akal sehatku
memang kau racun

racun..racun..racun
racun..racun..racun
racun..racun..racun

racun..racun..racun
racun..racun..racun
racun..racun..racun

mati laju darahku
takluk sudah hebatku
hilang akal sehatku
hilang akal sehatku
memang kau racun

*Ek... betul kan dia cakap... huhu....

Missing old-self...

Pagi ini tak seperti selalu. Aku tak boleh tidur dan bonus, ada sesuatu yang pelik yang sedang aku rindukan.

Pagi yang gelap ni buat aku rindukan masa silam aku, zaman aku sebelum bertemu dengan si dia. Hm, boleh kata zaman jahilliah aku dahulu.

Masa tu aku agak jahat... ok... nakal. Banyak habit buruk yang aku tak boleh sebut kat sini yang aku ada dahulu.

Aku buka balik lagu-lagu yang dahulunya aku dengar, masyuk... Aku rasa aku hidup kembali seperti aku dahulu.

Ya, sunyi. Itu aku dahulu namun pagi ini buat aku rindukan kesunyian itu. Keadaan kosong yang tak mampu di ubat oleh sesiapa dan apa-apa jenis ubat sekalipun.

Ia suatu perasaan yang pelik apabila merindui perkara yang pernah kau cekalakan dahulu.

But here i am. Missing my old-self. Namun jika kalian tanya aku adakah aku gembira sekarang dengan hidup aku. Ya aku gembira.

I'm happy in pain towards her. Kerana cinta yang kami sebut berkali-kali seringkali punya banyak kelemahan. Cinta, antara aku dan dia, selagi tiada jaminan (ikatan), selagi itu aku rasa. Tiada gunanya untuk segalanya...

Dan sebab itu aku faham kenapa pagi ini aku ada perasaan ini. Missing my old-self. Di tempat yang kecil ini. Di bilik ini.

Tanya aku apa aku akan buat...? Apa kata kalian beri aku pendapat... apa aku patut buat...

See...

Saturday, September 27, 2008

Entri sebelum balik raya!!!

Pagi sabtu yang indah. UTM takde orang. Lengang dan aku memang suka kalau UTM ni kosong dan aku sorang je ada. Sebab...

Internet akan laju...

Kalian mungkin biasa dengar aku memaki hamun Maxis Broadband tapi tidak hari ini. Internet superb. Dan aku ter-amat-yang-amat berpuas hati. Tak kurang juga dengan Wifi UTM juga laju yang-teramat-bangat-habis laju.

Ya, selamat hari raya kepada bebudak UTM yang dah blah balik rumah ke, kampung ke, masing-masing dan terima kasih kerana ketidak-hadiran korang di sini. Balik lambat sikit ek... Habiskan kuih raya, rendang, ketupat rumah korang, rumah sedara dan jiran korang sekali. Tak cukup gi la beli kat kedai masak sendiri. Habiskan semua dan jangan balik UTM selagi aku tak balik.

Haha... betapa puas hati aku. Sempat muat-turun 2 movie lagi. Wakaka, bekal habis masa sebelum aku balik malam ini. Ai... kan bagus hari-hari yang biasa sepertinya hari ini...

Bilalah internet nak maju... Apalah gunanya teknologi kalau tiada kehidupan... tak boleh guna langsung kalau banyak insan sekeliling... Huhu...

Hm... Selamat Hari Raya ya ya ya... Minta maaf balik kalau terkasar dan terlembut bahasa. Selamat ya...!!!

Ya2... Selamat Hari Raya ya ya ya...

Ya, kalian... Raya dah nak dekat... Aku nak ucapkan..

Selamat Hari Raya Aidilfitri...
Maaf Zahir Batin...

Maafkan aku andai aku terkasar or terlembut bahasa... Dan terima kasih kerana sentiasa menyokong aku disepanjang karier (???) aku sebagai blogger ni... terima kasih...

Hm... duit raya aku kalian simpan dulu ya... nanti aku datang kutip... Ngeh3...

Thursday, September 25, 2008

Pilihlah si dia...

Ujian pagi tadi. Soalan objektif. Tahu? Pilih jawapan antara A, B, C dan D. So kebarangkalian nak kena adalah 1/4. Dan ada 30 soalan. Masa diberikan 1 jam. Dan apa ke halnya aku habiskan satu soalan dalam masa 2 minit. Hanya 15 saat sahaja dan aku terus buat keputusan.

--- --- ---
Seminggu sebelumnya.

Ehem. Lagi seminggu ada ujian ok. Soalan objektif, ada 30 soalan. Masuk semua bab. Takde hint so pandai-pandai la...

Hah, satu buku nak kena telaah...

--- --- --
Seminggu kemudian, haram tak sampai 10 muka surat pun aku buka. Bukan subjek matematik pun, hanya fakta. Memerlukan perhatian penuh daripada otak kanan. Aku pergi ambil ujian dengan selamba.

Berbekalkan sebatang pensel picit dengan pemadam, cool je aku masuk sambil tengok sorang-sorang masih sibuk menelaah. Tapi ramai lagi yang sengih kerang pandang aku macam pandang orang gila baru dilepaskan dari rumah Tampoi. Oh, aku baru bangun tidur kalau kalian tidak mengerti mengapa...

Ujian bermula. Aku hanya pandang kanan dan kiri. Conteng-conteng lebih kurang, baca soalan, pandang kiri dan kanan dan conteng lebih kurang. Ya, kalian mampu agak. Kerana ianya objektif, aku yakin sesiapapun akan melakukannya.

Dari kecil, jika dengan ada ujian soalan objektif, aku hanya menerima dengan sikap acuh tak acuh. Dan bila tiba masa ujian, sikap itu sedikit pun tidak berkurang. Dengan mata macam orang mengantuk (ya, aku kuat tidur), aku selamba jawab walaupun aku tak tahu apa-ke-benda-da aku jawab ni...

Hanya jika timbul doubt, baru mata liar memandang kiri dan kanan. Ya, sepertinya mata memandang perempuan, aku guna mata yang sama memandang, mencari jawapan yang sesuai.

Hm... ujian hari ini aku jawab dengan kadar 15 minit dan lagi 15 minit aku dah start melepak. Pandang-pandang jika ada klu terlebih ke... hehe...

Ujian satu jam, namun tempat ambil ujian dah kosong dalam masa setengah jam. Hm... Aku boleh kata soalan objektif benar-benar menjimatkan masa...

Ya, aku mahu tidur...

Saturday, September 20, 2008

Kisah 2 saat

Hari ini aku rasa amat sunyi. Semua kenalanku bagaikan sibuk dengan kehidupan masing-masing sampai aku rasakan aku betul-betul hanya seorang diri di dalam dunia ini.

Aku bergegas bangun, mandi dan bersiap namun kepalaku tidak memikir harus ke mana untuk aku membunuh masa. Aku masukkan beberapa buku yang aku mahu dan suka baca ke dalam beg dan... hm... barangkali perpustakaan adalah tempat sesuai di hari yang panas macam hari ni.

Alasan ke sana semata-mata mahu menikmati sejuknya penghawa dingin. Aku menuju ke tempat yang biasa aku duduk. Namun dalam perjalanan ke sana, seorang perempuan bertudung labuh senyum kepadaku, sambil mengangkat sedikit kening seperti lambaian hai kepadaku.

Aku tergamam kerana aku tak ingat dekat mana aku kenal perempuan ini. Dan juga aku tergamam kerana aku terlihat kecantikan 2 saat yang ada di dalam senyuman itu. Atas sifat tenang dan berhemat yang tertanam dalam diriku, aku balas senyuman itu dan angkat kening tanda hai.

Hm... sejak aku bertemu dengan si dia, aku rasa macam aku sudah jadi daya tarikan kepada perempuan bertudung labuh (poyo...). Ramai yang senyum. Tapi tak ramai yang mampu aku ingat di mana aku kenal. Si dia sudah membawa aku keluar dari tempurung kehidupan aku yang lepas.

Kini, aku tak rasa sunyi sangat. Hidup aku semakin hari semakin tahu mengatasi sunyi. Hanya jika aku rajin.

Terima kasih atas senyuman itu. Akan aku bawa tahkala aku sunyi dipinggir seorang diri. Dan pengajaran yang aku dapat hari ini, jika terasa sunyi, keluar bilik dan pergilah ke mana-mana asalkan ianya ramai orang. Dalam kes aku, pergi perpustakaan. Ada banyak keramaian yang akan kamu alami di sana...

Wednesday, September 10, 2008

MS7 Gadgetmall!!!

Aku sedang cuba menghidupkan kembali blog perniagaan aku. Alhamdulillah, setelah lama menyepi, aku kini dapat pembekal baru untuk ms7gadgetmall aku...

Item yang aku jual buat masa ini adalah...
  1. Sony Ericsson W910i
  2. Nokia 6220 Classic
Akan datang aku akan cuba penuhkan blog itu dengan gadget-gadget yang lebih cambest... Tunggu...

Berminat...? Sila ke http://ms7gadgetmall.blogspot.com/ untuk maklumat lanjut...

Tuesday, September 9, 2008

Menu kita hari ini...

Menu berbuka puasa...
Roti
Jam Strawberry
Susu

Menu tengah malam
Nasi
Kuah Kurma/Kari
Telur
Sayur

Menu Sahur
Roti
Jam Strawberry
Susu

Sejak 1 Ramadhan lagi ni la menu aku hari-hari. Atas sebab-sebab yang tertentu, bulan ini aku perlu simpan duit sikit. Maka, aku perlu rancang macam mana nak meminimumkan perbelanjaan aku seharian.

Tak nafikan, lebih dari 60% perbelanjaan bulanan aku adalah untuk makanan. Dan bulan Ramadhan bakal meningkatkan lagi peratusannya. Ramai orang kata, bulan Ramadhan kita boleh berjimat. Namun tidak bagi aku.

Kenapa? Kerana makanan dan nafsu untuk makan yang membuak-buak tahkala menunggu waktu Maghrib yang bakal tiba. Aku ingat lagi masa aku berbuka semester lepas. Pergi baazar Ramadhan, mesti ada keropok lekor, mee goreng dan air. Tu tak masuk kalau ada nak tambah apekebenda lagi yang rasa sedang di mata. Dan ambil kalkulator dan kira. Berapa agaknya.

Masa sahur pulak dahulu aku akan keluar ke restoran berhampiran. Dan kalau ikut dahulu, mesti cecah RM5 sekali hadap. Kalau rajin nak jumlahkan, sehari aku belanja lebih RM10 hanya untuk makan. Dan itu dahulu sebelum minyak melambung naik. Dan semestinya melebihi dari bulan-bulan yang biasa.

Di dalam hadis Baginda s.a.w. menyebut:

“Anak Adam itu tidak memenuhi suatu bekas yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah bagi anak Adam itu beberapa suap yang dapat meluruskan tulang belakangnya (memberikan kekuatan kepadanya). Sekiranya tidak dapat, maka satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk pernafasan.”

(Riwayat Tirmizi, katanya: hadis ini hasan sahih. Al-Hafiz Ibn Hajar al-`Asqalani dalam Fath al-Bari menyatakan hadis ini hasan).

Sekarang, apabila aku ikut menu macam kat atas, aku berjaya mengurangkan perbelanjaan aku. Dan badan aku tak rasa berat sangat dah. Satu lagi penemuan yang aku dapat adalah bila kita mengosongkan perut, kepala atau minda lebih pick up dari biasa. Namun dia ada had masa, bila perut sudah berbunyi tandanya harus berhenti dan pergi cari makan.

Walaupun begitu, nak jimat boleh je. Pergi masjid berbuka dekat sana. Kalau rajin la... huhu...

Ramai gak kawan-kawan aku yang kesian tengok aku bulan ini. Haha... aku ok je. Masih boleh belajar, gelak dan berhibur. Kadang berlari pun boleh. Aku masih boleh bertahan. Huhu... Namun ada juga kawan aku yang dah berubah mengikut menu seperti aku. Haha...

Daripada Abdullah bin Umar, Baginda s.a.w. bersabda:

“Apabila dihidangkan makan malam seseorang kamu, sedangkan solat (jamaah) telah didirikan, maka mulailah dengan makan malam. Janganlah dia tergopoh-gapah sehinggalah dia selesa.”

(Riwayat Bukhari dan Muslim).

Walaubagaimanapun, setiap orang punya cara hidup. Dan ini cara hidup aku untuk bulan Ramadhan ini. Sikit pun aku tak mengadu sakit perut kerana lapar. Jangan kesiankan aku... Aku sudah biasa. Dan kalian... apa menu kamu hari ini..

Sumber
http://soaljawab.wordpress.com/2008/09/02/adab-berbuka-puasa-menurut-sunah-rasulullah-saw-mufti-perlis/

Wednesday, September 3, 2008

Hidup perlu diteruskan, sayang...

Suatu tengah hari yang dingin.

"Awak, nanti macam mana kalau awak tengah pandu kereta laju-laju, then terlanggar saya. Lepas tu bila saya dah takde, awak akan cari lain ke...?"

"Mestilah, hidup perlu diteruskan..."

"..."

Aku rasa aku seperti orang hilang emosi bila berkata begitu. Dengan perempuan kalian tidak boleh terlalu rasional, mereka takkan mengerti.

Soalan yang baik namun aku tak punya jawapan. Jika buka kembali diari, journal dan kamus hidup aku, apa yang dikatakan sejarah semuanya bukan aku yang benar-benar mencari. Ia datang sendiri. Seperti angin, datang tanpa aku undang, tanpa aku sangka.

Berbalik kepada persoalan si dia. Mungkinkah aku akan cari lain. Hm, aku tak rasa aku seorang buronan cinta. Aku tidak mencari. Seperti selalu aku kata, aku hanya datang bermain dalam dunia serba laju ini. Akibat dan kesannya aku jarang ambil peduli. Aku akan biarkan ia datang sendiri kepadaku. Aku percaya ia tidak perlu di cari. Ia akan datang sendiri...

Namun, sekiranya ini terjadi. Aku hanya berharap Allah dapat kembalikan hatiku darinya kepadaku. Walaupun sedikit, aku tak mahu menjadi seperti mayat hidup berjalan tidak tentu hala. Aku perlukan hati untuk menimbang tara setiap keputusan yang aku ambil.

Andai jika ia terjadi, aku tahu aku akan bersedih. Menjadi manusia rosak memaki takdir yang memang bukan kuasaku. Namun aku tahu, jika aku masih berpegang kepada apa yang aku ada sekarang. Aku akan pulih seperti sedia kala...

Hanya aku berharap, sangat berharap, ia tidak terjadi. Aku tahu ianya perit merasa kehilangan orang yang kita sayang. Semoga dijauhkan...

"Nanti esok kalau betul terjadi, awak jadi hantu ek. Temankan saya seumur hidup. Janji..."

"Janji-janji..."

Heh, childish...

Sunday, August 31, 2008

Ramadhan

Selamat ya berpuasa... Selamat menyambut bulan Ramadhan. Dikesempatan ini aku nak minta maaf kalau aku ada terkasar bahasa ke, perbuatan ke... apa ke... huhu...

Baik2 ya kalian... puasa... jangan tak puasa...

Tuesday, August 26, 2008

Henset...

Hm, masa aku di kaki Gunung Stong dan sedang tunggu bas nak balik, telefon bimbit (hp) aku hilang. Peh... sedih... sebab dalam tu ada maklumat penting yang aku susah nak dapat balik. No telefon kawan-kawan dan saudara-saudara aku. Anyway, tu boleh di atur. Slow-slow sudah...


Hm... aku mula guna hp masa aku sekolah tingkatan 5, tapi aku tak bawa ke sekolah. Well, I'm kinda nerd at that time. Masih senang mengikut peraturan. Hp yang aku guna masa tu Nokia 3310. Ya, klasik. Baling anjing n jatuh tingkat 5, masih boleh guna lagi. Haha...

Hm... masa tu aku bukan pengguna hp yang kerap pun. Hp macam barang hiasa je. Aku mula guna kerap ketika aku mula kerja, selepas SPM. Dan masa ni la aku mula-mula belajar guna SMS. Hm... no aku masa tu... 019 ***8084. Aku lupa lagi 3 no. huhu...



Masa masuk kolej Martikulasi. Duit tengah banyak. Hp 3310 aku lak dah tahap masuk air. Maka, ada seorang member aku nak jual hp dia, Samsung SGH- C100. Haha... ni la hp paling lama aku guna. Aku guna sehingga tahun 3 di UTM kalau aku tak salah ingat. Hp ni banyak beri aku kenangan. Walaupun orang di sekeliling aku sudah mula berebut-rebut nak gunakan 3G la, MMS la, dan apa kejadahharam lagi dah perkhidmatan yang ada, aku masih puas dengan hanya SMS dan call sahaja. Cukuplah bunyi polifonik yang bagi aku dah cukup mengembirakan aku.



Namun, manusia, kepuasan tanpa sempadan. Aku mula suka hp yang nipis-nipis. Nak beli versi ultra nipis samsung memang tak mampu. So, aku beli SGH-C170. Nipis, memang puas hati. Namun ia bukannya hp yang hebat. Stardard la. Macam Samsung SGH-C100 juga. Cukup sekadar sms dan calling2. Huhu...

Hp ni tak lama. Masa aku latihan industri, skrinnya dah terbelah. Hm... mungkin aku terlalu ganas untuk pakai hp yang nipis. Dan lebih menyedihkan, ia tercicir kat Gunung Stong. Wuu... so aku pun Membuat langkah drastik beli hp baru.



Aku buka nak beli hp baru yang canggih2 pun sebenarnya. Namun setelah ditekan, di 'brain-wash', di paksa... huhu... aku pun ikut cakap member2 aku untuk sambar Sony Ericsson W910i. Nipis, sliding model dan ada segala macam fungsi. Dari internet sampai la ke lagu, memang puas hati. Kopak gak duit aku bulan ni. Huhu... namun aku puas... harap aku pakai lama hp ni...

Hm... tu je kot... wakaka...

Monday, August 25, 2008

Gunung Stong Final...

Salam ya... huhu... Kali ni entri aku berkisahkan tentang xpdc ke Gunung Stong yang aku ikuti bersama kelab rekreasi UTM.

20 Ogos 2008
Dari UTM kami naik bas awam untuk ke stesen keretapi KTM Johor Bharu. Kira-kira pukul 7.00pm kami bertolak dari Johor Bharu ke Dabong, Kelantan. Hm... Dalam kereta api tak la menarik sangat kerana satu gerabak tu bukanlah kami punya. Dan lagi satu ianya pada waktu malam. Guess what, bantai tidur je la dalam keretapi tu.

Geng-geng yang hanya bising adalah geng yang sibuk bermain kad. Haha... open table, open table... Aku terlelap sekitar pukul 12.30am.

21 Ogos 2008
Sampai stesen keretapi Dabong dalam pukul... aku tak ingat. Tapi sempat juga kami solat Subuh. Tukar pakaian trekking. Sambil tunggu van yang akan membawa kami, kami pekena teh dulu dan nasi sebagai sarapan pagi.... Heh, dan bungkus nasi untuk makan tengah hari.



Van sampai, kami bertolak ke Gua Ikan. Hm... Aktiviti menggua. Kami akan menggua di Gua Gelap, Gua Keris dan Gua Pagar.



Gua gelap takde ape sangat. Treknya pendek. Cuma jalan nak masuk tu sempit dan sampai tahap kena meniarap untuk masuk ke Gua Gelap. Heh, memang gelap pun kat dalam tu.



Seterusnya kami ke Gua Keris. Well, ada cerita dogeng kat dalam Gua Keris dan Gua Pagar ni tapi aku dah lupa.. Huhu... Maaf ya... Setiap gua diberi nama sempena keadaan dan item yang ada dalam gua tu. Dan untuk gua keris, tentu sekali ada kerisnya.













Seterusnya kami ke Gua Pagar... Hm... biasa saja... Cuma dalam gua aku tak sangka boleh jumpa beberapa... benda yang hebat. Sepert batu ni, ia akan mengeluarkan cahaya berkelip-kelip jika kita suluhkan lampu padanya. Kata guard, jangan di sentuh, ia boleh mati... hm...



Selesai aktiviti menggua, kami terus menuju ke Taman Hutan Negeri Stong. Hm... boleh kata kaki Gunung Stong. Berehat sebentar kerana nanti kami akan mendaki Gunung Stong untuk ke Kem Baha. Tempat di mana kami akan berkhemah.

Pendakian ke Kem Baha mengambil masa kira-kira 2 jam kalau aku tak silap. Peh, penat. Masa macam ni la teringat tilam, bantal, fresh oren dan nasi lemak. Ya... memang penat. Menyesal pun ada... huhu...

Sampai Kem Baha, kami bersiap untuk pasang khemah, masak untuk makan malam dan rehat. Malam ni ada pengisian tapi dibatalkan sebab hujan yang amat lebat. Haha... sejuk tak payah cakap. Memang tahap dewa punya sejuk. huhu...

Selesai hujan, ada satu khemah (fly) yang hampir runtuh. Wuu... nasib baik boleh diselamatkan. Khemah perempuan juga menjadi mangsa apabila dmasuki air. Nak tak nak kenalah sewa 2 khemah untuk 16 orang. Harap tak overbudget. huhu...

22 Ogos 2008.

Penat menggua dan mendaki semalam hilang dek kerana sinaran cantik mentari di pagi hari. Layan. Tengok awak yang tebal di bawah macam tak percaya aku mampu sampai di sini. Secara jujur, ini xpdc gunung pertama aku. Huhu...





Pagi ini kami akan mendaki ke puncak Gunung Stong dan perjalanan mengambil masa kira-kira 3 jam. Gler... Atas dasar mengetahui kelemahan diri, aku hanya jadikan beg untuk sleeping bag aku sebagai beg untuk ke puncak. Kecil, maka aku tak perlu bawa banyak barang. Hanya bawa air, makanan ringan dan kamera. Huhu...

Pendakiannya sama seperti pendakian ke Kem Baha. Cerun, licin dan berlopak. Tangan dan kaki tak payah cerita, calar dan kesan gigitan pacat tu memang perkara biasa. Layankan sahaja.








Sampai puncak. Hm... susah nak kata. Ada antara mereka puas sampai ke puncak. Kalau tanya aku, aku rasa biasa. Jangan tanya, aku pun tak tahu kenapa. Namun berada di tempat tinggi betul-betul menyegarkan. Dan hari ini, kami telah menawan puncak Gunung Stong.



Makan tengah hari di sana. Huhu... sesi mengosongkan beg, keluar semua isi-isi beg. Nak turun senang. Beg dah ringan.



Namun, kami terlalu memandang rendah. Fikir, turun gunung senang je dari naik. Namun, turun adalah menyakitkan. Yup, kaki. Naik memang penat dan kadang pancit. Namun bila turun, kaki menjadi semakin sakit. Wuu...

Sampai kat Kem Baha, seperti biasa, bersiap makan malam. Malam ini hujan lebat sekali lagi. Maka takde aktiiviti lagi malam ni. Huhu... Aku tertidur dan tak sedar bila aku dah lena.

23 Ogos 2008


Pagi yang nyaman namun aku masih mampu menguap selebar-lebarnya. Ngantuk. Cuaca cukup sejuk dan diadunkan dengan empuk beg tidur aku, hu... Allah saja tahu betapa nikmatnya jika aku dapat sambung tidur sehingga ke tengah hari.

Namun, hari ini ada misi yang terbesar dan alasan sebenar kenapa aku mesti mahu ke Stong. Air terjun. Aku amat suka bermain air terutama air terjun.Layan. Sejuk, dalam, deras... ah... persetankan... yang pasti air terjun Stong memang tidak menghampakan aku. Sehebat dengan tarafnya, air terjun paling tinggi di Asia Tenggara.

Tak lupa juga telaga tujuh. Hm... satu lubang yang agak sempit di atas laluan bawah air terjun itu. Setiap kami mesti dibenamkan ke dalam telaga tu. Haha... seronok gler. Bila berada dalam telaga tu, kita akan rasa seakan-akan ada air yang berpusing-pusing di sekeliling kita. Heh... layan... nafas kena panjang.

Ada lagi tarikan yang menarik. Gelungsur air. Wahhh... Heh, teringat ada sorang eh... 2 orang menangis... tinggi la dol... huhu... tapi respek dengan sorang bro ni, mengelungsur sambil berdiri... huhu...

Penat bermain air... Namun itu bukan alasan untuk kemas dan balik. Pendakian turun ke kaki gunung juga sama siksa macam turun dari puncak ke Kem Baha. Tunggu di Dabong untuk menaiki bas... Ke UTM... Balik...

Heh... banyak juga aku belajar dari XPDC kali ini. Dahulu aku kira aku takutkan ketinggian. Rupanya tidak. Heh... Dan aku juga belajar bagaimana mengawal minda agar tidak kalah untuk memanjat ke atas... Huhu... Serba ringkas dari aku... Aku harap aku akan dapat ke sini lagi... Rindu gler kat air terjun Stong...

Wednesday, August 20, 2008

Gunung Stong #2

Gunung Stong kat Kelantan. Well, xpdc tu memang acara tahunan kelab rekreasi UTM. Heh... aku tak gi lagi. Pagi ini aku tak boleh tido. Excited, yes. Tapi masih ada benda lain yang aku dok pikir yang menyebabkan aku tak boleh tidur.

Anyway, its personal, aku takleh nak citer kat sini... Heh, just nak jadikan reminder untuk aku...

Untuk xpdc ini, aku akan jadi first man. Mean I'm the man in front. Heh, sebenarnya aku adalah orang antara group dan pemandu jalan. Heh, tak dapatlah aku bermain sangat.

Stamina. First man... huu... aku tak tahu macam mana dengan kecergasan aku nanti. Heh, taknak bimbang, koz seperti yang aku selalu cakap, aku hanya datang untuk bermain...

So guy, see you next time...

XPDC Stong...

Esok aku akan berangkat ke Kelantan. Mendaki Gunung Stong. Salah satu aktiviti di bawah pengelolaan kelab rekreasi UTM. Secara serius, aku hanya datang untuk bermain. Seperti selalu.

Semakin aku membesar, barang mainan aku semakin mahal dan merbahaya. Mak aku agak bising bila dengar aku nak naik gunung namun itu tak mencukupi untuk hilangkan nafsu aku untuk ke sana. Thanks to my sturborness, aku boleh kata aku dapat restu untuk naik gunung kali ini.

So kalian, kawan-kawan, rakan-rakan, teman-teman. Doakan keselamatan dan perjalanan aku sepanjang xpdc aku kali ini. Terima kasih... huhu....

Aku, tabliq dan psikologi..

Dahulu aku tak sukakan orang nasihatkan aku dengan menggunakan agama. Namun tidak sekarang, aku sudah boleh terima. Ya ya... para hipokrit, kamu juga sama seperti aku dahulu, nampak tabliq baru sejauh mata memandang dah mula gelisah. Hehe...

Walaubagaimanapun, tabliq sekarang sudah pandai. Mereka sudah mengerti kemahuan telinga orang-orang seperti aku. Aku kadang pelik kenapa sekarang aku mahu untuk dengar or baca sesuatu yang berunsurkan nasihat, sesuatu yang jarang sekali orang mahu dengar. Nasihat...

Ya, ego. Aku tak nafi. Rasa sakit giler bila mendengar nasihat. Rasa seperti di bawah. Admit it, kita tak ke mana2, kita sentiasa di bawah. Kerana di atas sana... huhu...

Aku perasan, bila orang tegur aku cara baik, hm.. macam cakap lembut, senyum dan berpakaian adab pergi ke surau, aku agar sukar or senang untuk mendengar. Namun, bila orang tegur or nasihat aku dengan cara... tak kasar sangat, macam mana cakap,hm... seperti cakapan seharian. Fahamkan maksud aku. Guna bahasa yang kita selalu guna. (tidak seperti penggunaan kata yang selalu digunakan oleh tabliq dahulu seperti sahabat or sewaktu dengannya.) Aku amat mudah untuk terima.

Contoh. Kawan sebilik aku kalau ajak ke surau dia akan cakap, "Mik, jom surau..." memang bingkas aku bangun untuk mandi dan ambil wuduk. Dan... bila ada tabliq lain yang memang aku kenal atau tak kenal, dia akan cakap, "saudara, malam ini ada majlis ilmu, ada jamuan sedikit, boleh la kita meramaikan surau malam ini..." dan kalian sendiri pun tahu apa aku akan jawab dan akan buat.( Heh... walaupun ada jamuan, keras hati gler nak pergi.)

Psikologi. Aku tak nafikan impresi yang mereka berikan sedikit sebanyak memberi aku jalan untuk membuat keputusan. Aku hanya manusia biasa. Dan sudah biasa untuk di layan dengan sedikit tidak baik. Dan aku memerlukan layanan seperti itu untuk menjadi baik.

Dan satu lagi punca mengapa aku sukar mendengar kerana aku segan. Jujur aku katakan aku segan. Dan sangat selfish atau mementingkan diri sendiri jika para-para tabliq yang mahu membawa aku ke jalan kebaikan tidak mengendahkan sifat segan aku ini. Dan aku perasan sifat segan ini tidak berlaku kepada aku, malah berlaku kepada kawan-kawan aku yang lain.

Jangan rasa angkuh, fahami psikologi orang-orang seperti aku. Aku akan baik jika kamu betul-betul mahu aku menjadi baik. Aku suka tabliq, mereka boleh pengaruh aku menjadi baik. Dan aku harap mereka tak putus asa untuk orang-orang seperti aku.

Hm.. manusia semakin bijak. Dan orang-orang seperti aku juga semakin bijak. Dan aku harap tabliq juga lebih bijak dari kami. Niat sahaja tidak mencukupi. Pandai sahaja tidak mencukupi. Namun kebijaksanaan andalah yang amat-amat orang seperti kami hargai.

Never give up, keep up the good work n try your best. Good luck...

Tuesday, August 19, 2008

Taipku laju gagah berani!!!

Aku suka bila aku mampu menaip laju. Lagaknya seorang penggodam yang sedang cuba memasuki web kerajaan atas beberapa tujuan tertentu. Oh, aku bukan penggodam. Aku pun tak tahu macam mana nak godam pc aku sendiri kalau aku terlupa kata laluan dia. haha...

Aku menaip laju bukan kerana aku berbakat atau terlatih, ia adalah kerana ada benda dalam kepala harus aku keluarkan. In fact, me typing faster than writing. Tulisan buruk, kadang mata sendiri pun susah nak baca.

Aku suka buat entri kat blog, kerana hanya dengan menulis di sini aku rasakan diri aku amat cool. Sebab aku mampu menaip dengan amat laju. Namun, amat berlainan bila aku sedang mengusahakan sesuatu assignment, kalau mahu diberi gred 1 hingga 10 untuk kelajuan, aku beri 10 menaip untuk blog dan 2 untuk assignment.

Mana datang kelajuan sebegini. Yup, kerana minat. Apa sahaja yang ada di dalam blog ini adalah minat aku (kecuali entri berkaitan dengan pembelajaran yang baru-baru ini aku buat... heh...).

Minat aku banyak dan hanya satu yang ternyata aku selalu jadikannya permainan. Psikologi. Dan tu sebab dalam blog aku amat banyak cerita pasal diri sendiri dan perempuan. Well, actually male is simple creature, so they not so much to story to tell. Not like female, ada banyak cerita mengenai mereka yang amat interesting bagi aku.

Ramai kawan aku anggap aku telah silap haluan memilih mekanikal sebagai darah untuk teruskan kehidupan. Hm, bagi mereka, komputer lebih sesuai untuk aku. Haha, ini hanya minat kawan-kawan. Aku jarang serius bila berdepan dengan benda alah ini.

What really interest me in this machine is its capability of giving me the information. Aku perlukan sesuatu untuk mengenali seseorang atau erti kata lain psikologi mereka. Info, maklumat... Dan ini sebenarnya membuatkan tangan aku lebih semakin hari semakin pantas menaip. Bukan kerana aku sukakan komputer kerana ia menarik, ada itu dan ada ini. Cuma kerana kebolehan ia memberikan aku sesuatu yang aku mahu.

Aku suka bila lihat orang mampu menaip laju dan itu hanya berlaku bila mereka sedang chatting, borak. SMS terutamanya. Kerana dari situ aku tahu otak mereka sedang berjalan. One situation lead to other situation. Dan dari situ aku akan lebih belajar untuk memahami mereka.

Aku suka menaip, dan aku harap aku akan terus mampu untuk menaip... tidakkah kalian juga begitu...

Monday, August 18, 2008

Aku rindu dia...

Pernah rasa rindu yang memuncak kepada orang yang tersayang? Haha... aku selalu. Namun yang peliknya bila depan mata aku macam tak endahkan dia. Apa masalah aku?

She's beautiful, yes. Energetic, yes. And that enough to make my day become bright. So, what the problem actually?

Worst bf. Errr... cian si dia kan dapat bf macam aku. Huhu... ya, aku sayangkan dia. Mungkin aku tak cukup cergas dan cerdas ketika bersama dia. Bukan sentiasa aku pasif ketika bersama si dia, cuma entah la. Aku tahu benda-benda macam ini boleh buat si dia sakit. Hm...

Mungkin aku patut ke gym bina apa yang patut. Stamina... huhu... duduk depan pc terlalu lama pun bukannya baik. Aku perlukan sentuhan sosial untuk hati aku... huhu...

Walaubagaimanapun, sekarang aku rindukan dia... so apa aku patut buat sekarang... waa....

Sunday, August 17, 2008

Pakcik lupa la...

Baru-baru ini aku agak tertekan kerana sekeliling aku terlalu banyak benda berlaku yang membolehkan aku untuk menulis entri dalam blog aku, namun aku gagal ingat apa topik penting atau isi penting yang ada di setiap peristiwa aku lihat.

Contoh, semalam aku tengah nak keluar duit dari bank dan aku terpaksa tunggu ada 5 orang perempuan berkerumun depan mesin ATM tu keluarkan duit. Sebagai pecinta wanita yang tegar, pandangan memberikan inspirasi untuk aku menaip sesuatu.

Namun mungkin dah sekilo semut aku telan, aku lupa apa yang penting tentang peristiwa itu. Aku nak cerita pasal apa? Nak cerita kenapa perempuan tu kerumun ramai-ramai depan ATM macam Mat Bangla nak keluarkan duit? Or sesuatu yang lebih manis jika nak ditukar kepada ayat. Seperti mereka berkerumun atas faktor keselamatan? Hm... ek...

I had enough with this 'forgetting things' thing. Huh, tekanan bila sesuatu benda yang menarik tu aku tak dapat kongsi... Pray me a lot to remember what I lost...

Short term memory... Aku harus lakuka sesuatu tentangnya... hm...

Malam Mencari Diri

Mencari diri? Haha... Dah lama tak buat kerja macam ni... Keluar lewat malam dan balik time Subuh. Sejak aku ada kereta, aku buat gak kerja gila macam ini.

Dalam UTM, ada satu undang-undang yang memang serius begitu memualkan aku. As student who 22 years old, aku tak suka rasa dikongkong. And you guess right, tak boleh keluar/masuk selepas 12 tengah malam.

As stubborn and clever student, aku suka melanggar apa sahaja peraturan dan undang-undang (as long as i can endure it). Namun sekarang UTM dah cukup pandai. Dorang tahu pelajar seperti aku ini cepat sengkek, so aku dengar kalau aku masih berdegil mahu langgar peraturan ini, bayar je la saman dengan kadar yang baru.

Well, forget about that. So, what the h*** aku memalam/pepagi ni keluar. Haha... as simple word, aku just nak makan angin malam. UTM betul buat otak aku rasa tersepit. Hanya dengan keluar malam macam ini aku rasa senang dan bebas. Ya, sudah penat, pergilah nikmati keindahan alam.

Keluar memalam ini biasanya aku mulakan dengan makan kat restoran mamak. Haha... pekena teh tarik dengan nasi/mee/mihun goreng dulu bagi badan panas. Barulah otak cepat reflek dengan apa yang aku mahu buat selepas ini. Makan tu penting.

Selalunya, lepas makan inilah aktiviti aku tak tentu. Kadang pandu kereta sesatkan diri. Kadang duduk kat cc sampai Subuh. Kadang duduk kedai mamak sampai Subuh. Useless things i guess. Ada baik aku balik je ke bilik, tidur. Huhu...

Maka, malam ini aku pilih untuk duduk kat cc sampai Subuh. Bawa semua barang yang ada (macam pendrive ke hapa ke...) dan terus bergerak ke sana. Lagipun banyak benda dalam internet ini aku tinggalkan kerana Maxis Broadband aku dah slow tahap siput b*** dah. Kadang leh lak siput ini tido. huh...

Ada banyak kerja kena siapkan. Assignment, projek, blog dan forum. Huhu... sibuk. Tapi aku tahu, dalam pukul 3 ke 4 ke nanti aku akan bosan. Aku akan berhenti. Masuk ke dalam kereta, pandu selaju mungkin dari Skudai ke Johor Bharu dan patah balik selaju mungkin. Kemudian balik ke cc dan buat-buat macam biasa.

Pity me because of my stupidity. Namun aku suka buat macam ini. Seronok. Aku tahu esok pagi bila aku selesai solat Subuh, aku akan jadi orang baru. Tenang dan bersemangat. Bukankah itu sesuatu yang baik.

Pernah buat perkara bodoh dari segi pandangan orang lain tapi tidak pada kalian? Meh kongsi sama... mana tahu ia lebih menarik dari apa yang aku buat sekarang.. huhu...

Well, everything have price. Aku harus pulang sekitar jam 6. Mata akan ngantuk. Poket akan kering. Huhu... Jumpa kalian lain kali..

Thursday, August 14, 2008

Kejuruteraan Pembuatan B3 #1

Esok pagi aku ada ujian. Maka entri aku kali ini berkaitan dengan ujian esok. Aku cuba masukkan isi penting dan terjemahkan dalam bahasa... Kui... kui...

Kejuruteraan Pembuatan
Pengenalan
Sektor pembuatan telah menyumbang impak yang besar dalam ekonomi Malaysia. Walaubagaimanapun, terdapat 2 jenis industri yang terlibat dalam pembuatan iaitu industri pembuatan dan industri servis.

Peranan Kejuruteraan Pembuatan
  • Menilai kebolehbuatan (haha...) sesuatu produk dan memberi nasihat kepada bahagian rekabentuk
  • Memilih turutan proses dan seting parameter porses seperti bahan mata alat, saiz dan bentuk, kelajuan pemotongan, kedalaman pemnotongan dan lain-lain
  • Merekabentuk alat pemegang bendakerja untuk memastikan dan mengawal posisi bendakerja ketika di dalam proses pembuatan.
  • Menganggar kos pembuatan sesuatu komponen sesuatu produk.
  • Memastikan kualiti produk yang terhasil adalah berkeadaaan baik
Peranan Perekabentuk dan Jurutera Penbuatan.
Perekabentuk Pembuatan.
  • Membangunkan dan menilai keupayaan sesuatu bahagian produk agar ia mampu berfungsi.
  • Mengambil kira toleransi yang kecil bagi mnemastikan produk berfungsi tanpa sebarang masalah
Jurutera Pembuatan
  • Membangunkan dan menilai kos pembuatan sesuatu bahagian produk.
  • Mengambil kira kos produk dan memastikan toleransi sebesar yang mungkin agar dapat memberi banyak pilihan proses untuk bahagian yang akan dibuat.
Secara idealnya, jurutera pembuatan seharusnya berkerjasama dengan dengan perekabentuk pembuatan pada peringkat awal agar produk dapat dihasilkan dan kos dapat dikawal. Pekerja seharusnya mengambil bahagian dalam perbincangan agar maklum balas dapat tentang kerja praktikal boleh didapati.

Kejuruteraan Proses
Kejuruteraan proses mengambil kira rekabentuk sesuatu proses sebenar yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu produk. Terdapat enam turutan langkah dalam kejuruteraan proses.
  1. Menyata struktur produk dan spesifikasi.
  2. Memastikan pembolehbuatan sesuatu produk.
  3. Menentukan kebolehan sesuatu produk itu untuk dihasilkan.
  4. Mengganggar kos setiap proses.
  5. Menentukan turutan operasi.
  6. Mendokumen proses.
Struktur Proses dan Spesifikasi.
Struktur produk digunakan untuk menunjukkan hieraki pemasangan, sub-pemasangan, komponen dan bahan mentah yang digunakan untuk menghasilkan produk akhir. Komponen yang yang dihasilkan menjadi satu unit diasingkan melalui peringkat yang berbeza.

(wawawa... ada gambarajah dan contoh. nanti2la aku update.)

Penafsiran Kebolehbuatan.
Kebolehbuatan adalah ukuran relatif baik atau kesukaran dalam menghasilkan sesuatu produk dengan toleransi. Kebiasaannya, toleransi yang kecil akan menyebabkan kos pembuatan sesuatu produk itu mahal kerana sukar untuk dihasilkan. Mengelak dari menggunakan saiz bahan yang tidak standard dapat mengurangkan kos dan masa pembuatan.

Kebolehbuatan sesuatu produk boleh dikurangkan dengan menganalisa setiap bentuk produk jika fungsinya dapat dicapai dengan toleransi yang biasa serta menggunakan bahan yang standard yang boleh didapati di pasaran.

Penentuan Kebolehan Proses.
Keputusan untuk melakukan pembuatan adalah berdasarkan kepada pengalaman, keperluan, kesediaan mesin, kadar pembuatan dan bahan buang/kerjasemula.

Analisa spesifikasi setiap bahagian produk dan memeriksa:-
  • Keserasian bahan dan proses pembuatan
  • Kebolehan proses untuk memproduk toleransi yang dikehendaki.
  • Menilai semula rekabentuk untuk memastikan ia mudah untuk dibuat dan dipasang/dibuka.
  • Kesediaan proses di dalam tempat kerja.
  • Keperluan untuk barang khas, jig dan lekapan untuk membolehkan sesuatu proses pembuatan dilakukan.
Penilaian Kos Setiap Proses.
Terdapat 2 jenis kos yang mesti tentukan untuk menafsir kos pembuatan altenatif iaitu kos tetap dan kos bolehubah.

Kos tetap adalah kos yang bebas dari outpun pembuatan seperti sewa kilang, kos pemasangan dan kos lekapan. Kos bolehubah adalah kos yang berbeza-beza secara linear atau songsang dengan nombor bahagian produk yang terhasil seperti mata alat, bahan kerja dan masa memesin.

-Tamat-

Huhu... lain kali aku tulis lagi entri pasal kejuruteraan aku belajar... peh... ngantuk baca benda ni...

Tuesday, August 12, 2008

Olimpik punya cerita...

Suatu malam di sebuah restoran.

Rakan A : Eh, Olimpik la... (sambil tunjuk kat tv)
Rakan B : A ah... Bola tampar perempuan.
Rakan C : Hm... dorang pakai spender je. Selamba...
Rakan B : Nak buat camne... Dah rules dorang camtu. Kena pakai macam tu.
Rakan A : Ni mesti lelaki yang set kan rule camtu. Yang perempuan pulak ikut je... takkan tak rasa segan pakai macam tu. Ramai yang tengok ni...
Rakan C : Heh, aku rasa dorang bangga dapat tayang macam tu...
Rakan B : Hm... apa nak jadi perempuan zaman sekarang... Dah hilang rasa malu agaknya...

So kanak-kanak perempuan kecil, hati-hati ya dengan lelaki... Jangan ngekor je... huhu...

Saturday, August 9, 2008

Yup, sudah enam bulan.

sudah genap 6 bulan aku bersama si dia. Mathematician should say half of year. Melihat diri aku sebelum dan selepas mengenali dia buat aku amat bersyukur bertemu dengannya.

Bosan. Itu perkataan yang aku selalu ucap sebelum jumpa dia. Kerap hilang mood buat semua kerja tak menjadi. Aku mula paranoid dengan diri sendiri. Dan itu sebelum jumpa dia.

Selepas jumpa dia. Kepala aku selalu berfikir. Macam mana nak itu? Kenapa jadi ini? Huh... kadang aku sendiri tak terbawa dengan fikiran aku.

Dia perempuan, dan sebagai perempuan, dia punya banyak karenah yang harus aku layan. Dan itu cukup buat aku tak henti untuk berfikir, hanya untuk mengembirakannya. Gembira dia untuk kegembiraan aku juga. ( Ni bukan cobaan, ini betul2 kejadian.)

Aku tak nafi aku kadang dingin kepadanya. That's who i am. Tanya sebab? Aku tak tahu, I'm moody person. Ada awan gelap maka sesiapa rapat pasti terkena panahan petir. And as my closest company, she cannot avoid to receive the strike.

Bergaduh? Itu perkara biasa. Sedangkan lidah lagi tergigit. Namun aku gembira, kerana setiap akhir pergaduhan itu akan membuatkan hubungan kami semakin rapat.

Aku tak lagi kesunyian, kecuali bila dia sibuk. Well, you know university. Full of matter that need an attention. Hm, aku tak macam dia hidup dengan berpersatuan dan kelab. Aku tak sibuk macam dia dengan beberapa perkara yang mungkin ada kena mengena dengan perang saraf yang di lancarkan oleh USA. Aku hanya biasa dan dia bukan biasa.

Ya, dia dah banyak mengubah hidup dan cara pemikiran aku. I don't like that but still, i need it. The changes. Untuk menjadi manusia yang boleh di harap oleh masyarakat dan dia

Selamat untuk kita untuk bulan ke 6. Terima kasih kerana hadir dalam hidup saya, terima kasih atas senyumn itu, dan terima kasih atas masa dan hidup yang diberikan. Glad you come in my life....

Tuesday, August 5, 2008

Jangan Bencikan Bahasa

*study**study*

Adalah amat memualkan bila kita sedang study tapi tak faham. Nak pulak buku yang ada dalam Bahasa.

Faham! Sejak aku mula masuk kolej matrik, aku mula tak suka nota dalam Bahasa. Sebab? Aku tak faham. Walaupun ia menggunakan bahasa yang kita selalu guna dalam percakapan seharian.

Macam, ayat tunggang terbalik. Itu satu ekspresi yang boleh aku katakan bila belajar kejuruteraan dalam bahasa. Ya ya... seperti aku memperlekehkan bahasa sendiri tapi ini kenyataan.

Nasib kita tak baik jika dapat buku atau nota yang sah-sah diterjemahkan semula dalam bahasa. Lagi pening nak baca. Kadang boleh putus asa juga nak baca. Kalian pasti pernah ada pengalaman macam ni kan...

Namun aku tak anti terhadap bahasa sekirannya benda yang aku belajar itu luar dari bidang teknikal. Macam sejarah, undang-undang dan pengurusan. Asal tidak menggunakan istilah kejuruteraan, i'm ok with it.

Barangkali usaha untuk memartabatkan bahasa dalam bidang kejuruteraan masih jauh lagi untuk direalisasikan. Nak-nak pula ada orang macam aku yang tak reti bahasa. Haha...

Nak sambung study balik...

*study**study*

Monday, August 4, 2008

The Dark Knight


Baru-baru ini aku tengok cerita The Dark Knight. Untuk pengetahuan kalian, aku amatlah minat cerita Batman. Dari kecil aku harap aku dapat jadi macam dia. Kaya, hensem, bijak dan kuat. Haha... Aku juga suka gadget dia. Stylo n cool...

Tapi filem ni membuatkan aku sedikit hampa pada permulaannya. Coz the story just playing around Joker. Like Joker is the main character. Anyway, hampa aku terubat sebab Joker juga merupakan satu watak yang aku suka. Sebab? dia suka gelak. Haha... Dan aku suka orang gelak macam dia.

Cerita Batman kali ni bagi aku amatlah bijak. Its has base of the story. Bukan cerita tangkap muat seperti cerita-cerita sebelumnya. Mereka ada sejarah, ada pemikiran dan ada tujuan. Dan aku suka cerita macam ini, coz for me, everything happen must have reason behind it.

Cuma, hm... dari mana datang Joker ni tak pulak diceritakan. Namun aku kagum dengan sifat dia yang amatlah bijak, berani dan sentiasa tenang bila berhadapan dengan masalah. If i'm the villian, i wanna be like him... Most intelligent and elegent from all the villian i haven seen.

"Let's put the smile on that face."

Haha... banyak lak aku cerita pasal Joker. Jangan salahkan aku, salahkan pengarah citer ni sebab kurang cerita pasal Batman. Cuma hidup yang hari-hari kita dapat gelak dah makin berkurang kerana usia yang makin meningkat. Semakin aku dewasa, aku sedar aku mula kurang ketawa. Dan juga kurang senyum. Barangkali aku harus jadi macam dia. Huahahahaha...

"Why so serious?"

I don't know, you tell me...

Zero hour

0000

Aku masih belum tidur lagi. Kepala masih ligat memikirkan sesuatu. Ya, ujian lusa dan sepatah haram aku belum baca. Ambil tuala, badan perlu keselesaan untuk bergerak.

0002

Berdiri di hadapan cermin. Hm? Dalam 3 hari ini aku macam tak tengok betul-betul diri aku. Muka dah mula berjambang. Tengok rambut sket, hm... honestly, i been having serious dead hair losses. Setiap hari pasti tak kurang dari 10 helai akan gugur. And guest what, i'll change my name to 'botak' in about 10 year... Soon...

0003

Gosok gigi, basuh muka. Boring. Hm? Pipi aku macam penuh. Hah? Aku dah gemuk? Bagus, teruskan. Tak perlulah aku beli susu yang berharga RM200++ hanya nak besarkan badan aku.

0009

Mandi. Pergh, sejuk tak gila. I'm still can hold it. Ambil sabun, gosok2... bilas dan tada... siap. As usual i guess.

0015

Siap pakai baju dan seluar. Hm, perlukan air untuk di minum. Aku tak cukup cikai nak tadah air kat tandas dan masak untuk isi badan aku dengan air. Ambil botol dan turun. Ada air 20 sen kat bawah.

Sedih, vandalisme ada di mana-mana. Barangkali mesin ini pernah menyekat hajat monyet-monyet yang amat dahagakan air. Aku balik bilik hampa.

0025

Duduk depan pc. Buka buku. Hm... Huargh... bosan. Makhluk macam aku tak cukup seksi bila depan buku. Aku harus mengadap pc membaca blog-blog untuk mendapatkan mood.

0040

Suka minah ni. Sejak aku kehilangan abang neraka, minah ni la tempat aku meluahkan nafsu pembacaan aku. Penulisan dia tak la sehebat abang neraka but still, dia ada sense of humour. Aku suka dan aku akan terus membaca.

0045

Buka blog sendiri. Buat sedikit catatan pendek dari bilik. Bosan balik.

0100

Mata tak ngantuk. Cuba untuk membaca, hm... study... dan... hm... tak perlu cerita kalian pun tau muka surat sebelah ada apa... Haha...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...